semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.

Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..

Thursday, August 25, 2011

koi raya ku buat sendiri tau...


koleksi buat koi raye, bukannya tamak tapi jimat,sedap dan pasti halal.buat 4 jenis jer..tapi berkira-kira nak buat ke idak koi mazola permintaan acu tu..sbb tak larat ler kak andak nak mengodak kacang tanah tu hehehe.sangai kacang tanah pastu kene ramas2 kacang buang kulit pastu kene tumbuk lagi.hehehe..renyah tapi sedap okeh koi mazola tu..tengokle nanti ye acu..


buat biskut almond london..



buat juge tart nenas..takde acuan gulung..jenis terap je ade.. guna je le ni
biskut arab..koi paling mudah


ni biskut badam..

ni mak preggy yang tak kenal reti letih..kalo kaki rase lenguh ambik bangku bawak ke dapur duduk, pastu bangun balik kalo lenguh duduk lak..buat koi pas sahur. time ni tak rase penat sgt sbb sejuk je time subuh.buat sampai kul 8 lebih.biler anak dah jaga,bangku tu depe guna tuk turun naik nengok maknyer buat koi.
sebelum disiram cekelat..gemuk2 okeh biskut almond london ni..rupe tak semenggah hehehehe
dah disiram cekelat , sejukkan dlm talam dulu..

buat sendiri lagi selamatkan..jangan beli kalo anda rase was-was sb ade koi raya datang dari negara China.China ni kan sume nak tiru nyer..sampai koi raye pun depe nak tiru dan jual..


EKSKLUSIF: Lambakan kuih raya dari China diragui

Susunan : Bawang Goreng


Harga jauh lebih murah, timbul persoalan kandungan bahan digunakan sebagai ramuan

KUANTAN: Keghairahan umat Islam membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, memberi peluang pihak tertentu mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjual kuih biskut raya diimport dari beberapa negara bukan Islam dandiragui status halalnya.

Malah, kuih dan biskut raya itu dijual dengan harga lebih rendah dan tidak munasabah, sekaligus turut menjejaskan perniagaan usahawan Bumiputera.

Tinjauan ke beberapa pasar raya utama di sini mendapati kebanyakan premis itu menawarkan biskut raya yang dikatakan diimport dari China dengan harga serendah RM9 hingga RM12 bagi bekas seberat 200 gram hingga 400 gram mengikut jenis biskut.

Antara biskut yang dijual termasuk tart nenas, biskut kekacang, tart gulung, biskut kopi, kuih bangkit dan biskut cip coklat. Berbanding biskut yang dijual usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan, harga ditawarkan itu terlalu rendah sehingga 50% berbanding harga barangan keluaran usahawan Bumiputera, iaitu antara RM20 hingga RM30 untuk kuantiti sama.

Seorang usahawan PKS yang hanya mahu dikenali sebagai Samsiah, 43, berkata beliau terbabit dalam perniagaan membuat kek dan biskut sejak lima tahun lalu dengan memperoleh keuntungan berpatutan.

“Bagaimanapun, dengan keuntungan sekecil itu, kami tidak mampu menawarkan biskut dengan harga terlalu rendah, walaupun terpaksa mengurangkan bahan. Pengedar biskut import yang tidak diketahui pengeluarnya itu mampu menjual dengan harga rendah sehingga boleh menjejaskan perniagaan kami,” katanya.

Selain harga rendah, kualiti dan kandungan biskut terbabit turut diragui kerana difahamkan, sesetengah pengedar cuna mengaut keuntungan dengan mengimportnya dari China. Bahan yang digunakan dalam pembuatan biskut itu juga amat meragukan kerana negara luar tidak tertakluk kepada status halal, sebaliknya mereka bebas mencampurkan apa saja untuk menambah rasa enak kuih.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Makanan Halal, Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Rasmawi harun berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna berhubung biskut raya yang dijual di pasaran. Mengulas kemungkinan biskut terbabit yang dibawa dari China dan mengandungi bahan tidak halal, Rasmawi berkata, ia tertakluk kepada pemantauan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Jika terbukti pengeluar gagal menyatakan kandungan sebenar dalam makanan yang dikeluarkan, mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1975, tetapi ia perlu dibuktikan terlebih dahulu. Bagi isu penggunaan logo halal oleh pengeluar, kita hanya boleh mengambil tindakan jika dapat membuktikan bahan digunakan dalam makanan tidak halal,” katanya.

Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd Firdaus Abdullah pula berkata, kuih dan biskut raya yang diimport itu perlu dipastikan status halal walaupun dijual dengan harga murah.

“Pengguna perlu memastikan bahan digunakan halal kerana pengeluar di negara luar seperti China dan Thailand tidak memberi keutamaan terhadap perkara itu,” katanya.

Beliau turut meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memantau dan mengambil tindakan segera jika ada biskut raya yang dijual tanpa menggunakan logo halal yang sah atau bahan kandungannya boleh diragui.

Bagaimanapun, Firdaus berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna berhubung perkata itu.

Laman-Seri : Hati-hati dengan apa yang kita makan... dan hati-hati juga dengan apa yang kita hidangkan untuk meraikan tetamu di hari lebaran nanti...

No comments:

Post a Comment