semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.

Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..

Wednesday, May 11, 2011

perkembangan adik atirah ngan syahirah...


Perkembangan fetus -17 minggu

Panjang bayi anda sekarang hampir 5.5 inci / 13 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 5 auns / 140 gram. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung bergelar myelin mula membalut korda spina dengan perlahan-lahan.

Dengan bantuan stetoskop khas, anda sekarang sudah boleh mendengar denyutan jantung bayi anda. Tiada yang lebih menyenangkan atau menguja daripada bunyi denyutan jantung bayi yang sedang menderap-derap. Pada hari-hari anda terasa bimbang tentang apakah kemajuan kehamilan anda, mendengar denyutan jantung bayi memberitahu anda yang dia sedang berkembang dan membesar. Pada masa-masa anda bosan dan terasa seolah-olah kehamilan anda tiada kesudahannya, ia memberi peringatan manis tentang apa yang akan disambut kelak setelah menunggu selama 40 minggu.

Uterus anda yang kian membesar telah mengalihkan pusat graviti anda dan anda mungkin merasa agak kurang seimbang. Berhati-hatilah dan pakailah kasut tumit rendah.

Alhamdulillah, orang baru akan dtg tak lama lagi.moga Allah permudahkan segala-galanya.Sungguhpun suamiku jauh di sisiku kala sakit pening,mual, dan muntah saat mengandungkan baby kali ini alhamdulillah peneman aku si kakak ngan adik seringkali membuat aku kuat dan tabah.si kakak dah boleh harap dah kalo nak mintak dia tolong,dia akan tolong je tanpa membantah.mood memasak dah lame ke laut.tak caya tong gas yang diisi 3 bulan lalu sampai arini masih berbaki lagi.mood nak mengemas umah pun dah kelaut jugak.kalo larat buat kalo idak pandang jelah ngan sebelah mate hehehehe.

Sungguhpun suamiku jauh disisi namun sikap ambil beratnya tak ubah seperti beliau di sisi.talipon dan ym menjadi pengubat rindu kami.ohh lama rasanya nak tunggu suamiku abis kursus chargeman ade baki 3 bulan lagi tuk menunggu keadaaan kami seperti biasa.bersabarlah dan bersabarlah okeh.

keadaan aku alhamdulillah baik dan perkembangan serta pertambahan berat badan amat mengujakan.hehehe mase pantang sok kene pantang bebetoi ler kalo idak aduss tak muat le baju aku nti balik.sume ahli keluarga pun dah tau yelah dah 4 bulan kan perut pun dah membesar tak dapat nak sorok lagi.(sebenarnya bukan sorok pun-tapi seganlah nak bagitau).itu aje info setakat ni,setelah mood nak berblogging jugak dah ke laut.