semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.

Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..

Monday, January 17, 2011

jom join contest aku & straw..



terma&syarat2nye (cewah...mcm serius je... ^_^)

1. mempunyai blog sendiri (maaf ye... yg xde blog x bleh join)

2. menjadi FOLLOWERS cheritaku ( followers ke 85 aku tgh tunggu ni)

3. letakkan BANNER di atas pd bahagian entry korang & sidebar serta perlu link kan kedua2nye ye...

4. perlu letakkan GAMBAR KORANG DGN STRAW ( xkisahlah korg tgh pegang ke...minum ke...gigit ke janji dgn straw ye)

- terbahagi kepada 2 KATEGORI ye (nk join dua2 pn bleh je)

4. tinggalkan LINK pd ruangan komen & EMAIL anda skali (jgn lupe ye)



ok2...hadiah nye mcm kt bwh ni...kirenye korg join x rugi punyelh...

KATEGORI INDIVIDU - TOP UP BERNILAI RM10

KATEGORI EDIT PUNYE - TOP UP BERNILAI RM26 (knp agaknye angka ni...huhuhu...phm2 jelh)


aku nk habaq 1 benda ni...contest ni akan berlangsung serentak dgn GA di blog aku 1 lg...nk join tekan cni ye...GA CUTE2 COLLECTION...


PENGUMUMAN PENTING :

** SESIAPA YG JOIN KESEMUA CONTEST & GA CUTE2 COLLECTION AKAN DPT HADIAH MISTERI... (x rugi korang join..join je semua mn tau dpt...klu byk penyertaan x mustahil aku akan tmbh hadiahnye...)

** AKU MENCARI FOLLOWERS KE 85 (yg ni xde tarikh tutup ye)


TARIKH TUTUP BERSEMPENA BESDAY AKU : 31 JAN 2010 (sape2 nk bg aku hadiah pn bleh...^-^)


Jom reramai join contest ni!

intan,akak nak join contest ni..sesajer jer try mane le tau kan..hihihihi...

gambo ni diambil mase ade hari keluarga .sesambil menengok anak bermain loncat-loncat kat belon tu sesambil tu makan dan minum.

Thursday, January 13, 2011

kotor benor ker..

gervenne,clean n clear dan safi ketiga-tiganya atas meja kawanku,
datang seorang kawan membelek-belek pencuci itu
mak oiii ade tiga pencuci muka
kotor benor ke mukanye?

Monday, January 10, 2011

part 3..perkahwinanku..entry khas 5 tahun pernikahanku..

tarikh ini tak dapat aku lupakan buat selama-lamanya.kasihku padamu bertambah erat abang.akanku dokong segala apa yang termampu untuk kita melayari bahtera perkahwinan ini hingga ke syurga.kami bertunang tak lama lebih kurang 5 bulan je.dalam tempoh 5 bulan segala persiapan yang dilakukan adalah usaha aku suami dan kuaga.

tapi mostly adalah aku lakukan sendiri okeh!bab pelamin,hiasan bilik tidur,baju,bunga telur,jajan,kek,dapur,khemah hatta pergi ke pasar untuk beli barang dapur tuk kenduri aku gak okeh,tapi ditemani ngan ayahku laaa.camno tu ye pengantin yang siap berinai bagai kaki ngan tangan pergi ke pasar tuk beli barang2 dapur,untuk kendurinya sendiri?ermmm sbbnya adalah aku takde emakkan.tambahan lak ayahku pula kalo beli barang tanpa aku adalah tidak tahu okeh!nak harapkan adik beradik lain lak depe sumernya lelaki okeh, kecuali kakakku.tapi penatku berbaloi gakkan sbb ade dapat tukang urut seumur hdup!






rombongan pihak lelaki ke umahku pada 28/1/2006 (sabtu) memandangkan kami adalah dalam satu bandar.ipoh-ipoh so majlis pun buat sekaligus.sabtu umahku ahad lak umah hubbyku.




makan beradab time..


diserikan dengan kehadiran cahaya mata pertama.mase ni dah mengandung 7 bulan pergi honey moon kat cameron highlands.

Sayang sayangkan abang sangat2!!!


part 2 pernikahanku..entry khas 5 tahun pernikahanku..

hari bahagia kini menjelma
tangan dijabat dengan mesra
tok kadi memula bicara
suamiku lafaz dengan lancarnya
!

setelah banyak dugaan yang kami telah kami hadapi.kami dinikahkan kat masjid As-Saadah di kampung Manjoi.



part 1 pertunanganku sedih dan gembira..entry khas 5 tahun pernikahanku..

kami bertunang pada 7/8/2005 (ahad) iaitu 2 minggu selepas arwah mak meninggalkan kami sume.mak meninggal pada mlm 30/7/2005 (sabtu mlm ahad) jam 12 lebih.mak dikebumikan pada ahad esoknya.alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga.ramai yang datang menziarahi arwah dan ramai yang tak percaya akan kehilangan arwah emakku.ramai yang kata baru je jumpa cik sa ni nampak sihat je.emakku meninggal kerana strok.salur darah kat otak pecah dan emakku koma 1 hari.tapi Allah lebih menyayanginya mudah jer makku 'pergi' meninggalkan kami.

mungkin emakku dah tahu harinya akan tiba dan dia sentiasa berpesan padaku bahawa kain batik lepas ade tersimpan dalam almari.baju-baju dia ambiller nanti buat pakai pegi koje (aku ngan emakku lebih kurang saiz badan kami).pastu kawan-kawan mak kata emakku seminggu sebelum meninggal tu emakku pergi minta maaf ngan kengkawan dia dan bertanya jika emakku mempunyai hutang ngan depe.tak sangka ini adalah petanda emak akan meninggalkan kami selama-lamanya.perkara yang paling ralat aku rasa adalah bila aku telefon emakku dan makku minta aku balik tapi aku tak dapat balik sbb koje dan aku bagitau kat emak aku akan balik esok harinya (jumaat).tak sangka jumaat tu aku terima panggilan daripada adikku bahawa mak ade kat hospital kerna diserang strok.mudah-mudahan roh emakku aman dan bahagia di kalangan orang yang beriman.


sebenornya mood aku nak bertunang masa tu teramatlah down dan sedih.memandangkan emakku dah tiada,aku ngan suamiku telah menetapkan bahawa 7/8/2005 untuk tujuan merisik terus bertunang.kami decide sendiri bukan sbb kami nak memandai-mandai je.aku sebenornya telah merujuk hal ini pada atukku (kini arwah).tq hubby kerna bawak aku balik kampung walaupun kita bermotosikal shj dikala itu! Tok dan opah adalah tempat untuk aku mengadu hal kami setelah emakku sudah tiada.Ayahku masih lagi dalam kesedihan dan aku tak mahu menganggu situasi ayahku yang masih lagi sedih kerna kehilangan isteri tersayang.

Kami merancang majlis risik dan tunang ini kerna aku tak mau hubungan aku dan suami akan dipandang serong oleh masyarakat sementelah lagi arwah emakku baru meninggal.suamiku banyak memberikan kata-kata dorongan dan pengubat kesedihanku.Sejak arwah emakku ada lagi kami memang merancang untuk membuat majlis pertunangan aku dan suami .Kami sudah membeli barang-barang hantaran dan disimpan kat umah emakku.tapi kami hanya merancang tuhan yang menentukan.emak pergi tanpa sempat melihat aku di hari pernikahanku...



gambo ni mase kat umah tok ngan opah.kami posing kat tangga dapur aje.terima kasih segalanya tok ngan opah kerana mengaturkan majlis ini untuk kami.
ni mase urusan pertunangan aku dan suami.tok kelihatan uzur.tok meninggalkan kami 22 hari selepas aku melahirkan anakku yang pertama.

Wednesday, January 5, 2011

hari pertama di tadika..






anakku sudah 3 tahun..selamat hari lahir

kek kejutan daripada ayah pabila masuk shj dlm umah dah terhidang atas meja

adik yang malu-malu alah

kami sayangkan kamu!
selamat hari lahir..anak mak


anakku sudah 3 tahun kini
moga dipermudahkan segala urusan kami
Ya Allah Ya Tuhan kami
semoga anak-anakku dipanjangkan umornye
semoga anak mak beroleh kebaikan/kejayaan di dunia dan akhirat
semoga anak-anak mak menjadi anak yang soleh dan solehah


Saturday, January 1, 2011

perlawanan kekeluargaan badminton di Sunway Extream Park Tambun .....

Pada Cuti Sempena Tahun Baru 2011

amy + nyah v/s andak dan yop.. andak ngan yop menang..

aku pun try main gak..bukan terror mane pun


gaya champion posing aje...hihihi

jangan tak tau kak nyah yang sarat mengandung pun boleh main badminton tau..wahhh hebat tu..