semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.

Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..

Thursday, July 28, 2011

bile upin n ipin datang ke pesta konvo..haruslah nak juge bergambo..






anak2 peminat siri kartun upin n ipin.walaupun kat tv diulang2 siri tu gak,anak2ku tetap setia menengoknye.xmenguit langsung.kalo panggil pun buat nohe jerrr.tambah lak ade siri kelab upin n ipin hari sabtu mmg tak sabor2 depe menunnggu bermula siaran tu.jom layan gambo depe ni.tak banyak gambo pun sbb ramai orang yang nak bergambo.bebudak n makpak budak pun ramai.paneh terik pulok tu walaupun time dah pkul 6.

Wednesday, July 27, 2011

murtabak..permintaan i pulak......


inti(xde sukatan) :

daging kisar
bawang besar agak banyak
bawang putih
halia
halba campur
rempah kari daging
minyak masak


+ telur ayam then kacau dengan inti murtabak..buatkan bentuk 4 segi kalo ade acu lagi senang koje.

kulit (cam kulit roti canai) :
tepung gandum
sedikit marjerin
telur
air+ garam
sedikit susu pekat


balik rehat tengahari time ari jumaat.rehat (12.15-2.45) pas ambik si kakak dari sekolah dan adik dari umah ibu terus gerak balik umah.hubby ade kat umah.dia dah siap2 dah nak gi solat jumaat.i plak ambik peluang meroloh dulu.hehehe.

pas meroloh bangun masak nasi,masak sardin.pastu wat inti tuk wat murtabak.siap! then hubby balik dari masjid terus makan bersama. pas mkn bancuh tepung tuk wat kulit murtabak.minta tolong hubby yang ulikan sb i kan keje nti lewat plak masuk opis. then pas balik keje tengok2 dah siap murtabak tu.cantik tersedia atas meja.tq hubby!

i uli atas talam je.senang . i tak reti teborkan doh cam kat kedai mamak tu.mula2 tempek2 then tarik doh sampai ketepi talam.then letakkan inti murtabak kat tengah2 then masakkan atas kuali leper.

hidangkan ngan bawang jeruk:

bawang merah kecik/besor
ayor masak
cuka
gula skit





kuah doyan..permintaan anak-anakku

permintaan anak-anak aritu buat minta buat kuah doyan.i buat versi paling mudah je dan kurang manis.resipi main campak2 je tak de sukatan pun. nak terliur? ermm takde maknenye sbb dah abis dah.


versi terang

versi gelap (xde flash) same je sebenornye hehehe


bahan-bahan digunakan; mestilah ade buah doyannye
buahnya bak kucing gemok tido disorongkan bantal hahahaha...

sedap buahnye..
1 biji buah doyan tapi dibahagi dua- sebahagian masak kuah doyan sebahagian lagi mkn mentah
nk wangikan kuah lagi masukkan selai daun pandan..disimpul buh dlm periuk ngan santan + gula merah+ gula putih (pasir) + buah doyan yang diasingkan dengan bijinya..

pastu tengek atas api perlahan.then kacau-kacau.dah mengelegak dan rasa pun ok boleh tutup api.
pokok pisang yang i tanam dulu alhamdulillah dah kuarkan hasil..setelah menunggu hampir 2 tahun okeh baru nampak hasilnye.tak sia-sia penantianku..

nanti leh buat goreng pisang dengan hasil tanaman sendiri..
serai ni rasanye yang ke -3 kali i tanam..dah banyak kali tuai dan bagi kat jiran2..

Tuesday, July 26, 2011

Monday, July 25, 2011

kite bako jer..pastu mkn sampai kenyang..

department suamiku ade buat mkn-mkn(bbq) tuk staffnye.collect pulus sikit sorang.daging kambing dan ayam diperap oleh orang umah bos suamiku.sedap masaknye.cukup rempahnye.daging kambing tu diperap dan dibako kene lak sambal cicah yang dibuat tu mmg umpphhhh okeh.adusss terliur lagi nak makan daging kambing nih.hehehe.jom layan gambo aritu...


kibas.. jangan tak kibas..bior bagi marak cepat..



banyak daging ni sampai tapau bawak balik hehehe..terima kasih daun keladi...

harum semerbak baunyerr....

ade kerang bakar juge...
udang bako pun ade juge...

dijamu pulak halwa telinga ngan lagu2 karoake..

sehingga kepenatan menunggu dan kekenyangan..langsung dibuaian juge terus terlena sambil terbuai-buai perlahan..

tak boleh blah ahh gambo ni adeke tengah makan ditangkapnye gambo kite..cover mulut sbb comot tahap melantak sampai tambah beberapa kali nasi + daging kambing masak kari..sedap ooooo..terima kasih akak nti kalo masak lagi jemput kami okeh..hehehehe

tamatlah sudah...

fuhh alhamdulillah mmg betoi penantian satu penyeksaan, setiap detik yang dilalui terasa begitu lama.tapi alah bisa tegal biasa.pejam celik pejam celik hubbyku dah tamat dan selamat menjalani kursus chargeman BO di ILSAS,Bangi.Terasa lama bukannya ape,tengah preggy khidmat suamiku disamping aku amat diperlukan sekali.kengkadang pening, penat,emosi yang tak stabil amat menguji aku.kesian anak2.dapat jumpe sekali sekala je.skrg dah kembali normal..suamiku kembali start bekerja cam biase.tapi kengkadang balik lambat sbb Ot dan banyak keje.yelah tuntutan hidup kan skrg ni terpaksa okeh bekerja kuat.






ari sebelum pekse, review balik pelajaran lepas2...


tamatlah sudah..tahniah kepada semua..semoga menjadi chargeman yang berkaliber dan bertanggungjawab dengan keselamatan sendiri dan orang lain k..


rupe seorang student UNITEN-ILSAS sebelum sesi penyampaian sijil tamat kursus..pasni takdenye gendong2 beg lagi ye bang..hehehehe

sebelum berpisah,diadakan sedikit jamuan dan penyampaian sijil tamat kursus...(gambar diblurkan agar tak mencuit mana-mana pihak)

berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian...muka masing2 ceria kalo idak 'ketat' je muka memasing2.

Friday, July 22, 2011

mkn doyan..


tingin nk makan doyan?ngidam ker? hehehehe nope bukannya aku but anak dara aku sorang tu.si adik aritu ikut ayahnye pi pasor pastu nampak orang jual doyan, mintak ayahnye beli. 3 biji /rm10.oklah kan.isinya sedap dan kuning.doyan kuala slim.takde yang busuk pun ataupun yang mangkor.aku?makan skit je sbb kepala dah tingtong! batuk pun tak baik2 lagi.tambah lak musim panas ni mkn doyan +lemak+ manis mmg sedap tapi pastu haa ambik kepala leh tingtong jadinyer...takdapat musang king pun doyan kuala slim pun spesies same gak doyan jugak.tapi takle semahal musang king tu nak beli kene timbang kilo yaa ampun regenya tak boleh blahh ahh.



sedap lemak manis..permintaan anak2 suh buat kuah doyan colek ngan roti..arini mak buat ehh sabor ye anak2 mak....ade lagi balance 1 biji dan beberapa ulas yang simpan dlm peti ais..

si kakak mkn tak hengat..sampai kene suruh berhenti mkn..

sedap buahnya..


kuning lemak manis..tapi awas..yang sedap dan manis tulah bahaya..sbb boleh naikkan kolesterol ,kencing manis dan darah tinggi...

p/s: sebenornye tingin nak mkn 'nasi vanggey' ni ..abg biler kita nak balik kg ni..mkn nasi vanggey kat kinta height tu?hehehehe

Thursday, July 7, 2011

hakikat kernikahan...

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan,
hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin
bertengkar jika servis di kamar
tidur tidak memuaskan. Atau rajin hadir di SEX party.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari
alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan
lari jika orang berubah tingkah lakunya.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak
tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH,
sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.


moga kitakan bahagia selamanya..

sudah 6 bulan kini..


Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram. Walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna. Otaknya tumbuh dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter. Sekiranya pelahiran anda nampak seakan-akan hendak bermula, sudah pasti pakar obstetrik dan doktor akan melakukan segala-galanya untuk menghentikan perjalanan kelahiran pramatang supaya bayi anda boleh terus-menerus matang.


sumber: www.babycenter.com

alhamdulillah, baby bergerak aktif terutamanya bila pas makan.arini breakfast roti gandum 3 keping sapu kaya then minum nescafe.tghari pas ambil kakak ngan moto kat sekolah tadika , tgahari baru makan nasi lauk ayam masak kari + jering goreng masak sambal . sedap okeh. kakak kate dia pekse dapat no 2.tengok kertas peksenye sumenye 91%,93%,96%&96% dan 98% bagus anak mak ni terima kasih kat cikgu2 yang mengajar anakku.teruskan ye anak mak!


belajarlah untuk berkata cukuplah alhamdulillah...

semoga kita dapat ikhtibar dan pengajaran dari kisah ini...dapat dari emel ..


Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang
disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon
utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah
satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan
pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan
seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di
belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap
pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut
terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Teng ah tergocoh2 & sibuk mintak
maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas
jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah
la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.
Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...)
"Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal
tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke
satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih
menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar
dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum
ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer
dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang
kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't
know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut
diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga
selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang
berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta.
Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal
mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku
supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang
maut. Perasan tak?

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya
berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara
yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya,
tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin,
kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita
kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau
berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia
yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit
dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit
dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu
dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan ?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang
terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi
sesetengah orang nikmat manakala setengah lagi azab? Bukankah Allah itu
Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha
Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang
bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang
hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).
Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa
yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah
berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita
jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya.
Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat
kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan
Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan
keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala
nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat
anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2
hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya
katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat,
Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya,
berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika
sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah,
petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat.
Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci
Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah
yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak
dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar
bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on
the other side'. Kan ? Kit a sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain
itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di
bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita
tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kit a sentiasa
mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak.
Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut
mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke
hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang
metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini,
dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya
memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF.
Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji
RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750.
Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah
cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai
trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa
tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi
bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup
juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang,
ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3
kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak
ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya
panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru
dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah
beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang,
semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang
penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan
Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk
hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2
terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah
dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2.
Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok
hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat
(matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah
maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki
untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar
ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak,
duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh.
Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap
dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab
tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk
besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mun gkin
dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga
kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2
dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam.
Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke
tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia.
Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari
Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke
masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita
tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia
hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya.
Bersyukurlah Allah telah menunaikan.. .

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya
pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan
niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya
mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir.
Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali
pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak
kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita
tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah
pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah
memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang
sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong
adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.
Wallahu'alam. ..

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini

kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat
syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah
kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata “CUKUP....ALHAMDULIL LAH ....."