semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.

Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..

Wednesday, December 19, 2012

dah ghupe belog masakan plak..hihihi..laksa johor n roti sardin goreng..



ni menu cuti-cuti dok umah aritu..buat laksa johor versi sendiri.bahan pun ringkas je n mudah dapat.tak ikut resipi laksa johor yang ori cam cik mat gebu.
roti sardin pun yang ringkas aje.mmg ringkas pun sbb sardin dlm tong je kan.hehehe







vitamin ujung taun..

tahun berakhir 31 disember 2012 fuhhhh   ... ok bersedia mental n fizikal.hehehe.hanya orang kewangan yang tau.hehehe..mujur cuti tahun xdibekukan leh lagi cuti-cuti malaysia.

Tuesday, December 18, 2012

kami di fraser's hill...

 kami di fraser's hil, fuhh satu pengalaman yang aku rase ermm pasni takmau pegi dah ok ye bang.hehehehe.pening jalan nye ngelewor kona-kona pulak tu.pemandangan mmg sangat cantik sbb hutan dara.pulak tu sejuk amat cam cameron highlands.

kami bertolak awal pagi sbb mmg kami ade hal kat KKB, tu alang-alang naik le Fraser's Hill.fuhh mencabar ok,jln sempit . hubby steady jer sbb dia concentrate bawak kete.kami ni yang tak sabo rasenye nak sampai ateh pasai pening n nak muntah hehehe...

sampai satu simpang naik ,hanya satu jalan je tuk naik..sbb tuk turun dia ade lalui jalan lain.aku turunkan tingkap ermm sejuk n segarnye udara kat sini. bile sejuk perut pun semedang je lapo .sib baik prepare bekal dari umah.bawak nasi lak tu makan kat ateh bukit.hehehe.

akhirnya sampai juge,alhamdulillah. kami tangkap-tangkap gambo,jenjalan,pastu bukak bekalan makanan, berkelah kat ateh nun.

tak tido sane pun,sbb dekat aje pun kalo TM ngan Fraser's Hill ni.bile ari dah nak gelap cam nak ujan kami cepat-cepat turun ke bawah n balik TM.








Monday, December 17, 2012

bole pepagi layan lamb chop ? mak layan je...


sebenornye nak mkn malam minggu aritu tapi kawan dept abg ade wat mkn-makan kat umahnya.jadi tak dapat nak bako lamb chop ni.kami makan lamb chop ni pepagi nyer sbb hubby pun nak gi keje.aku pun gigih bangun awal pagi sbb nak bako lamb chop ni dan buat sarapan tuk hubby.

alhamdulillah,lembut je daging n sedap ye.sos lada itam pun sdap.aku bantai buat sendiri je.sbb ingat nak ikut resipi tapi pendrive tinggal kat opis.ermm ikut jele suke nak buh ape.hehehe

sos lada itam.:

bawang putih cicang
bawang holland besor didadu
tumis ngan marjerin
buh sos lada itam
gula skit
pastu buh whipping cream
kacau2 n rase 
ok siap..

 daging perap ngan 'meat tenderizer' mccormick , lada itam tumbuk, skit gule.buh peti ais
lepaih 5-8 jam leh bako dah,insya Allah lembut je daging tu.
aku bungkus kentang buh skit lada itam n garam,jagung (buh marjerin n garam) dlm aluminium foil n masuk oven jugak.
cincang cabai besor n buh tomato ceri kat dulang bako tu juge.
then siap..

Thursday, December 13, 2012

kek coklat moist lagi...

 cuti aritu buat lagi kek ni tuk makan2.buat 2 biji sekali gus.1 bagi kat surau sbb surau taman ni ade wat bbq n makan -makan sambil nengok bola malaysia lwn thailand aritu kat surau.bagus kan surau taman ni.ngajak orang tengok bola sambil tu berjemaah solat maghrib n isyak juge kat surau.alhamdulillah.terlaksana kewajipan sudah.deme -deme lelaki je yang pegi n bebudak taman ni.

mak tak buat manis sangat pun, dlm resepi suh buh 11/2 cwn gula tapi mak buh 1cwn je.nti mak bagi resepi ye.sesape pun boleh buatnye asalkan rajin hehehehe.(mak ni ikut mood kalo takde mood nak masak, ajak somi n anak-anak makan kat luar hehehe.)



dah mekap cantik je ghupenye kan.hehehe.. cantik biorle luor n dalam ye.hehehe.dah buh coklat buh lagi badam cincang.sedapkan anak mak.


Friday, December 7, 2012

jenjalan ke pulau pinang..

kan main anak mak ni dok dekat ayah ye..

lintas jambatan pulau pinang..alhamdulillah jejak jugak walaupun dah tua baru jejak sini..




masjid terapung kami singgah di sini,sangat cantik dan dekat ngan laut..

ke bukit bendera..orang adalah sangat ramai bile pi cuti sekolah..

dalam kete kabel..orang sangat ramai







time balik naik feri..wow terujanyer..free ye anak mak..

anak-anak mak kecik lagi dah pegi pulau pinang.sematkan memori ni ye anak mak.alhamdulillah dapat jugak kite pegi walaupun lame dah teringinnya nak pegi.mak ni kan kaki jalan hehehe..pegi pun balik ari je.cadang time balik tu nak singgah tepeng makan mee udang mak teh@ mak jah ker tapi time balik tu ujan kan lebatnya.jam dah dekat kul 9 kang nak cari lagi pulak tempat tu rencam tambah udah malam gelap ujan pulak tu. udahnye mak makan kat changkat jering je,makan tomyam,nasi n kailan ikan masin.

nanti kalo mak free lagi,kite pegi ye ke tepeng anak-anak mak.harapnye anak-anak mak suke ngan perjalananan kite ni ye.

udahnye tadika pun ade konvokesyen..





kejadian ni mase belum stat cuti sekolah
aritu anak-anak mak mengaji di abim
time umo 5 n 6 tahun aritu
 kakak no 1 n adik no 4
tahniah anak moga kamu menjadi anak-anak mak yang solehah
 mak n ayah sygkan kamu..

mengelim karipap...

buat karipap aritu, mengelim pun songsang pasai mak ni kan kidal..tapi dont worry..sedap n best.hehehe




 

Wednesday, December 5, 2012

tiap manusia diuji,tapi tingkatannya tidak sama..



selalu baca belog dia
dia ibu tunggal
punye ibu juga 
tanpa suami tempat bergantung hidup
perginya laki tanpa berita
tanpa nafkah juga
kalo terkesan di hati akan kisahnya
hulurkan bantuan
kata semangat juga
supaya sabar dan tabah
disamping anak-anak tercinta

 credit to: http://aliaharyanie.blogspot.com/.

## utk adik ipar Amy cepat sembuh ok.khabar berita dari yop bhw dia sesak nafas n masuk kecemasan hospital smlm.andak n kak andak doakan cepat sembuh ye.kuaga kami tahun ni banyak dugaannya.anak yop,seri pun aritu masuk wad hospital ipoh sbb jangkitan kuman di buah pinggang tapi alhamdulillah beransur sembuh.


Friday, November 30, 2012

sunyi sekeping hati..

sumber:genta-rasa.com (us.Pahrol)

Sejak awal ketika memasuki masjid saya sudah melihatnya. Cuma kami berdua. Jadi, saya rasa kami saling menyedari kehadiran masing-masing. Selesai solat, dia solat lagi. Kemudian tafakur atau berzikir.
Tak lama kemudian, terus membaca Al Quran. Begitulah keadaannya. Saya tidak ingat berapa lama dia dalam keadaan begitu kerana saya juga sibuk dengan hal sendiri. Memang beginilah rutin pagi saya. Jika terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas, saya akan singgah di mana-mana  masjid untuk iktikaf sambil melaksanakan tugasan atau menulis seadanya.
Beberapa lama kemudian, tanpa saya sedari dia sudah berada di sebelah saya. Setelah saling bersalaman, menegur dan takruf, kami mula berbual.
“Apa yang ustaz tulis dalam blog baru-baru ini telah menimpa saya,” katanya dengan wajah suram. Rupa-rupanya dia mengikuti tulisan dalam buku, majalah, blog dan FB saya.
“Entri yang mana?” tanya saya pinta kepastian.
“Tajuknya, ujian cinta… Kebetulan cinta saya sedang diuji. Sakit.”
“Mengapa?”
“Isteri saya telah meninggalkan rumah kami kerana memburu cinta barunya!”
Saya benar-benar terkejut. Bayangkan, lelaki yang berada di hadapan saya sekarang bukan muda. Dia telah berusia. Malah lebih tua daripada saya. Sejak awal perbualan kami dia telah memaklumkan usianya… 65 tahun! Dalam hati saya sudah terbayang, ini mesti kes isteri muda meninggalkan suami tua.
“Berapa umur isteri tuan?” tanya saya untuk mendapat kepastian.
“53 tahun,” jawabnya. Saya tambah terkejut. Wah, ini luar biasa. Cinta baru ‘orang lama’.
“Dia terpaut dengan teman sepejabatnya. Dia menuntut fasakh daripada saya sejak setahun lalu.”
“Alasannya?”
“Penderaan mental!”
Saya terdiam. Bunyi kipas di dinding masjid itu sahaja yang menemani kami. Sepi. Sungguh sunyi… rumah Allah pada waktu-waktu begini. Mungkin, sesunyi hati seorang lelaki yang kehilangan cintanya.
“Tuan tidak melepaskannya?”
“Tidak akan. Saya akan terus bertahan. Walaupun sekarang menuntut cerai di mahkamah dan telah pun lari dari rumah.”
“Subhanallah!” saya terpaku kaku menghadapi realiti rumah tangga masa kini. Sangat ‘daring’ rupanya karenah manusia yang bercinta. Benarlah seperti yang pernah saya tuliskan dulu: Jika tepat pada masa, ketika dan siapa, cinta adalah satu kuasa luar biasa yang tidak ada tandingannya. Sayangnya, ‘kuasa luar biasa’ itu sering disalah gunakan. Kuasa yang luar biasa itu sering membawa kemusnahan. Media massa melaporkan betapa ramai remaja wanita Melayu paling ramai lari dari rumah mengikut kekasih hati, lahirnya ramai anak luar nikah angkara cinta zina, bayi dibuang merata-rata akibat cinta terlarang… dan kini, cinta telah meruntuhkan rumah tangga manusia yang telah bergelar datuk dan nenek.
“Apa yang boleh saya buat ustaz? Pujuk telah dipujuk. Marah sudah dimarah. Namun dia tidak mahu kembali…”
“Selalu ke masjid macam ni?” kilas saya untuk memberi ruang pada diri untuk merasa dan berfikir. Ini bukan soalan mudah. Tetapi ia  menagih empati tahap tinggi yang benar-benar terpantau dari dalam hati nurani yang paling suci. Sesungguhnya, saya tidak mampu.
“Sejak akhir-akhir ini, beginilah saya ustaz. Harta walaupun tidak lumayan tetapi sudah dikira lebih daripada cukup. Saya tak perlu bekerja lagi. Semua cukup. Segala-galanya berjalan dengan baik sekiranya tragedi ini tidak menimpa…” keluhnya.
“Mengapa tiba-tiba ini terjadi?” soalnya lagi.
“Allah takdirkan segala-galanya untuk kita kembali kepadaNya. Saya rasa inilah jawapannya pada soalan yang awak tanyakan. Ingat lagi cerita ‘Wak’ dalam entri itu? Dia kembali kepada cinta Allah. Jangan ada dendam. Jangan ada marah… walaupun kita rasa ditipu dan dikecewakan. Usahakan kembali untuk mendapat cintanya, tetapi jika sudah ditemui jalan buntu. Berfikirlah semula… solat Istikharah, apakah perlu perkahwinan ini diteruskan?”
“Ustaz rasa patut saya ceraikan dia?”
“Saya tidak mampu membuat keputusan bagi pihak awak. Awak lebih faham situasi yang sedang dihadapi. Lagipun saya tidak mendengar daripada pihak yang lagi satu. Mahkamah yang lebih berhak untuk memutuskannya. Kita sekarang di masjid, untuk mencari ketenangan bukan mencari keadilan. Ketenangan untuk menghadapi ujian hasil akrabnya perhubungan dengan Allah – Tuhan yang mengurniakan ujian itu untuk kita.”
“Apa pesan ustaz?”
“Pesan saya ialah pesan yang selalu saya bisikan pada diri saya sendiri… jagalah Allah, Allah akan jaga kita. Allah lebih besar daripada masalah kita. Pintalah kepada Allah agar memutuskan sesuatu yang baik buat kita walaupun keputusan itu nanti mungkin berlawanan dengan apa yang kita inginkan!”
“Saya sepi ustaz…”
“Kita akan sepi bila hati kita sepi dengan Ilahi. Bila terpisah dengan Allah, kita akan sunyi  walaupun semua orang yang tersayang masih di sisi. Kita boleh kehilangan seorang isteri, tetapi kita tidak mampu ‘kehilangan’ Allah dengan melupakan-Nya.”
“Isteri saya akan kembali?”
“Itu tidak pasti. Hati orang… mana mungkin kita menentukannya. Tetapi yang pasti, tuan telah kembali. Kembali kepada Allah, kembali ke rumahNya ini… hati orang yang berada di rumah Allah tidak akan sunyi.”
Saya teringat bagaimana Rasulullah SAW sendiri mengasingkan diri di tingkat atas masjid Nabawi ketika baginda diuji oleh ragam isteri-isterinya. Begitulah tawaduknya baginda. Baginda pun kembali kepada Allah sewaktu diuji.  Lantaran itu, Allah telah  menurunkan surah Al Tahrim ayat 5, sebagai penghibur kepada jiwanya. Firman Allah itu bermaksud: “Jika nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang mengerjakan ibadat, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan.
Ya, kehilangan acap kali menemukan kita kepada sesuatu yang lebih berharga. Itulah ajaibnya cinta Allah dalam hati hamba-Nya. Hati suami yang mencintai Allah selamanya tidak akan sunyi. Sekiranya dia benar-benar mencintai Allah, dia akan tenang, sama ada ketika isteri masih di sisi atau sudah tiada lagi. Justeru, apabila diuji, kembalilah ke rumah Allah, dan jangan lupakan doa ini: ”Ya Allah, berikanlah cintaMu kepada ku dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMU dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu. “
Waktu menghampiri jam 11 tengah hari. Saya terpaksa pergi. Ketika melangkah ke luar masjid, mata saya sempat melirik ke arah lelaki tersebut. Dia masih duduk bersimpuh di sana, dengan Al Quran yang terus terbuka di tangannya.  Ya Allah, Kau berikanlah ketenangan buat hatinya yang sunyi. Berikanlah kepadanya cintaMU yang sejati! Agar, kami tidak menjadi lelaki-lelaki yang sunyi. Amin.

credit to:genta-rasa.com


better,baca juga komen-komen yang telah dilontarkan dlm belog ttersebut ye.bagaimana telah kubaca bait-bait yang tertera dlm belog ustaz pahrol tentang permasalahan hati..sekalipun usia sudah mengjangkau tua (spt pakcik tersebut) namun hidup kita ini senantiasa di uji. ujian kemiskinan,kekayaan,kecantikan,kematian,perkahwinan dsb lumrah hidup sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

kudoakan moga ibadahku, kehidupanku, kekeluargaanku , perkahwinanku, dalam peliharaanNya.jauhkan kami daripada kegelisahan ,Ya Allah berikan kepada kami keberkatan dan ketenangan kepada kami.Engkau tetapkan imanku,tetapkan hatiku selamanya menyayanginya senantiasa walaupun aku ni tak romantik cam dia (suamiku).hehehehe..suamiku sesungguhnya engkau lelaki terbaikkkk...


Wednesday, November 14, 2012

bile si suami di dapur...


ni aktiviti suami aritu..
rajin ayahnye
ringan skit tugas maknye
bile time balik koje je
dah terhidang depan mate
 n tercium aroma pembuka selera
walaupun ia sekadar burger aje
terima kasih ayahnye
syang amat sukakanya!

cheese tart lagi..

try wat lagi cheese tart ni.alhamdulillah menjadi juge.sedap lak tu.tepungnya tak keras n cheese sedang elok je.buat banyak lebih 30 biji.abis juge alhamdulillah.anak-anak mak suke,belum buh cheese pun mkan dok mengulang.suka mak.

buat kulitnya dulu..

baru buh cheese nye..

pastu bakar balik bagi cheese tu kering n masak..
mengecheese dan mengetart lagi program time cuti..

musim deghoyan tiba lagi..


makan deghoyan lagi..bila musim dah tiba
ni deghoyan kebun bapak tepi highway
kat umah ni aku aje yang gemor
hubby takleh mkn banyak 
nanti kepala pusing
anak pulak makan skit aje
si kecit gemor melumur kat mulut 
tak reti makan lagi
ermm sudahnya buat kuah deghoyan je le

Monday, November 12, 2012

masak-masak lagi..

jom masak-masak lagi anak mak..simple aje mak masaknye.lempung masak sambal,kari daging korban (rempah kari daging takde mak guna rempah kari ikan) n kangkung.pastu ade juga wat cheese tart.