semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.

Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..

Tuesday, November 30, 2010

jenjalan ke kk

jenjalan ke k.k,k.k tu bukan kota kinabalu ye,tapi ke kuala kangsor.kalo orang belah perak ni panggil kk dakpun cakap nak pegi kole..glamer skit bunyinyer..

kami pegi anak beranak jer..menghabiskan mase bersama setelah dugaan yang telah menimpa.i love u abang!

memula pergi tujuannya tuk bawak ayahku perg beli tikar sbb adik bongsuku nak kahwin nti.rupanya aritu ayahku koje lak.layankan aje ye gambo anak2ku.

ni terowong kat kole tu namanye terowong menora.kalo hangpa nak balik ke utara ka ke penang ke kedah ke perlis ka lalu kut ni.kalo idak kut ni pakat ikut jalan lama hang sampai umah tak tau kui bapa..

kampung aku kat kg ulu piol,manong,k.k.tapi aku jarang balik ikut kole ni sbb jauh.aku selalu balik ikut parit aje.dulu-dulu ade jambatan 'nordin' tak silap aku..bila ayah aku nak lalu mesti aku gerak adik-adik aku suh tengok dan bunyi jambatan ni.sbb bile lalu bunyi godang kelenting kelentang jambatan tu sbb jambatan tu dah lame..guna kayu pulak tu..laa ni dah ganti jambatan batu..lalu xde pun bunyi pepun..

pegi jenjalan kat sg perak...dekat kat pekan kole gak..
ingat nak naik bot..murah aje.kalo nak pegi seberang bayor 4 kupang je sorang..

program kemasyarakatan di tamanku..

pada 14/11/2010 ade program kemasyarakatan di tamanku.bestkan..taman yang baru dibuka dihuni lebih kurang 80 orang boleh menjalankan program sebegini.yelah bila time koje memasing pegi koje balik koje.nak berborak dan beramah mesra pun tak sempat.bile dah ade program camni memang terserlahlah kemesraannya.masak sendiri,hiaskan khemah,kemaskan khemah,bersihkan kawasan sume orang tamanku lakukan.

memasing ringan tulang,tengokle gambo-gambo sekitar majlis tu ye.lelaki pompuan tak kira penat tak kira lelah bekerjasama.memang meriah habis!


masa ni diawal pagi,jiran-jiran tengah setting sound system dan susun meja kerusi..


ketibaan cik puan ayu dan anak2nye..aku bawak jajan ngan air pop

tukang masak kami pada hari tu..sedap masaknye..ade masak betik,ade masak batang pisang..masakan okampung yang memang best dan sedap!

ibu-ibu tolong memasak
kaum lelaki pun rajin,panas terik tak dihirau..


hihihi..siap dok dalam longkang lagi..tapi please jangan ingat longkang taman kami ni kotor ye..kami sentiasa melakukan aktiviti pembersihan kawasan kat taman ini..hahaha ko ade?
suamiku yang dicintai berlatar belakangkan gunung yang sentiasa menawan dan maha suci Allah hebat sungguh ciptaanmu!ade pelbagai sukaneka yang dipetadingkan antaranya..tarik tali,tiup belon sampai pecah then lari,mencari harta karut,bola sepak lawan ngan kampung sebelah.


cayok suamiku! tahniah..menang!

tiup belon tak pecah-pecah hihihi..
anakku yang ditinggalkan sebab maknye sibuk mencari harta karut hihihihi






jiran-jiranku..
makan time!!!sedapnye....

Thursday, November 25, 2010

cemburu itu tak bermata

cemburu itu cemburu buta
tak kira kawan dan juga sedara
mainan syaitan hati bergelora
tak senang tengok orang bergembira

kuatkan diri tingkatkan takwa
serahkan aje pada yang Esa
Dia hanya menguji kita
kuatkah kita dengan dugaanNya?

musim mengawan sudah tiba..

bulan dua belas kini menjelma
kad undangan banyak diterima
banyak pria dan cewek juga
nak merase hidup bahagia

jgn dikau seronok sahaja
ingat jua tanggungjawab kita
berbakti pada ibu dan bapa
pengorbanan deme jangan dilupa

bila kahwin seronok saja
jangan dilupa pada yang Esa
Dia akan menguji kita
adakah kita ini setia?


25hb hari gaji..

25hb hari ini
hari ini hari gaji
tapi itu hari dah kuar duit gaji
rupanya awal gaji bulan ini
sbb nak sambut deepavali dan raya haji

25hb ari ini
ku renung wallet di tepi
baru teringat akal ini
itu hari kuselit duit gaji

tepi kad atm yang satu lagi
rupanya ade lagi duitku ini
yey..sok boleh beli barang lagi...

Wednesday, November 24, 2010

pergi ngan motokar..

kuar pkul 11.15 pagi
minta kebenaran en cc
sbb bos xde cuti arini

pergi ke pekan dengan motokar
minyak motokar perlu diisi
pergi dengan ati-ati
sbb aku takde insuran diri

susahnye hati ini
kunci moto xjumpe lagi
nak buat camne bukan rezeki
kunci motoku perlu diganti

jauhnye motokar ku parking
kene jalan jauh lagi

arini kene beli
kupon parking sekali lagi

aku pun berjalan lagi
pegi ke tabung haji
ade umor pergi haji

kaki ini melangkah lagi
tengok sana tengok sini
patutlah takde parking disini
kontraktor sibuk korek sana dan korek sini

kaki ini melangkah lagi
teringat pesan suamiku ini
nak makan sup ngan mi
singgah di grand union beli mi

mata dicuci sana sini
berkenan di hati barang nak beli
arini beli pencuci muka lagi
safi rania nama diberi

promoter kate jangan beli
ade aku peduli
aku tau ko nak suh aku beli
promote produk sendiri

promoter maaflah aku tak beli
sb safi tak ingin kucurangi
biarlah itam diri ini
asalkan suamiku menyayangi

pastu balik ke upsi
sampai opis senyap dan sunyi
tengok sana tengok sini
rupenye dah 1 tengahari!

lamanye aku kuar tadi
maafkan aku wahai upsi
aku janji tak buat lagi..






abahku berpesan...

andai ade masalah, luahkan rase hati
jangan dipendam dalam hati
kelak ia akan memakan diri
jangan dicerita keburukan sendiri
kelak orang akan senyum sendiri

setiap manusia ini diuji
senang susah kena hadapi
kena saling mengingati
saat manis meterai
ikatan suci direstui

pantai mane tak dilanda badai
begitu jua kasih suamiisteri
jangan dilayan rasa hati
ingat keimanan pastikan dapat mengatasi!

terima kasih abah atas nasihatmu ini
akan kami ingat sampai ke mati
moga abahku sentiasa dirahmati
dikau tiada galang ganti!


kunci motoku hilang..

hari ke-25 kunci motoku hilang
hari ke-25 motoku xbergerak
tersadai di tepi bc
aku'patah kaki'
nak bergerak ke pekan dengan bermotokar
maaf, aku tak rela
memakan mase dan uang juga..

Monday, November 22, 2010

nenas di johor..

bapaku bercerita,dulu mase pergi ngantor mempelai ke johor kami dihidangkan ngan makanan johor dan nenas yang dipotong2...

bapaku bercerita lagi..

makanan nye sedap dan nenasnye manis!
lalu gelak..

bapaku bercerita lagi..

selepas makan menghadap makanan lalu terpandang sepinggan nenas..lalu digapai pinggan itu, berkata bapaku kepada arwah emak; orang johor ni pemalas sungguh,bulu hidung nenas pun tak dipotongnye, lalu nenas itu disuapkan ke mulut.lepas satu satu nenas dimakan..

sampai dalam bas rombongan mempelai..bapa saudaraku menegur bapaku..

bapa saudaraku:kenapa makan nenaih tadi?
bapaku:ate,dah depe hidangkan kenele makan.kalo idak kang kecik hati deme..
bapa saudaraku:ate,yop tak tau ker?
bapaku:tau pe?
bapa saudaraku:ate deme orang johor ni adat deme pas makan kene ramas nenas tu supaya tangan takde bau hanyor ..
bapaku:hahahahaha...mane kume tau...

lalu depe pakat gelak ramai-ramai...

p/s:kenangan bapa bersama arwah ibuku dan sedara mare mase pegi mengantor mempelai anak Yan iaitu abg faisal ke johor.

Friday, November 19, 2010

hantu...

dalam perjalanan balik ke ipoh melalui jalan tapah,ade balai polis lama .


anak-anak:ayah tengok tu umah hantu!
ayah:mana ade hantu ,hantu takde umah.
anak-anak:ye hee?
ayah:ye,tu depan tu mmg 'berhantu',tgok tu atuk tu senyum je,memanggil2 je.
aku:berpaling ke arah ditunjukkan,ohhh kfc rupenyer hehehehe....mmg berhantu ler...

Monday, November 15, 2010

3 hari yang mendebarkan ...

kronologi :-

jumaat 12/11/2010

pegi ke klink nabilah tuk check up sbb ade ketulan pada bahagian bawah buah dada.dan sakit beberapa hari.doktor refer ke hospital XXXX.isnin baru hospital kerajaan bukak.bermula pendebaran dan tak lena tido sbb aku takut sama ada aku telah dikesan ade kanser payu dara??? balik umah menangis dan bersedih je.suamiku banyak menyabarkan aku dan minta supaya jangan pikior bebukan.

sabtu 13/11/2010

dok dirumah dengan ditemani anak-anak.suamiku pergi bekerja mencari rezeki.bersyukur aku dikurniakan suami yang amat bertanggungjawab kepada keluarga.suamiku berpesan jangan pikir bebukan.insya-Allah xde ape-apenye.aku menyibukkan diri dengan aktiviti mengemas umah dan membasuh.namun hati ku libang libu dengan persoalan adakah aku ade kanser payu dara??dengan risiko pengambilan ubatan horman kerana merancang kehamilan dan juga mempunyai makcik(arwah) menghidapi kanser payu dara membuatkan hatiku bertambah debar dan pilu.apakah ada kesempatan bagiku untuk menjaga,mendidik anakku??cukupkah anakku dengan belaian emak?aku pesan-pesankan kepada anakku andai emak meninggal(mati) dengar cakap ayah ye...walaupun usia 4 tahun belum mengerti kehilangan insan disayangi namun anakku mengiyakan.kakak sayang emak!!ohh tersentuh hatiku mendengar tutur bicara ikhlas anakku.aku sentiada berdoa kepada Allah dipanjangkan umur dan bahagia hendakNya.

takutkah anda dengan mati atau pabila telah disyaki bahawa anda ade kanser??sesungguhnya mati adalah ketentuan Illahi tapi aku belum bersedia lagi tuk menghadapi saat-saat kematian tersebut.ohhh apakah penyakit 'wahan' telah melekat padaku??kecintaan pada dunia dan takut pada MATI?? walaupun aku ade pergi kursus jenazah dan mengetahui serba sedikit tentang pengurusan jenazah namun belum lagi aku pasti bersedia dipanggil untuk menghadap ke hadrat Illahi.kesakitan ditanggung saat nyawa dicabut bermula daripada kaki naik ke badan hingga ke tengkuk dan akhirnya jasad ditinggal dan roh akhirnya akan dibawa pergi.jasad kekal tiada roh dan diurus untuk dimandi,dikafan dan disembahyangkan akhirnya tiba saat dikebumikan keseorangan di dalam perut bumi.andai bekalan yang dibawa adalah baik-baik belaka alangkah indahnya dilayan bagaikan di syurga.tiada seksaan tiada soalan.namun jika ia sebaliknya ohhh nikmat dunia dikecapi tapi di alam kubur belum tentu!bersediakan anda ke arah MATI?alam yang kekal abadi hingga saat akan dibangkitkan pada hari kiamat (PENGAKHIRAN).

kita renungkan dengan hadis nabi dan sahabatnya..

Sabda Rasul seterusnya: “wal yak zifan nafi qulu bikumul wahan."
Pada saat itu, pada hatimu dicampakkanlah penyakit wahan.

Sahabat kemudian bertanya: “wa mal wahnu ya Rasulullah."
Apakah penyakit wahan itu, ya Rasul.

Baginda menjawab: “hubut dunia wakarohiyatul maut."
Penyakit wahan itu, tidak lain, adalah "hubut dunia wakarohiyatul maut," yakni terlalu cintakan kepada dunia dan terlalu takutkan kepada mati. Materialistik, dan takut risiko. Dua penyakit inilah yang menyebabkan, walaupun umat ini majoriti, tetapi dipermainkan oleh yang minoriti. Walaupun ia golongan terbesar, tapi nasibnya sama seperti makanan di meja makan, dari segala macam penjuru, mahu menghentam kita.


ahad 14/11/2010

ade aktiviti di taman kawasan tempat aku menginap.selepas membasuh dan menyidai kain dan menyiapkan anak-anak untuk aktiviti taman hatiku tetap juga diselubungi gundah gelana dan libang libu.sesekali perasaan luput diingatan namun bila diingat kembali hatiku menjadi sayu.suami dan anak-anakku penguat semangatku!


isnin15/11/2010

hari yang ditunggu..debaran makin terasa.selepas menghantar anak ke umah pengasuh terus bergerak ke hospital XXXX.kul 9 sampai dan tengok ramai juga orang kat kinik pakar ni.sbb pertama kali dan dirujuk pula daripada kinik panel,aku direfer kepada seorang misi (ade reben merah melintang kat tudung-lingkungan 40-50an)mungkin pangkat cc kot.aku 'line' kewangan tak kenal sangat 'line' kesihatan ni.


aku unjukkan surat yang diberi oleh kinik panel untuk bagi pada hospital.dia tengok then kate datang balik ye 6/12/2010 nanti.pastu suamiku berkata: xyah nak check dulu ke?dia kata balik:tak yah cek dulu nanti datang 6/12/2010 baru cek ye ataupun nak lewat lagi tarikh ni ? ewahh siap diugutnya suamiku.pastu dia kate lagi: lagipun dah banyak kes macam ni dah,tengok ni haa buku ni tebal dah ni.(uhhh hangin aku tapi leh sabar lagi) .aku datang dari tanjong malim lebih daripada 30 min then bila sampai hospital just ambik tarikh tuk cek up for next time??xsampai 5 min aku kat hospital tu. huhhhh! adakah sebab 'Monday blues' harus dilayan patient macam aku ni bak melukut di tepi gantang?. ko tak heran lah orang sakit ker ape ker sbb ko dapat gaji bulan.tapi jangan dilayan pesakit sebegini rupe k!aku datang dari jauh tapi tak sio misi tu nak cek dulu betui ke idak ape yang aku alami ini.hampa!apa yang kurasa 3 hari mendebarkan akan ditambah sehingga 6/12/2010??Ya Allah ya Tuhanku!


solutionnyer;suamiku suh pegi polikinik bakti bayor pun bayor ler daripada pegi hospital yang jauh nun untuk dibuat cofirmation shj yang memakan mase berbulan-bulan! tell me kenape servis hospital kerajaan lembap cam siput?tak heranlah ramai orang awam merungut servis jabatan kerajaan memang lembap macam siput..

pergi ke kinik bakti patah balik ke tg malim semula tuk jumpe dr lain yang berpengalaman.tunggu giliran 5 min then dipanggil masuk jumpe dr.dr dibilik sebelah sementara tunggu dr, misi suh aku longgarkan bra.then doktor masuk dan tengok apakah ketulan tersebut.then dr cakap itu bukan ketulan pada payu dara tapi pada kulit,kalenjar peluh ku membengkak!dr cakap xde apa-apa.dr suh makan ubat tuk surutkan bengkak!ohhh sukar benarkah staf nurse di hospital kerajaan yang dibayar gaji lebih rm 2k(aku pasti sbb gred depe lagi tinggi dan makcik nurse tu dah lame bekerja) tak boleh nak periksa patient macam aku nih?memerlukan mase yang berbulan-bulan untuk diagnosis bengkak shj?phewww..orang gomen2x...


Thursday, November 11, 2010

melaka lagi...last episod


kami makan kat tingkat atas bangunan(xtau name bangunan ni)bangunan arked kot berdepan ngan muzium samudera (kapal) bawah bangunan tu ade orang jual cenderamata,cencalok ,belacan dsbnye.tengok licin tuh, ape idaknyer makan tgahari kul 2.30 ptg memang melantak sungguh kala itu.tinggal tulang aje.sedap nasinyer kari ikan kembung,sayur campur dan telur masin.jgn tertipu yer sebenornye aku makan ngan anak2.licin tu sbb anak aku perabihkan (cover malu beb tak nak ngaku sebenornyer aku ni mmg tembun hahahaha)..


polis berkuda

jenjalan kat muzium samudera

hasil ke melaka ...

adelagi entry melaka ni ye, layankan aje yer sbb sibuk sgt ngan koje, entry pun tertunggak-tunggak.entry belog tertunggak-tunggak xper ye,jgn utang lak tertunggak-tunggak.phew!!! letih nak membayornye.hasil belian ini yang utamanyer adalah untuk anak-anak yer.yelah dah koje penat2 tuk sape lagi ye dak?tuk anak-anakle.tapi janganle pulak mak ngan apaknyer terus-terusan memanjakan anak ngan uang dan rete,sbb uang bukan segala-galanya.ala kadar aje gitu.bebudak kalo dilayankan aje nak itu kite beli,nak ini kite beli nanti bile susah dia xpaham erti susah.



teropong mainan 1-rm 5.00

baju si kakak
baju si adik
cencalok dan belacan tuk mak mertua,ngan ayahku

ni tuk lekatkan kat pintu peti ais bagi kat mak,ngan abah ngan cik mi

keychain tuk bagi pada ipar-ipar
baucer ni dapat mase menabung kat bank rakyat kelab nuri dapatler baucer ni.
info tentang melaka
info kat tempat mandi aritu ,melaka wonderland

tiket naik bot -river cruise


tiket naik menara taming sari

Monday, November 8, 2010

menyongket ke bandar dihilir melaka...

memula kami pergi ke menara taming sari,tapi dek kerana ade kereta ngan moto mainan kat dataran tu anak-anak aku nak naik moto.bagi depe merase bawak moto mainan tu.ermm dalam 10 minit kot nunggu deme main moto ni.rm 3 bagi 1 kenderaan.




pastu naik menara taming sari plak..rm 10/dewasa dan rm 5/bebudak , orang asing/rm 20.

jom naik atas..







gayat oo naik ni mengucap panjang aku...


best!