semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.

Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..

Monday, November 15, 2010

3 hari yang mendebarkan ...

kronologi :-

jumaat 12/11/2010

pegi ke klink nabilah tuk check up sbb ade ketulan pada bahagian bawah buah dada.dan sakit beberapa hari.doktor refer ke hospital XXXX.isnin baru hospital kerajaan bukak.bermula pendebaran dan tak lena tido sbb aku takut sama ada aku telah dikesan ade kanser payu dara??? balik umah menangis dan bersedih je.suamiku banyak menyabarkan aku dan minta supaya jangan pikior bebukan.

sabtu 13/11/2010

dok dirumah dengan ditemani anak-anak.suamiku pergi bekerja mencari rezeki.bersyukur aku dikurniakan suami yang amat bertanggungjawab kepada keluarga.suamiku berpesan jangan pikir bebukan.insya-Allah xde ape-apenye.aku menyibukkan diri dengan aktiviti mengemas umah dan membasuh.namun hati ku libang libu dengan persoalan adakah aku ade kanser payu dara??dengan risiko pengambilan ubatan horman kerana merancang kehamilan dan juga mempunyai makcik(arwah) menghidapi kanser payu dara membuatkan hatiku bertambah debar dan pilu.apakah ada kesempatan bagiku untuk menjaga,mendidik anakku??cukupkah anakku dengan belaian emak?aku pesan-pesankan kepada anakku andai emak meninggal(mati) dengar cakap ayah ye...walaupun usia 4 tahun belum mengerti kehilangan insan disayangi namun anakku mengiyakan.kakak sayang emak!!ohh tersentuh hatiku mendengar tutur bicara ikhlas anakku.aku sentiada berdoa kepada Allah dipanjangkan umur dan bahagia hendakNya.

takutkah anda dengan mati atau pabila telah disyaki bahawa anda ade kanser??sesungguhnya mati adalah ketentuan Illahi tapi aku belum bersedia lagi tuk menghadapi saat-saat kematian tersebut.ohhh apakah penyakit 'wahan' telah melekat padaku??kecintaan pada dunia dan takut pada MATI?? walaupun aku ade pergi kursus jenazah dan mengetahui serba sedikit tentang pengurusan jenazah namun belum lagi aku pasti bersedia dipanggil untuk menghadap ke hadrat Illahi.kesakitan ditanggung saat nyawa dicabut bermula daripada kaki naik ke badan hingga ke tengkuk dan akhirnya jasad ditinggal dan roh akhirnya akan dibawa pergi.jasad kekal tiada roh dan diurus untuk dimandi,dikafan dan disembahyangkan akhirnya tiba saat dikebumikan keseorangan di dalam perut bumi.andai bekalan yang dibawa adalah baik-baik belaka alangkah indahnya dilayan bagaikan di syurga.tiada seksaan tiada soalan.namun jika ia sebaliknya ohhh nikmat dunia dikecapi tapi di alam kubur belum tentu!bersediakan anda ke arah MATI?alam yang kekal abadi hingga saat akan dibangkitkan pada hari kiamat (PENGAKHIRAN).

kita renungkan dengan hadis nabi dan sahabatnya..

Sabda Rasul seterusnya: “wal yak zifan nafi qulu bikumul wahan."
Pada saat itu, pada hatimu dicampakkanlah penyakit wahan.

Sahabat kemudian bertanya: “wa mal wahnu ya Rasulullah."
Apakah penyakit wahan itu, ya Rasul.

Baginda menjawab: “hubut dunia wakarohiyatul maut."
Penyakit wahan itu, tidak lain, adalah "hubut dunia wakarohiyatul maut," yakni terlalu cintakan kepada dunia dan terlalu takutkan kepada mati. Materialistik, dan takut risiko. Dua penyakit inilah yang menyebabkan, walaupun umat ini majoriti, tetapi dipermainkan oleh yang minoriti. Walaupun ia golongan terbesar, tapi nasibnya sama seperti makanan di meja makan, dari segala macam penjuru, mahu menghentam kita.


ahad 14/11/2010

ade aktiviti di taman kawasan tempat aku menginap.selepas membasuh dan menyidai kain dan menyiapkan anak-anak untuk aktiviti taman hatiku tetap juga diselubungi gundah gelana dan libang libu.sesekali perasaan luput diingatan namun bila diingat kembali hatiku menjadi sayu.suami dan anak-anakku penguat semangatku!


isnin15/11/2010

hari yang ditunggu..debaran makin terasa.selepas menghantar anak ke umah pengasuh terus bergerak ke hospital XXXX.kul 9 sampai dan tengok ramai juga orang kat kinik pakar ni.sbb pertama kali dan dirujuk pula daripada kinik panel,aku direfer kepada seorang misi (ade reben merah melintang kat tudung-lingkungan 40-50an)mungkin pangkat cc kot.aku 'line' kewangan tak kenal sangat 'line' kesihatan ni.


aku unjukkan surat yang diberi oleh kinik panel untuk bagi pada hospital.dia tengok then kate datang balik ye 6/12/2010 nanti.pastu suamiku berkata: xyah nak check dulu ke?dia kata balik:tak yah cek dulu nanti datang 6/12/2010 baru cek ye ataupun nak lewat lagi tarikh ni ? ewahh siap diugutnya suamiku.pastu dia kate lagi: lagipun dah banyak kes macam ni dah,tengok ni haa buku ni tebal dah ni.(uhhh hangin aku tapi leh sabar lagi) .aku datang dari tanjong malim lebih daripada 30 min then bila sampai hospital just ambik tarikh tuk cek up for next time??xsampai 5 min aku kat hospital tu. huhhhh! adakah sebab 'Monday blues' harus dilayan patient macam aku ni bak melukut di tepi gantang?. ko tak heran lah orang sakit ker ape ker sbb ko dapat gaji bulan.tapi jangan dilayan pesakit sebegini rupe k!aku datang dari jauh tapi tak sio misi tu nak cek dulu betui ke idak ape yang aku alami ini.hampa!apa yang kurasa 3 hari mendebarkan akan ditambah sehingga 6/12/2010??Ya Allah ya Tuhanku!


solutionnyer;suamiku suh pegi polikinik bakti bayor pun bayor ler daripada pegi hospital yang jauh nun untuk dibuat cofirmation shj yang memakan mase berbulan-bulan! tell me kenape servis hospital kerajaan lembap cam siput?tak heranlah ramai orang awam merungut servis jabatan kerajaan memang lembap macam siput..

pergi ke kinik bakti patah balik ke tg malim semula tuk jumpe dr lain yang berpengalaman.tunggu giliran 5 min then dipanggil masuk jumpe dr.dr dibilik sebelah sementara tunggu dr, misi suh aku longgarkan bra.then doktor masuk dan tengok apakah ketulan tersebut.then dr cakap itu bukan ketulan pada payu dara tapi pada kulit,kalenjar peluh ku membengkak!dr cakap xde apa-apa.dr suh makan ubat tuk surutkan bengkak!ohhh sukar benarkah staf nurse di hospital kerajaan yang dibayar gaji lebih rm 2k(aku pasti sbb gred depe lagi tinggi dan makcik nurse tu dah lame bekerja) tak boleh nak periksa patient macam aku nih?memerlukan mase yang berbulan-bulan untuk diagnosis bengkak shj?phewww..orang gomen2x...


No comments:

Post a Comment