kami anak beranak jenjalan nengok tempat orang sbb suamiku sambung belajor kat belah sane.kalo idak ermm haram ler nak jejak kaki kat sane nun.jom layan gambo kami ari pertama sane..bese ler tempat baru kan haruslah jakun sikit..hehehe
Tuesday, April 12, 2011
jenjalan ke bangi..
kami anak beranak jenjalan nengok tempat orang sbb suamiku sambung belajor kat belah sane.kalo idak ermm haram ler nak jejak kaki kat sane nun.jom layan gambo kami ari pertama sane..bese ler tempat baru kan haruslah jakun sikit..hehehe
Friday, April 8, 2011
Thursday, April 7, 2011
la tahzan (jangan bersedih) ..
Apabila kita asyik termenung
memikirkan nasib diri di sini...
merenung jauh mereka di sana
hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat
erti kebahagiaan yang sebenarnya...
Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya
Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita
Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"
Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!
[Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah]
Jika Allah hendak memnberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
Apa yang orang rasa rugi
Allah akan berikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan
[Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...]
Tuan-tuan tengoklah dunia ni
kadang-kadang tuan-tuan
manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
saya nak sebut tuan-tuan
berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik
Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata: "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini
Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku,
Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya Allah"
hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu
dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya
Orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"
Kata Allah: "iman dia tambah"
Bukan kita kata: "pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak, tidak!
Kata Quran: "iman mereka bertambah"
Mereka kata: حسبنا الله ونعم الوكيل"
"Cukuplah bagi kami, Allah...
Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"
(آل عمران: 173)
[Pengalaman sering mematangkan kita]
Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb
إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليك
Ya Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah
[Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat]
Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga
Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga
kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka
Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya
[Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?]
Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar
Satu hamba Allah
yang patah kakinya
yang dia tidak pernah pun sebut
dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki
Dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada
[Bersyukurlah wahai diri ini...]
Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut
Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah nak kata apa?
"Sabar je la, nak buat apa?"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan
syukur di atas nikmat
اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق
فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر
"Ya Allah... apa saja yang aku alami
daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran.
Subhanallah...!
Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها : إبراهيم: 34
Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu
Tuan-tuan... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan rasa ma syaa Allah hidup ini
apa yang Allah kurniakan kepada kita
lebih dari harapan kita sebenarnya
Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan-tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini
Ma syaa Allah...!
Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu
[Firman Allah yang bermaksud:]
"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar
yakni Nabi dan Abu Bakar
Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya
لا تحزن إن الله معنا
"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
(التوبة: 40)
[Petikan dari ceramah: Mencari Sakinah, Dr. MAZA, 1 Nov 2009]
biler telor pun tak selamat lagi nak dimakan...
sebelum kenaikan 0.20/liter minyak RON97 i memang gunakan minyak RON97 ni sbb sayangkan kete kan.nak beli kete bukan murah ok ,kene berhutang 9 tahun untuk gunakan kereta buatan malaysia ini.tapi biler RON97 dok naik dan naik regenyer terpaksa akur dengan kuasa EKONOMI rumahtangga yer, dan memilih gunakan RON95 yang khabarnya dijamin selamat tak terbakar dan tak membebankan rakyat.hehehehe...
camno tu telor haram dan racun boleh dibawa masuk ke dalam malaysia ni.ermm tulah biler jadinya orang yang diamanah akhirnya tak amanah.dok makan rasuah demi kepentingan sendiri.akhirnya racun yang disangka makanan dok masuk perut hingga akhirnya akan menjadi mudarat dlm diam.sedarlah kengkawanku telitilah telor yang anda beli kerna ia mungkin PASLU!!!
Tuesday, April 5, 2011
berkelah dan mandi sungai lagi!

ari minggu tu tunaikan permintaan anak2 utk mandi kat sungai.anak2 tak sabor2 sejak bangun pagi.ingka (suka/gelak) bebenor.orang pun ramai yang berkelah dan mandi-manda kat situ.buah deroyan toksah cakap ler banyak je orang kampung 'open table' di sepanjang jalan nak ke tempat kelah tu.tapi kami tak beli pun sbb aritu dah banyak makan deroyan abah i kat ipoh nun.sampai demam2 ler si adik ngan kakak sbb 'panas'buah deroyan ni.hehehe.


buah strawbery yang sedap..
jom layankan gambo kami makan buah srawberry yang diberi oleh jiran kami iaitu Pn jana dan en shahril.katanye strawberry tu kawannya bagi sbb depe gi cameron highlands aritu.sedap buahnya besor2 plak tu.jgn terliur sudah ye sebab buahnya dah abis!


Wednesday, March 9, 2011
gembira sesudah gundah...
setelah diuji dan diduga dengan kesakitan diberikanNya pula dengan kenikmatan.aku kuatkan semangat kerna anak-anakku.Allah yang Maha Besar! alhamdulillah kesihatan aku selepas operation hari tu makin baik.pada bulan 2@februari ni berturut2 kegembiraan yng dtg dalam keluarga kami.dengan kehadiran anak buah aqil haziq dan adam syamil walaupun kene berulang ke hospital sbb si aqil ibunya tekanan darah tinggi manakala si adam syamil plak aritu masuk hospital sbb kuning.tapi alhamdulillah depe sumer kembali sihat.
kegembiraan juga datang kerna peluang suamiku untuk melanjutkan pelajaran chargeman BO di ILSAS,UNITEN telah diterima dan diluluskan oleh majikannya.kegembiraan juga kerna aku telah lulus PTK setelah sekian lama aku ambik peksa baru laa ni aku lulus.Alhamdulillah rezeki dari Allah.juga rezeki daripada Allah juga kerna .....................nanti2 lah aku citer okeh next entry.aku belum bersedia tuk war-warkan perkara ni.tunggulah nanti heheheheh.
aku n hospital...
muka ceria aje padahal dalam hati hanya Tuhan yang tahu. 1/2/2011 adalah hari aku masuk hospital.bukannya pegi melawat orang sakit tapi sebenornye aku yang sakit.sakit pada payu dara okeh.memula aku ingat aku ni ade kanser payu dara.tapi setelah diselidiki dan membaca laman web MAKNA serta berjumpe ngan doktor pakar ,doktor mengesahkan bahawa apa yang aku alami adalah radang kronik pada payu dara (masitis). iaitu kuman pada kulit telah menyebabkan jangkitan dan bernanah!so pembedahan perlu dilakukan untuk mengeluarkan nanah tersebut kerana jika dibiarkan bimbang akan menyebabkan kesan yang lebih teruk lagi.2/2/2011 adalah hari aku dioperate.tak sangka abah aku dari Ipoh datang jugak walaupun datang sengsorang je.huhuhuhu sedih aku tengok abah aku,mesti dia risaukan kesihatan anak dia ni. alhamdulillah proses pembedahan berjalan lancar walaupun aku takut namun aku perlu hadapinya.sakit memangler sakit okeh.kedua-dua belah tangan aku lebam sbb doktor bius nak cari saluran darah tak jumpe last2 dia masuk ubat bius kat tangan tempat masuk ayor.aku kene bius satu badan dan mase proses pembedahan dilakukan aku tak sedar langsung!sesudah pembedahan doktor gerak suh bukak mata dan kate dah buang nanah tersebut.doktor suh tenang dan rehat sementara kondisi aku adalah benar-benar stabil baru aku dimasukkan ke wad balik.terasa sejuk ya amat dok dalam bilik operation tu.Terima kasih yang tak terhingga kepada para-para misi,Dr Noel Surendran (doktor yang operate aku),Dr Faizul serta jiran sewad ngan aku di Hospital Slim River (1/2/2011 - 4/2/2011).Moga bakti anda semua akan dibalas oleh Allah Taa'la.


kepada rakan-rakan wanita diluar sana jika anda sakit atau was2 akan tahap kesihatan jumpa doktor dengan segera!jangan tunggu dah terlambat baru nak terngadah.buat leka ngan tahap kesihatan sendiri akan mengakibatkan kesan yang lebih buruk.ketepikan malu anda.kesihatan yang lebih utama.ingat sekarang ni bukannya macam zaman dulu,laa ni macam2 penyakit ada,kuman pun merata ade.
jom baca info ni,kaum wanita kene ambil berat tentang tubuh badan sendiri.sape lagi nak jaga selain kite ye dak?
HANYA 20 peratus penyakit pada payu dara adalah barah. Selebihnya bukan barah tetapi masih mendatangkan rasa sakit dan memerlukan rawatan.
Ada enam jenis penyakit bukan barah yang menyerang payu dara. Setiap satu memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan barah payu dara. Justeru pengesanan dan pemeriksaan awal membolehkan seseorang itu mengetahui sama ada dia diserang barah atau tidak.
Dr Komathy Thiagarajan dari Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), tidak dinafikan barah payu dara adalah barah yang menduduki carta teratas sebagai pembunuh wanita.
“Pada 2003 misalnya, daripada 100,000 wanita, 39.5 adalah pesakit barah payu dara manakala 16.5 peratus pesakit barah servik. Tetapi bukan semua penyakit pada payu dara itu barah,” katanya.
Pengesanan awal boleh mengurangkan risiko barah payu dara. Pemeriksaan sendiri misalnya mengambil masa kurang lima minit dan dilakukan sebulan sekali.
“Kekerapan membuat pemeriksaan sendiri mengikut jadual membolehkan wanita itu biasa dengan payu daranya dan jika berlaku keganjilan dia akan tahu ada yang tidak kena,” katanya.
Komathy berkata, amat penting bagi seseorang yang tidak pasti dengan keadaan payu daranya membuat pemeriksaan. Apatah lagi jika tergolong dalam kumpulan berisiko (adik beradik atau saudara terdekat yang meninggal dunia atau didiagnos dengan barah).
Selalunya wanita di dalam kumpulan begini diberi lebih perhatian kerana risiko barah payu dara yang tinggi berbanding wanita lain.
Mengenali enam jenis penyakit bukan barah
Fibrosistik
Fibrosistik menyebabkan payu dara kelihatan berbenjol dan terasa sangat sakit. Selalunya kesakitan bertambah menjelang haid.
Fibrosistik terjadi kepada lebih 50 peratus wanita. Ia masalah biasa dan dialami wanita tanpa mengira usia tetapi lebih kerap pada wanita sekitar umur reproduktif.
Fibrosistik dikenali menerusi keadaannya yang berbenjol, bengkak, sista cecair selain sakit. Ia bukan faktor risiko kepada barah tetapi keadaan payu dara yang berbenjol menimbulkan rasa tidak selesa.
Malah jika seseorang itu sebenarnya berhadapan dengan barah payu dara, sukar untuk membuat pengesanan kerana keadaan payu dara yang firbosistik.
Penyakit ini dikaitkan dengan kitaran haid. Kerana itu ia akan berasa sangat sakit menjelang haid. Dalam sesetengah kes, simptom fibrosistik masih berterusan ketika hampir putus haid. Dalam kes tertentu, fibrosistik memerlukan biopsi terutama jika benjolan agak keras.
“Tiada rawatan khusus menanganinya. Biasanya pesakit dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein. Kadangkala doktor menyarankan pesakit mengambil Vitamin B 6,”
Tetapi kebanyakan kes fibrosistik boleh ditangani dengan pengambilan pil perancang keluarga.
Fibroadenoma
Fibroadenoma adalah satu punca benjol pada payu dara. Ia tidak sakit dan boleh bergerak-gerak jika dipicit. Ia masalah payu dara yang sering terjadi dan boleh menyerang wanita tanpa mengira usia. Lebih kerap menyerang wanita berusia 20an dan 30an. Jika benjolan terjadi pada wanita berusia 40an, kemungkinan besar ia bukan firodenoma
Fibroadenoma dikaitkan dengan tahap hormon estrogen yang lebih tinggi dari biasa. Selalunya benjolan yang tumbuh berukuran satu ke 1.5 sentimeter. Saiz itu selalunya kecil hingga ia akan mengecil dengan sendirinya apabila tahap estrogen wanita menurun
Walaupun ia berbenjol seperti fibrosistik, tetapi benjolannya mempunyai sempadan yang jelas. Ia boleh bergerak-gerak apabila dipicit dan boleh tumbuh lebih dari satu benjolan pada satu-satu masa.
Diagnosis menentukan sama ada benjolan itu barah atau fibroadenoma memerlukan biopsi. Rawatan terbaik menangani fibroadenoma adalah pembedahan membuang benjolan kecuali jika ia terlalu kecil atau terlalu banyak.
Walaupun selepas pembedahan fibroadenoma boleh berulang.
Nekrosis lemak
Selalunya nekrosis lemak terjadi apabila berlakunya kecederaan pada tisu lemak payu dara. Tisu yang tercedera menjadi benjolan keras atau benjolan berisi minyak.
Seperti kebanyakan penyakit payu dara lain, diagnosis nekrosis lemak memerlukan biopsi. Tiada rawatan khusus untuk menangani nekrosis lemak.
Radang payu dara(mastitis)
Terjadi apabila kulit payu dara pecah dan kuman memasuki tisu payu dara. Ia menyebabkan jangkitan hingga kawasan yang tercedera terasa sakit dan kulit payu dara menjadi merah.
Biasanya doktor akan memberikan ubat penahan sakit dan antibiotik. Jika dibiarkan melarat nanah boleh berkumpul dan memerlukan pembedahan bagi mengeluarkan nanah.
Radang payu dara adalah masalah biasa bagi ibu yang menyusukan bayi. Anda akan tahu diserang radang payu dara apabila ia berasa sakit, panas, bengkak dan merah. Kadangkala tubuh berasa letih, gatal dan selesema. Kadangkala ibu yang menyusu bayi akan diserang demam dan selesama sebelum menyedari mereka sebenarnya mengalami radang payu dara.
Galaktorea
Galaktorea adalah masalah susu yang dihasilkan dari payu dara wanita yang tidak menyusu bayi. Kadangkala galaktorea membabitkan sebelah payu dara saja atau mungkin boleh menyerang kedua-dua belah payu dara.
Dalam kes galaktorea, susu mungkin keluar secara spontan atau setiap kali payu dara disentuh. Galaktorea dikaitkan dengan penggunaan ubat-ubatan tertentu (ubat darah tinggi, ubat kemurungan, hormon dan ubat tahan muntah).
Ia boleh juga terjadi kerana penggunaan dadah, ketumbuhan pada kelenjar susu atau pemeriksaan payu dara sendiri yang terlalu kerap. Kadangkala galaktorea boleh terjadi kerana stimulasi aktiviti seks. Galaktorea biasanya dirawat berdasarkan punca penyebab.
Ektasia duktus (duct ectasia)
Walaupun barah payu dara dikaitkan dengan pengeluaran nanah pada puting, ada juga sejenis penyakit bukan barah yang boleh mengeluarkan cecair tebal dan melekat.
Ektasia duktus atau masalah jangkitan saluran susu misalnya menyebabkan puting mengeluarkan cecair berwarna hitam atau hijau. Biasanya ia menyerang wanita berusia 40 dan 50 tahun.
Ektasia duktus menyebabkan areola (kawasan berwarna gelap sekeliling puting) terasa sakit, merah dan mungkin terdapat benjolan keras. Ia terjadi kerana saluran susu yang bengkak.
Ektasia duktus boleh hilang dengan sendirinya atau dirawat dengan tuam panas dan pengambilan ubat-ubatan antibiotik. Dalam kes tertentu, benjolan saluran susu mungkin perlu dibuang secara pembedahan.
biler orang nak belanje..
biler orang nak belanje tu kate..nak makan katne?mintak je ler.akan ditunaikan.wah..wah pucuk dicita ulam mendatang..haruslah mencuba yang mahal dan jarang di makan.kalo nak makan hari-hari , mau tirih poket orang yang membelanja tu.hihihihi. moh kita makan chicken chop ngan sos ladad hitam..
Monday, March 7, 2011
kasih ibu sehingga rela anaknya disuntik...
Cyndie bermain dengan anaknya Derek Madsen, 10, menyusuri lorong di UC Davis Medical Center di Sacramento 21 Juni 2005. Sang Ibu berhasil mengalihkan perhatian anaknya dari ketakutan akan pengambilan tulang sumsumnya. Para doktor menganalisa apakah anaknya sesuai untuk transpalasi sel batang darah yang merupakan harapan terbaik untuk sembuh dari kanser Neuroblastoma, penyaki kanser yang jarang di temui pada kanak-kanak, penyakit itu ditemui pada Derek Madsen pada bulan November 2004
sumber:borak kosong.com
Monday, February 28, 2011
selamat datang ke dunia baru..
sori ekk kedua-dua iparku belum ade kesempatan lagi untuk nengok baby baru.insya Allah nti kite jumpe ek.hadiah pun dah de ni tunggu nak bagi je.gambo baby baru pun xde lagi nak upload.okeh jaga kesihatan dan selamat berpantang!




















