semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.

Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..

Thursday, August 25, 2011

koi raya ku buat sendiri tau...


koleksi buat koi raye, bukannya tamak tapi jimat,sedap dan pasti halal.buat 4 jenis jer..tapi berkira-kira nak buat ke idak koi mazola permintaan acu tu..sbb tak larat ler kak andak nak mengodak kacang tanah tu hehehe.sangai kacang tanah pastu kene ramas2 kacang buang kulit pastu kene tumbuk lagi.hehehe..renyah tapi sedap okeh koi mazola tu..tengokle nanti ye acu..


buat biskut almond london..



buat juge tart nenas..takde acuan gulung..jenis terap je ade.. guna je le ni
biskut arab..koi paling mudah


ni biskut badam..

ni mak preggy yang tak kenal reti letih..kalo kaki rase lenguh ambik bangku bawak ke dapur duduk, pastu bangun balik kalo lenguh duduk lak..buat koi pas sahur. time ni tak rase penat sgt sbb sejuk je time subuh.buat sampai kul 8 lebih.biler anak dah jaga,bangku tu depe guna tuk turun naik nengok maknyer buat koi.
sebelum disiram cekelat..gemuk2 okeh biskut almond london ni..rupe tak semenggah hehehehe
dah disiram cekelat , sejukkan dlm talam dulu..

buat sendiri lagi selamatkan..jangan beli kalo anda rase was-was sb ade koi raya datang dari negara China.China ni kan sume nak tiru nyer..sampai koi raye pun depe nak tiru dan jual..


EKSKLUSIF: Lambakan kuih raya dari China diragui

Susunan : Bawang Goreng


Harga jauh lebih murah, timbul persoalan kandungan bahan digunakan sebagai ramuan

KUANTAN: Keghairahan umat Islam membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, memberi peluang pihak tertentu mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjual kuih biskut raya diimport dari beberapa negara bukan Islam dandiragui status halalnya.

Malah, kuih dan biskut raya itu dijual dengan harga lebih rendah dan tidak munasabah, sekaligus turut menjejaskan perniagaan usahawan Bumiputera.

Tinjauan ke beberapa pasar raya utama di sini mendapati kebanyakan premis itu menawarkan biskut raya yang dikatakan diimport dari China dengan harga serendah RM9 hingga RM12 bagi bekas seberat 200 gram hingga 400 gram mengikut jenis biskut.

Antara biskut yang dijual termasuk tart nenas, biskut kekacang, tart gulung, biskut kopi, kuih bangkit dan biskut cip coklat. Berbanding biskut yang dijual usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan, harga ditawarkan itu terlalu rendah sehingga 50% berbanding harga barangan keluaran usahawan Bumiputera, iaitu antara RM20 hingga RM30 untuk kuantiti sama.

Seorang usahawan PKS yang hanya mahu dikenali sebagai Samsiah, 43, berkata beliau terbabit dalam perniagaan membuat kek dan biskut sejak lima tahun lalu dengan memperoleh keuntungan berpatutan.

“Bagaimanapun, dengan keuntungan sekecil itu, kami tidak mampu menawarkan biskut dengan harga terlalu rendah, walaupun terpaksa mengurangkan bahan. Pengedar biskut import yang tidak diketahui pengeluarnya itu mampu menjual dengan harga rendah sehingga boleh menjejaskan perniagaan kami,” katanya.

Selain harga rendah, kualiti dan kandungan biskut terbabit turut diragui kerana difahamkan, sesetengah pengedar cuna mengaut keuntungan dengan mengimportnya dari China. Bahan yang digunakan dalam pembuatan biskut itu juga amat meragukan kerana negara luar tidak tertakluk kepada status halal, sebaliknya mereka bebas mencampurkan apa saja untuk menambah rasa enak kuih.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Makanan Halal, Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Rasmawi harun berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna berhubung biskut raya yang dijual di pasaran. Mengulas kemungkinan biskut terbabit yang dibawa dari China dan mengandungi bahan tidak halal, Rasmawi berkata, ia tertakluk kepada pemantauan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Jika terbukti pengeluar gagal menyatakan kandungan sebenar dalam makanan yang dikeluarkan, mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1975, tetapi ia perlu dibuktikan terlebih dahulu. Bagi isu penggunaan logo halal oleh pengeluar, kita hanya boleh mengambil tindakan jika dapat membuktikan bahan digunakan dalam makanan tidak halal,” katanya.

Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd Firdaus Abdullah pula berkata, kuih dan biskut raya yang diimport itu perlu dipastikan status halal walaupun dijual dengan harga murah.

“Pengguna perlu memastikan bahan digunakan halal kerana pengeluar di negara luar seperti China dan Thailand tidak memberi keutamaan terhadap perkara itu,” katanya.

Beliau turut meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memantau dan mengambil tindakan segera jika ada biskut raya yang dijual tanpa menggunakan logo halal yang sah atau bahan kandungannya boleh diragui.

Bagaimanapun, Firdaus berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna berhubung perkata itu.

Laman-Seri : Hati-hati dengan apa yang kita makan... dan hati-hati juga dengan apa yang kita hidangkan untuk meraikan tetamu di hari lebaran nanti...

mee tomyam juadah berbuka..

masak sepoyok besor tomyam.guna paste yang hubby beli kat kawannya yang dok perlis.paste dari thailand tapi halal punye..rm 5/- sebotol.
juadah aritu..jgn terliur sudah time bulan pose cam gini.walaupun mengandung kewajipan tuk berpuasa tetap kena diteruskan.bukan ape tak sanggup sok nak mengantinya kalo asik 'tuang' je..walaupun time petang baby galak gerak2 dan nendang2 tapi mak tahu anak mak kuat!
minum koktel..gunakan aje bahan yang ade dlm peti ais.laici tin ade,lengkung ade,nata de coco oren ade, masukkan jugak buah anggur ke dlmnyer.takde susu cair aku gunakan aje susu pekat..siap!


roti sardin goreng n nuget ramly ..


ni lebihan lauk aritu..kari daging..

aku mkn mee tomyam..hubby makan nasi n tomyam..
telur dadar lawan ngan tomyam
ulam peria katak

sambal n ikan masin talang lebihan aritu..

tomyamku..pueh hati mknnyer..masak sendiri bubuh banyak2 awehnyer..



Wednesday, August 24, 2011

ambil jantungnye xmati ke yang?

tajuk entry tak boleh blah..hahahaha.. yelah aritu aku mintak tolong hubby suh ambik jantung pisang kat belakang umah tuk buat ulam bile-bile mase nti nak berbuka.pastu hubby tanye tak mati ke pokok pisang ni yang, sayang tengah berbuah ni..aku lak ermmm jap..jap..pastu hubby mungkin terpikior gamaknye kate; boleh kot yang, kalo idak camne orang yang jual jantung pisang kat pasor tu kan.takkan ambik jantung pisang abis mati pokoknye..a'ah aku cakap betullah bang. boleh ambik le bang..hehehehehe.. mengongkan aku camtu pun tak leh pikior padahalnya bapak aku ade kebun pisang.. tiap-tiap kali balik ipoh adeje dibekalkan jantung ataupun pisang..hehehehe

pas seminggu dok cantas jantung tu,barulah baru ni smlm masaknye.sampai dah lebam dah jantung tu hehehe..sb nak disesuaikan ngan nasi.bulan pose ni aku jarang masak nasi berlauk.selalu mee,bihun,ketiaw dakpun kuih muih.nasi kadang makan time sahur je tapi xsesuai lak time sahur mkn berulam dan bersambal.


menu ringkas kami..ade pilihan nasi ataupun mee goreng basah
menu utama aritu mee goreng basah..
ais lengkung
nescafe panas
sambal belacan
ulam jantung pisang rebus
kari daging
ikan masin talang goreng..sedap ikan masin ni ..hubby beli ngan budak dok pangkor.rm 15/seekor.

cucur bawang + ikan bilis/udang kegemaran suami dari dulu hingga kini..








dapur tak berasap kerna 'Dia'

balik keje time rehat bagitau kat hubby ade kawan cakap kalo nak koi putu piring tu ade jual kat agro bazaar RnR ulu bernam nun..(tq nid n k azua atas info kalian dan baca belog ku ini) dah ku terjah putu itu namun nan ado jual sb bulan pose pas raye baru kedai tu bukak balik.tapi dah pi terjah n tengok signboard mmg dia ade jual koi putu perak ni dan sebijik cam gambo kat bawah ni.hehehe

gigih teman tau ajak hubby pas keje n ambik anak naik tol behrang smata-mata nak nengok/beli koi putu tu. dan tak masak tuk berbuka hehehe.idakle teman ni kalo idak dapat tu sampai meleleh ayor mate teroyak bagai nak rak dan guling2 kat situ.mengidam ker aku ni?hehehehe..idak ler camtu sekali..usah diturutkan sangat hati berkata..iman penuhi dada..hehhehe..takkan lari gunung dikejor..


maka kami beli bungkus aje nasi beriyani gam ni.beli 2 bungkus kongsi ngan anak 2 orang tu.


daging kambing masak kuzi..
idak ler teman pernah masak kuzi ni kalo dah deme suker kene ler nengok resipi dlm internet dan belajor2 buatnyer..
nipun beli jugak..teh bunga..sedap..

keronap ni lebihan kelmarin..buat 2 loyang..1 loyang dah selamat dah..tinggal 1 loyang ni


cekodok pisangitam ku..sempat masak ni aje..itam2 si tampuk maggis walaupun itam dimakan sedap..
kuah dalca yang xberaper nak ade isinye
roti sosej goreng keras n burger malaysia keras beli kat bazar..tak abis pun sbb keras
ayam masak merah




masak soto juadah berbuka..

ni pinggan aku sikit kan aku makan hehehe.. jgn percaya okeh xde maknanya..ni first round makan skit dulu kang kul 9 lebih makan lagi hehehe..bihun goreng lum bubuh lagi aku suka kalo dah buh kuah sup baru buh bihun goreng tu..krup krap rangup bihun tu..
disamping aweh-awehnye..ayam goreng,sambal kicap,bergedil,taugeh,daun sup/bawang,bawang goreng,kacang tanah,bihun goreng/suun goreng dan wajib ade nasi impit dan sup ayam.
minum ngan strawberry maduria..tak engat esoknye kene minum air gula sbb nak test ade kencing manis ke idak..keturunan mak n ayah xde..tapi misi kate kengkadang biler kandungan masuk minggu ke 28 sesetengah ibu mengandung yang takde sejarah kencing manis pun leh ade kencing manis sbb uri baby akan mengeluarkan hormon yang akan menghalang insulin untuk berfungsi dengan berkesan ..ntahle ape keputusannya aritu..idak pun deme telipon..gamaknye okeyle tu..kalo xok kene ambik darah 4 kali sehari kat jari..

kene minum air masak banyak2 tuk neutralkan balik kandungan air gula tu..


Diabetes Kehamilan atau biasanya dipanggil sebagai GDM
  • GDM biasanya dikesan pada minggu ke 24 hingga minggu ke 28 kehamilan dan berlaku kepada hampir 20 peratus wanita hamil setiap tahun. Jika tidak dirawat, GDM boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu dan bayi yang dikandung.
  • GDM mungkin berlaku kerana anda sudah menghidap diabetes (paras glukosa darah yang tinggi) sebelum hamil dan ini telah menjadi lebih nyata akibat stres daripada kehamilan.
  • Walau bagaimanapun, lebih kurang 90 peratus daripada kes GDM terjadi apabila badan anda tidak berupaya untuk menggunakan insulin dengan berkesan (hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk membolehkan glukosa masuk ke dalam sel-sel badan) ketika kehamilan.
  • Ini mungkin terjadi disebabkan oleh plasenta (organ yang membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat) mula mengeluarkan hormon-hormon yang menghalang insulin untuk berfungsi secara berkesan.
  • Plasenta anda akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin.
  • Lazimnya, pankreas anda akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Bagaimanapun, anda mungkin memerlukan lebih tiga kali ganda insulin dari keadaan biasa.
  • Hasilnya, glukosa yang diserapkan ke dalam sel-sel badan menjadi terlalu sedikit dan glukosa yang tertinggal di dalam aliran darah pula meningkat tinggi.

Berisiko tinggi menghidap GDM jika:
- Berumur 25 tahun atau lebih
- Ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa atau adik-beradik, menghidap diabetes jenis 2
- Anda menghidap GDM ketika kehamilan yang lalu
- Anda mempunyai berat badan yang berlebihan sebelum anda hamil
- Anda pernah melahirkan bayi yang mati dalam kandungan atau melahirkan bayi yang mempunyai berat lebih 4kg ketika kehamilan terdahulu.

Bacaan di bawah 7.8 mmol/L biasanya dianggap normal untuk ujian cabaran glukosa ini tetapi doktor mungkin akan mengulangi ujian tersebut jika anda berisiko tinggi.
Jika paras glukosa darah anda tidak dalam lingkungan normal, anda akan dikehendaki mengambil OGTT untuk mengesahkan sama ada anda menghidapi GDM.

Sumber : Prof. Mustaffa Embong ialah Pakar Perunding Diabetes


ni hubby punye pinggan..dihujani dengan bihun goreng tu..time nak berbuka dah bubuh kuah sup langsung lupa nak snap gambo...ni menu wajib umah mak mertua raya pertama..seperiuk besor sup direneh tuk anak2 dan cucu-cucunyer..marvelous okey...
donut n pau kacang merah..sume buat sendiri okeh..ngan inti2 kacang tu wat sendiri..lama rupenye nak merebus kacang merah ni sampai jadi hancur..last2 dah nak kering skit aku angkat dan lenyek2 ngan tupperware plastik kacang merah tu terus dia hancur pastu tambah ayor n gula pastu tengek atas api tunggu kering skit then siap!..hehehehe fisrt time okeh menjadi jugak inti kacang merah ni..
alhamdulillah rezeki kami aritu..buat sikit2 dan tidak membazir.

Tuesday, August 16, 2011

koi putu piring..jauhnyer nak pi terjah.. kat kuala nun..


smlm hubby pegi kat bazar tuk cari koi permintaan bininye..apelagi koi putu piring ler..namun tak ketemu jua..adusss kene tunggu balik kg ler gamaknye ni..aritu dah pi terjah kat teluk intan tapi xde juge..idak ler terjah cam JJCM tu ni sesambil aje..pegi melawat orang sakit sambil tu pegi kat kampung ape tah name dia aku lupa lak..selalu orang tu ade jual koi ni tapi xde lah pulak time aku pegi aritu..


gambar search kat google..kalo biasa orang dok jual tu takde corak..dia bulat aje..koi ni lapik daun pisang ..wangi jer bau die..dalam nyer dalam inti nyor + garam..sedap weeeehhh..
sedapnyer kuih ni biler nak dapat nyer ye bang??hehehe..kat manjoi ade kot bang..nti kite balik ipoh terjah bazar kat sane yek..hehehehe