semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.

Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..

Thursday, April 21, 2011

terima kasih cikgu..


mase ambil anakku pagi tadi kat taska, anakku kate dia dapat hadiah dari cikgu.hadiah ni tak sabo nak dibukaknye terus dia koyakkan kertas pembalut tu.tak sabar naktau ape benda kat dalam....
oo dapat puzzle susun2 gambo rupenye.gambo spongebob ngan patrick..
pastu dpt pensel,pemadam pembaris ngan sharpener..

melayan anakku sambil layan mee kari juwita..

Thursday, April 14, 2011

jenjalan ke putrajaya ..

terima kasih banyak kepada kawan suamiku dan isterinya iaitu en ghani dan pn nurul kerana bawak kami jenjalan kat putrajaya aritu.memula dibawaknya ke rumah dia di apartment presint 11.cantik umahnya besor laktu.tinggi2 umah kat sini.umah dia pun dah tingkat 13.huhuhu gayat tau.








masjid terapung kat putrajaya tu,cantik! tapi banyak tempat tengah buat renovation..cantik pemandangan waktu malam..
di atas jambatan kat picc
pejabat pentadbiran persekutuan Putrajaya

Tuesday, April 12, 2011

kalo nak jadi chargeman BO...

memula : kene tau rukun keselamatan elektrik.fahamkan betul2 sbb elektrik ni bukannya leh buat main.antara hidup dan mati..


kene tau simbol-simbol dan formula-formula elektrik..aku?ermm sepatah haram tak tau..
kene pahamkan bebetul ape sebenornye kes yang nak dihandle supaya tak jadi kesilapan besor yang boleh melibatkan kerugian harta benda dan nyawa..

kene kuat mental dan fizikal.sbb kene pakai baju kalis api ni yang boleh mengeluarkan peluh bak lari 10 km..(panas) xde udara..

perlu ade kesefahaman dan saling tolong menolong..bekerja dlm was-was amatlah memudaratkan..kene yakin dan pasti serta ade kesepakatan dlm menyelesaikan masalah kerja..


sentiasa bersedia fizikal dan mental bekerja dlm situasi ini..
yang pasti kene BERANI!!!

jenjalan ke bangi..

last week suamiku ade kelas ari sabtu.jadinya kami ke sana ari jumaat.saje berjalan-jalan nengok tempat orang.pergi pun naik komuter je sampai Serdang sbb suamiku park keter kat sana.first time kami anak beranak naik komuter mulanya dari tg malim ni memang ler selesa tapi pas jer tukar train kat rawang tu,huishh bapak ramainya orang sampai berhimpit-himpit ler.yang tak bestnyer banyak foreigner yang naik komuter ni.tetambah orang bangla,nepal n indon.plak tu takde kesedaran sivik foreigner ni.sedap jer meroloh dan membuat taik mata sesiang hari.idak ler nak dikasi tempat duduk tuk bebudak ni nasib baik ade kakak yang baik hati tuk bagi tempat dia kat bebudak ni.elokler disarankan pihak KTM dok menambahkan lagi koc train ni biler time waktu puncak.idak ler orang besesak-sesak naik.boleh migrain jadinyer kalo ari-ari jadi kes macam ni..syukur aku tak dok kat kl..

kami anak beranak jenjalan nengok tempat orang sbb suamiku sambung belajor kat belah sane.kalo idak ermm haram ler nak jejak kaki kat sane nun.jom layan gambo kami ari pertama sane..bese ler tempat baru kan haruslah jakun sikit..hehehe


sesampai jer stesen komputer serdang,pastu kami pegi The mines.asik dengor namanyer sampai nye tak pernah so ambik ler kesempatan ini pergi sana.gambo ni anak kami yang ambik,sib baik ade photographer kecik..dapat ler tangkap bergambo ngan hubby..

cantik! sb dalam pasaraya ade plak tasik dan bot lalu lalang..



makan time!abg punye..chicken black pepper..

aku punyer chicken bbq tapi buh sos tomato aje..tak best!

anak2 punye tapi haram tak bersentuh langsung sbb ingat sbb rase cheese tapi rupenye susu semata-mata! tak kena tekak langsung..muffin.. not bad
beli kat seven-e slurpeeee!


shuhhh diam!mak tengah makan tu jgn kacau..ermm rase-rase sedap ker kr ni?first time makan sumpah takkan jejak lagi..tak sesuai ngan tekak
akan ku kurus nantikan saatnya September 2011.....

The Mines jejak jua akhirnya..tq hubby bawak kami jenjalan dan belanja kami...

Friday, April 8, 2011

Thursday, April 7, 2011

la tahzan (jangan bersedih) ..

Teks penuh video 'Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!'




Apabila kita asyik termenung
memikirkan nasib diri di sini...
merenung jauh mereka di sana
hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat

erti kebahagiaan yang sebenarnya...

Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita

Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"

Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!

[Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah]

Jika Allah hendak memnberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah

Apa yang orang rasa rugi
Allah akan berikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan

[Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...]

Tuan-tuan tengoklah dunia ni
kadang-kadang tuan-tuan
manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
saya nak sebut tuan-tuan
berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik

Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata: "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini
Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku,
Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya Allah"
hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu
dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya

Orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"
Kata Allah: "iman dia tambah"
Bukan kita kata: "pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak, tidak!
Kata Quran: "iman mereka bertambah"
Mereka kata: حسبنا الله ونعم الوكيل"
"Cukuplah bagi kami, Allah...
Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"
(آل عمران: 173)

[Pengalaman sering mematangkan kita]

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb
إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليك

Ya Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah

[Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat]

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga
Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga
kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka
Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya

[Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?]

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar
Satu hamba Allah
yang patah kakinya
yang dia tidak pernah pun sebut
dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki
Dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada

[Bersyukurlah wahai diri ini...]

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut
Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah nak kata apa?
"Sabar je la, nak buat apa?"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan
syukur di atas nikmat
اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق

فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر

"Ya Allah... apa saja yang aku alami
daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran.
Subhanallah...!

Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها : إبراهيم: 34
Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu
Tuan-tuan... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan rasa ma syaa Allah hidup ini
apa yang Allah kurniakan kepada kita
lebih dari harapan kita sebenarnya
Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan-tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini
Ma syaa Allah...!
Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu

[Firman Allah yang bermaksud:]

"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar
yakni Nabi dan Abu Bakar
Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya
لا تحزن إن الله معنا

"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
لتوبة: 40)


[Petikan dari ceramah: Mencari Sakinah, Dr. MAZA, 1 Nov 2009]

biler telor pun tak selamat lagi nak dimakan...

ermm susahnya nak mencari makan yang sihat laa ni.nak ternak ayam,nak tanam pokok dahle tak de tanah.rumah dan tanah sekangkang kera pun dikenakan cukai.pergi ke pasor mencari ikan kalo bawak duit rm50 tu macam takde benda jer.ayam pun sekilo RM 9 di pasor.takde ke orang atasan nak bela orang 'bawahan' ni.asyik kene lenyek je rakyat ni yer. hehehe mungkin diorang sibuk ambik berat biler time nak mengecek undi jer kot. lainlah golongan 'marhein' yang duitnya berkoyan-koyan lagi tambah buat duit dengan duit haram laa ni.harapkan pagar pagar makan padi.

sebelum kenaikan 0.20/liter minyak RON97 i memang gunakan minyak RON97 ni sbb sayangkan kete kan.nak beli kete bukan murah ok ,kene berhutang 9 tahun untuk gunakan kereta buatan malaysia ini.tapi biler RON97 dok naik dan naik regenyer terpaksa akur dengan kuasa EKONOMI rumahtangga yer, dan memilih gunakan RON95 yang khabarnya dijamin selamat tak terbakar dan tak membebankan rakyat.hehehehe...


camno tu telor haram dan racun boleh dibawa masuk ke dalam malaysia ni.ermm tulah biler jadinya orang yang diamanah akhirnya tak amanah.dok makan rasuah demi kepentingan sendiri.akhirnya racun yang disangka makanan dok masuk perut hingga akhirnya akan menjadi mudarat dlm diam.sedarlah kengkawanku telitilah telor yang anda beli kerna ia mungkin PASLU!!!

Tuesday, April 5, 2011

berkelah dan mandi sungai lagi!


ari minggu tu tunaikan permintaan anak2 utk mandi kat sungai.anak2 tak sabor2 sejak bangun pagi.ingka (suka/gelak) bebenor.orang pun ramai yang berkelah dan mandi-manda kat situ.buah deroyan toksah cakap ler banyak je orang kampung 'open table' di sepanjang jalan nak ke tempat kelah tu.tapi kami tak beli pun sbb aritu dah banyak makan deroyan abah i kat ipoh nun.sampai demam2 ler si adik ngan kakak sbb 'panas'buah deroyan ni.hehehe.



ini bebudak lagi suker main pasior dari mandi sungai..dah kecut gamaknye..



tengok merate di buangnye depe kulit deroyan ni kene kaki bebudak kang..

buah strawbery yang sedap..

ermm lamanyer aku tak update entry baru ye.penyakit 'M' melanda dan terlalu sibuk dengan anak-anak .hubby lak pegi belajor weekend je ade di umah.so bile hubby takde anak-anak lak dok nempek kat maknye.yelah ayahnye jauhkan, kesian gak tengok anak-anak kalo dibiorkan aje depe bermain sendiri.dalam tak larat dan letih gagahkan juge le temankan anak-anak bermain dan ajor depe mengkaler,membaca dan mengaji.

jom layankan gambo kami makan buah srawberry yang diberi oleh jiran kami iaitu Pn jana dan en shahril.katanye strawberry tu kawannya bagi sbb depe gi cameron highlands aritu.sedap buahnya besor2 plak tu.jgn terliur sudah ye sebab buahnya dah abis!



manis-manis buahnye dan besor2 lak tu..

antara buah strawberry yang paling besor

anak2 menghayati dan menikmati kesedapan buah straberry tersebut..

cantik kalernyer merah pekat..



besor kan sampai leh melitupi tanganku yang gebus itu..hehehe