semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.

Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..

Monday, October 25, 2010

jenjalan ke melaka part 2

mandi time!









dapat cokelat ..umm sedappppp

mesyuarat pewaris -tema kaler pink, jam 2.45-5.00ptg,jumaat 22/10/2010

dapat hadiah hari jadi tuk ahli yang menyambutnya dari 1/1-30/10/2010.sedap coklatnyer dalamnyer ade biskut oreo.dah abis dah pun masuk dalam perut si kakak ngan adik.topping gambo pewaris tu boleh makan rupenyer..cantik dan sedap...saper yer yang buatnye??




feel 60-an ke mari..

12-17/10/2010 adalah hari konvokesyen kat UPSI ni.ada macam-macam aktvt,gerai jualan kat pesta konvokesyen tu.banyak lak gerai baju tahun ni.tapi raya pun dah lepas so takde maknenyer nak shopping-shopping baju raya.(selamat pulus ku) hihihihi...sabtu malam 16/10/2010 kami jenjalan cuci mata dan nak beli seluar 'sedap'.lupa lak nak snap gambo seluar 'sedap' i beli aritu.sesambil jalan tu ade plak final tuk irama 60-an.so kami pun layan jelah.


pengacara dan artis jemputan...dato jeffrydin


kumpulan yang layak ke final..ni dulu tuan rumah sewa aku dulu..merangkap drebar bas kat upsi yang glamer sbb kalo naik bas dia mesti layan lagu 60-an hihihiih.. itulah dia En A.Halim
kumpulan ni pun okey gak fun dan fuhhhhh hebat tapi dapat no 3

kumpulan ni pun ok..



berkelah di sg bil..







minggu lepas hubby ajak pegi berkelah dan mandi kat sungai bil,ulu slim.tanya kat anak-anak wahh deme tak sabor2 nak pegi.almaklumlah minggu lepas kan paneh manjang.so ingat nak sejukkan badan dan berkelah.kami bangun awal pagi siapkan bekalan.i masak nasi lemak,mee goreng dan goreng keropok.anak-anak lak siapkan perkakas mainan tuk main pasir.kul 9pg dah sampai kat tempat kelah tu.

selalunyer pegi kat situ ade jaga tuk nunggu collect duit parking.laa ni pegi smlm tak mandang plak orangnyer.cuti kot.dulu-dulu pegi tak kene bayor.pastu kene bayor lak.mmg kene ler kan tmpatnya ke dak? sungai bil?hahahaha...walaupun kami mandi luar daripada kawasan yang kene bayor tu.kalo kene bayor mestilah sbb perkhidmatan yang deme bagi kitakan?kot-kot ade jamban ker,tmpt tukar baju ker,ni hape pun takde.tukar baju pun main sorok2 dalam hutan.hahahaha.


layankan aje gambo kami kat sane setelah lame tak bersiaran belog i ni hehehe...

Thursday, October 7, 2010

facebook baik ke tak baik...

ingin kongsikan bersama daripada laman justkhai.com/blog/hancurnya-sebuah-kebahagiaan-kerana-facebook/

Sekarang ni semua orang pun ada Facebook. Yang muda, yang tua, yang budak-budak dan yang dah berumur bagai telur dihujung tanduk pun, tak lepas peluang untuk merasai kenikmatan ber’facebook. Well, itu hak sesiapa sahaja dan langsung tiada masalah langsung pada sesiapa sahaja. Cuma yang jadi masalah, bila ramai yang bercerai-berai dek kerana Facebook.

So ambil sedikit masa korang untuk baca bingkisan di bawah. Tinggi pengisian dia memberi kita kesedaran mengenai bahana Facebook dan sejauh mana boleh dan tidak boleh pabila kita menggunakan Facebook.

“Biarlah Mama sendiri mengharunginya demi anak-anak Mama.”

Sekiranya anda terbaca komen sebegini di atas dinding Facebook rakan anda, tentu sekali banyak persoalan yang ingin anda ajukan. Kenapa? Apakah yang terjadi? Dalam waktu yang sama mendesak, “Ceritalah!!”.

Maka, andaian-andaian liar mula tercetus di minda pembaca sedangkan bagi tuan punya akaun, ia hanyalah sekadar luahan hati. Satu ayat tidak mungkin memberi kesan apa-apa.

Bagaimana pula kalau anda lihat komen sebegini:

“Kalau nak sangat yang lebih muda, go ahead!!!!”

Kontroversi bukan?

“Susah kawin dengan orang gaji kecik ni.”

Hmm…. Tak patut cakap begitu.

“Benci bila my Hubby cakap I gemuk, dia pun sama je boroi.”

Kutuk mengutuk sesama sendiri pun sering dilihat di ruangan komen di Facebook.

Pengguna Facebook rata-rata menulis apa sahaja di dinding sendiri kerana bagi mereka ia merupakan ruang peribadi mereka di alam maya dan pendapat atau luahan yang diluahkan di situ hanyalah mengikut rentak dan citarasa mereka sendiri.

Aku punya Facebook, aku punya sukalah! Kegagalan untuk mengenali gelanggang media sosial ini sebagai satu komuniti menjadikan kelakuan ini amat berisiko sekali.

Fenomena Facebook semakin popular di zaman kini sehinggakan anak yang baru bersekolah rendah sudah mempunyai akaun dan datuk yang sudah berusia pun tidak mahu ketinggalan. Media sosial ini semakin menular ke dalam masyarakat; disamping memberi impak positif, fenomena ini juga tidak kurang memudaratkan jika pengguna tidak berhati-hati dalam menggunakan medium itu untuk meluahkan perasaan hati sendiri.

Seringkali pengguna Facebook gemar menulis apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mereka di gelanggang tersebut tanpa mengira sama ada ia perkara remeh mahu pun yang penting.

“Murtabak tadi sedap sungguh”; penting ke maklumat ini kepada umum?

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, Amin…”; tidak kurang juga ada di antara pengguna yang berdoa di Facebook. Namun apabila kisah rumahtangga didedah untuk tontonan umum, ia mengundang pelbagai reaksi spontan yang bakal menjadi barah seperti ungkapan “tikus membaiki labu”.

Amat mudah bagi mereka di luar sana untuk menilai dan melontarkan reaksi tanpa mengambilkira kesannya kepada perhubungan yang sedang meruncing. Boleh dikatakan semua pengguna Facebook mendambakan perhatian dan kehadiran banyak komen kepada luahan hati yang ditulis akan menjadikan perkara kecil semakin membesar.

Setiap ahli keluarga bertanggungjawab menjaga kerukunan rumahtangga dengan tidak menceritakan apa yang terjadi di dalam rumah sendiri kepada sesiapa pun.

Lantas, menulis ‘luahan hati’ di dinding umpama menebuk lubang di dinding rumah sendiri agar dapat diintai orang luar. Satu ayat yang kontroversi mengundang pelbagai andaian daripada komuniti Facebook dan apabila didesak oleh teman-teman, masalah yang mula-mulanya tidak diketahui ramai mula diceritakan sedikit demi sedikit.

Fikir dengan teliti sebelum meluahkan isu peribadi kepada umum. Ada di kalangan rakan-rakan kita juga merupakan rakan suami atau isteri kita sendiri dan menceritakan kisah peribadi hanya mengaibkan pasangan sendiri.

Halang diri untuk meluahkan perasaan di Facebook ketika perasaan amarah sedang membara kerana tiada siapa yang untung kesan daripada perbuatan tersebut.

Simpanlah rahsia keluarga dan rumahtangga di tempat yang selamat, jangan digantung di dinding Facebook untuk tontonan umum dan akhirnya merosakkan perhubungan.

Jika anda seorang rakan yang melihat perkara ini berlaku, jalankan peranan anda dengan menasihatkan rakan agar memberhentikan tindakannya itu. Mungkin bagi si pengguna, hanya dia dan komputer riba atau telefon bimbit, realitinya, sekali tulis begitu ramai mata yang membaca dan mereka sedang menilai kehidupan anda di luar sana.

Beringatlah!

Itu baru soal status. Belum story pasal gambar dan segala detail yang lain. Ingat lagi tak kes perempuan kena bunuh sebab dia tulis address penuh kat Profile? Bila ada lelaki ni ajak jumpa tapi dia taknak. At last, lelaki tu sendiri pergi rumah dia, rogol se’das dua then bunuh. Tak ke mati sia-sia dek kerana Facebook tu.

Gambar pulak, kalau boleh satu dunia korang nak kasi tunjuk. Kononnya koranglah paling bahagia dengan kekasih, dengan suami dan sebagainya. Bukan tak boleh upload. Upload sikit sikit sudah. Ini satu album sampai 200 gambar korang main peluk-peluk dan romen-romen. Ape kejadahnya? Nak tunjuk dekat siapa? Nak bangga dengan siapa?

Korang nak marah kekasih dan suami/isteri pun, takkan dekat Facebook? Hal rumahtangga pun nak canang satu dunia ke? Nak suruh kawan-kawan baca? Tak tahu malu betul orang-orang kita zaman sekarang ni ye?


* klik gambar untuk saiz sebenar.

Tak kurang juga status lonely dan kegersangan, habis satu dunia korang nak cerita yang lesbian ajak korang main. chet!

gersang2
* klik gambar untuk saiz sebenar {respon di fanpage ohmedia}

So itu sahajalah. Kalau kita bahagia dan rasa ingin berkongsi di Facebook, kita kena ingat mungkin hanya 40% sahaja di Facebook itu yang tersenyum melihat kebahagian kita. Lagi 60% mungkin akan timbul hasad dengki sebab si pendengki ni loser dan tak pernah merasa kebahagiaan yang kita kecapi. So sentiasa kena beringat. Harga sebuah kebahagiaan tu tak terletak di Facebook. Cukuplah kita dan pasangan yang merasai’nya. Jangan jadikan Facebook tempat melempiaskan kesakitan dan kesengsaraan korang. Nak berkongsi, cari sahabat baik dan cerita 4 mata. Di Facebook tu, lagi ramai yang mengapi-api’kan berbanding yang menasihati (yup i memang setuju sangat).

Wednesday, October 6, 2010

berkursus di adtech,shah alam

suamiku dah 2 minggu berkursus di adtech,shah alam dan berulang alik setiap hari dengan menaiki kete company.pegi matahari belum naik balik matahari dah jatuh.memangle kebaikannye menambahkan pengetahuan dan mendapat pengalaman baru pabila belajor ngan orang jepun.tapi pabila ari-ari dok travel shah alam-tg malim ermm jauh tu.tirih poket dibuatnyer.ermm xper hubby bersabor yer mungkin ade hikmah disebaliknya.pas ni bior orang lain plak pegi kursus tu yer.bior sama-sama rase.memula hubby ingat pergi kursus jer ambik course master training.rupenyer baru dapat citer pas raya aritu kene mengajor plak. aduyaiii camner yer,chargeman A4 nak mengajar plak.teori dan praktikal plaktu. jom layan gambo hubby kat saner.







Tuesday, October 5, 2010

kesukaan bebudak perempuan...

anak-anakku cukup gemor kalo pegi pasaraya mesti nak pegi tempat jual barang mainan.aritu ayahnyer dah beli laptop mainan.laa ni mintak doll princess plak.huhuhuhu melayang lagi RM hubby..



ekonomi pack beli 1 kotak ade 2 doll princess..jimat skit

tq hubby beli tuk anak-anak kite

jaga elok-elok yer mainan ni


adik dan akak (rambut adik ala-ala noh kump hujan)
posing ngan doll princess

kunjungan kerumahku..

dah nak abis syawal dah baru aku teringat tuk masukkan entry ni.raya ke-6 mak dan bapa mertuaku serta ipar-ipar dan birasku datang beraye dan tido di umah kami.layankan ajer gambo depe kat umahku okeh...






mak dan bapa mertuaku yang sporting dan romantis..
yop dan yong

dah nak balik dah..ati-ati yer..

Friday, October 1, 2010

kite minum dulu...

smlm ari gaji tuk hubby ,ari gaji tuk aku dah lepas lamer dah.mlm pas maghrib kami kuar,memula kami pergi klinik sb bawa adik demam , jumpe doktornyer xsampai 2 minit pun.pastu pegi kedai plak beli barang dapur.hubby beli susu ni sb nak try katenyer.lagipun murah rm 1.60 kupang je.balik umah pas bagi anakku makan ubat ,hubby suh wat milo ais pakai susu ni.ermm manis dan pahit-pahit skit (mungkin sb ginseng ngan tongkat ali kot).aku try minum tapi tak habis.milo ais aku pun hubby yang habiskan.aku lebih prefer tuk pakai susu yang biase ajer cam diary champ ker atau susu cap teko.hasilnyer??hihihihi try ler dulu baru tau...