semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.

Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..

Tuesday, August 24, 2010

menu berbuka hari ke 13..

arini hubby kate dia balik lewat sbb ot kena standby.huhuhuhuhu berbuka dengan anak-anak jer ler nampaknyer.masak pun ringkas ajer dan ape yang ade dalam peti ais.ari sabtu pagi ade pegi pasar dan beli nenas sbb teringin nak makan pajeri nenas.arini isnin baru masak.hihihihi nasib baik nenas tu belum masak dan tua sgt.sbb mase beli nenas tu dia kero-kero lagi.kalo dah tua nenas tu tak baper sedap masak pajeri baik makan aje mcm tu cicah ngan garam .best oooo.

rege nenas kat pasor ni rm 1.80/biji.okeylah kan sebiji rm 1.80.kalo beli kat bazar beraper ek rege pajeri nenas sepotong.dulu-dulu aku beli sepotong rm 1.00.ni sbb masak sendiri jenuh gak ler makan sampai leh bekalkan anak pajeri nenas ni kat umah ibu mi. alhamdulillah arini 13 ramadhan belum jejak lagi ke bazar ramadhan tu.kekangan mase dan sbb bazar ramadhan dah pindah ke tempat baru kat tmn wangsa tu.kalo nak mkn kuih masak sendiri ajer dakpun beli ngan cik mi,sbb cik mi ade meniaga kuih gak.jom layan menu berbuka aku yang ringkas ini tapi menyelerakan . hihihihi..alhamdulillah kenyang dan tak membazir.



pajeri nenas dalam 5 potong.lebihan nenas belum dimasak, disimpan dlm peti ais. cukup sampai sahur dan bekalan anak ke umah ibu cik mi

ikan 3 ekor makan berempat, juga cukup sampai sahur.seekor buat bekalan anak juga pergi umah cik mi.


kesukaan anak-anak ,tempe tumis kacang panjang berkicap

sambal udang petai, sebenarnya sambal udang ni lauk berbuka semalam.arini panaskan dan bubuh petai-sbb tu petai lagi banyak dari udang.hihihihi.but bulan pose ni i takleh makan petai bebanyak sbb nanti akan sakit tekak .tu sbb tak sampai sepinggan pun sambal udang ni.hubby beli petai ni dari orang asli yang tinggal kampung berhampiran.depe jual atas motor ajer.murah dan fresh lagi.


roti goreng telur (3 keping roti + 1 biji telur) mkn berempat


air kopi panas yang umppphhhh!!

okey!that's all.ringkas dan menjimatkan.alhamdulillah.................

Monday, August 23, 2010

model cilik bergaya ngan baju raya..




pas we all berbuka pose di kfc tu kami pegi cari baju rayer tuk anak-anak.tema taun ni kaler itam.ermm jenuh gak cari baju bebudak pasal takde banyak.ade yang lawa tapi saiz plak xde.pikior-pikior balik we all pilihlah baju kaler ni haa.itam ngan biru.oklah tu sesuai ler tu.hubby lak dah beli baju melayu kaler itam dan i plak beli jubah itam.hehehhehe terima kasih hubby sbb beli baju kami.

berbuka di luar....

ari sabtu hubby tepati janjinyer dengan membelanja kami anak beranak makan kat kfc tanjong malim.sesambil tu bawak laptop hubby baru beli sbb hubby nak belajar surfing internet dan buat belog tuk kawannyer.yelah kami takde broandband lagi kan.biler ade wifi free ni haruslah digunakan dengan sebaik mungkin.hihihihi


sampai kul 6 ptg tapi orang mak oiii ramai bebenor sampai berbaris panjang ler.memula kami cari port dulu yang pasti haruslah tepi tingkap supaya nampak pemandangan luar . pastu bukak laptop surf internet.biler ade bebudak dua tu ermm xdapatler nak update belogku ini sbbnyer deper minta bukak citer upin dan ipin..pas satu, satu lagi cerita sampailer time berbuka..hihihii..

jom layan gambo kami kat saner yer...

dok tepi tingkat yang pastinyer

kusyuk nengok belog ondscene.blogspot.com



insan yang baik hati belanja kami semua..i love u hubby!!!

tanpa rase bersalah menyepah dan menghabiskan sos cili yang dihidangkan

licin alhamdulillah ..berkat

entry ijo...

kalo base perak panggil ijo kalau base baku panggil hijau yer kengkawan.bila bulan pose bukanlah alasannyer nak bermalas-malasan dan berletih-letihan yer kengkawan.pose adalah satu ujian dalam menjalani kehidupan seharian.tanah sekangkang kera jua bukanlah alasan tuk dibiorkan kering kontang tanpa ade ape-ape usaha tuk berbudi kepada tanah.banyak kebaikannyer kite berbudi pada tanah ni,selain dapat menghijau kan alam sekitar ia juga boleh menjadi sumber makanan dalam masakan seharian disamping dapat beribadah dengan memberi makan dan minuman kepada tumbuh-tumbuhan serta bersedekah.

selain dijadikan hobi, dapat juga mengeluarkan peluh dan mengaktifkan sel-sel peluh kita agar toksin dapat dikeluarkan.kalo bermalas-malasan sampai ke tengahari meroloh jer manjang ermmm pakat xde dapat nambah pahale pose yer kengkawan.jom layan aktiviti aku ari sabtu kat umah aritu..


serai yang jenuh makan sendiri dan bagi pada jiran-jirandah merase masak ayor ngan ikan bilis pokok sayur manis nih..

pokok peria katak yang baru ditanam dah berbunga alhamdulillah

pokok pisang abu yang belum kuarkan hasil tapi jenuh ler ambik daun buat ikan bakar, lepat, pau, dan balut kuih lopes..


see.. kecik ajer tanah belakang umahku ini,sebelum i gonjengkan tanah ni ,sebelum ni penuh ngan kangkung tapi tuk bagi laluan tumbesaran pokok betik ini pokok kangkung terpaksa aku korbankan..

pokok betik dalam tumbesaran..baru semai pokok nih


alhamdulillah anak pokok pisang baru naik..dah de anak dah pokok pisang ni
kangkung yang telah diclearkan..

berbuka puasa di proton shah alam...

berbuka bersama dato sri mustapa mohamed



orang kuat proton datuk syed zainal


arits undangan yasin





jumaat aritu hubby ku berbuka pose di proton shah alam.huhuhuhu aku berbuka sengsorang dengan ala kadarnyer.hihihii.kul 7.40 mlm dah settle dah alas perut sekadarnyer sbb xde selera.kalo ade hubby ermm makan tak hengat.hihihihii.wahh bestnyer menu suamiku makan de kuzi kambing,nasi beriyani ,ayam merah. balik umah bawak ole-ole kain pelekat kaler kuning cekelat skit.alhamdulillah bertambah lagi kain pelekat suamiku.

hubby janji nak bawa gi makan esoknyer..yahoo bestnyer...cuti masak ler ari sabtu. anak-anak pun sonok, tak sabar tunggu ayah balik keje ari sabtu tu.belum kul 5 lagi dah bersiap-siap mandi dan tunggu ayahnyer balik koje.ermm dah janji kan keneler tepati.

Thursday, August 19, 2010

sayangilah anak anda...


semenjak dua menjak dok berita pasal buang bayi ajer..kecian nengoknyer..bayi pun comey-comey jer tengok de lelaki de pompuan gak.alahai siaper le mak bapak nyer tak kesian ke kat baby tu.rindunyer ngan suara baby nangis..tahun ni birasku berdua, kak nyah ngan yong mengandung, alhamdulillah bertambah lagi cucu encik zul dan cik rapidah tahun depan.aku lak?hihihihi kalo ade rezeki anak alhamdulillah.tapi tak tau lagi biler.lagipun bukan muda lagi dah 30 tahun dah ni pun dah ujung tahun dah.tahun depan dah 31 tahun.ermm anakku si kakak lak umor 5 tahun akan masuk tadika.si adik lak tahun depan 4 tahun.

biler tanyer kat adik ..adik nak baby tak?mak ambik baby aqif(pengasuh anakku jaga) yer bawak balik..waaaaa kejap-kejap itu dia teroyak okeh..aduss manjanyer anakku ini..hihihihihi..
motif?cemburu dan tak mau adik lagi takut diri tak disayangi lagi oleh mak ngan ayahnyer.hihihihi





tazkirah ramadhan....

wahh sunyinyer belog ku ini, maaf yer kengkawan.no idea. ermm ingat nti nak letak gambo masakan ler plak hihihihi.ermm insya-Allah tengoklah nti kalo rajin i snap aper yang leh kite kongsikan kat sini yer.

ok firstly mase bulan pose ni digalakkan kita mengambil sebanyak mungkin berkah bulan yang mulia ini.kutip pahala banyak-banyak ok.berpose bukan sekadar berpose makan minum shj tapi pose mate,telinga, mulut ,tangan kaki dan tuttttt juga.ni idak bulan pose pun ade lagi orang dok buat maksiat.bulan pose ni jugak ramai bayi kena buang dan bunuh.ermm mungkin bayi-bayi ni hasil projek tahun baru ari tu kot ataupun projek mase cuti sekolah/cuti semester??tak cayer..calculate sendiri yer kengkawan.mengandung 40 minggu maksimum.ermm sah memang projek cuti sekolah dan time tahun baru.ermm ini yang dinamakan kemajuan?tiada lagi malu,ingat dosa takut akan azab neraka? ermmm orang melayu jugak yang pandai buat koje mcm nih. kalo dah melayu agamanyer aper?ermmm mestiler islam kan. Nauzubillahiminzalik!

Ya Allah bukakanlah pintu hidayah kepada hamba-hambamu Ya Allah.Tunjukkanlah kepada kami jalan yang Engkau redhai...

bulan pose ni sesuai ler dengorkan tazkirah mengenai lidah ni yer jom layan i copy drpd halaqah.net

Mulut dan lidah dengan fungsinya sebagai alat pertuturan adalah antara anggota yang liar dan merbahaya. Jika tidak dikawal dengan sewajarnya, ia boleh mendatangkan fitnah, permusuhan dan kecelakaan. Hakikat ini telah pun disedari oleh ahli-ahli bijak pandai zaman nenek-moyang kita. Mereka memperkatakannya dalam bentuk bahasa yang indah. Antaranya:


"Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa".

Antara madah ulama pula ialah:

• "Peliharalah lidahmu, kerana lidah itu menempah kebinasaan dirimu".(Ibnu al-Mubarak).

• "Jangan gunakan lidahmu untuk berbicara tentang apa yang boleh mematahkan gigimu". (Imam ufyan al-Tsauri).

Abu Sufyan bin 'Abdullah al-Saqafi telah bertanya kepada Rasulullah saw, "Apakah anggota manusia yang paling merbahaya?". Rasulullah menunjukkan lidah baginda dan bersabda, "Inilah". Mulut dan lidah itu menjadi begitu merbahaya apabila disalahgunakan. Penggunaannya yang betul akan mendatangkan kebajikan dan kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.

Penggunaan yang betul dan dituntut ialah untuk:

• berzikir,

• membaca al-Quran,

• menyampaikan ilmu, nasihat dan dakwah,

• berdoa, berkomunikasi dengan Allah dan manusia untuk menyampaikan hasrat dan atau memohon hajat yang diredai Allah, yang diharuskan oleh syar'i .
Penggunaan lidah (pertuturan) yang ditegah ialah:

• berdusta, sama ada secara sungguh-sungguhan atau pun main-main (gurauan),

• berjanji untuk tidak ditunaikan (berdusta untuk menipu). Rasulullah saw bersabda:
"Ada tiga perkara yang sesiapa terlibat dengan salah satu daripadanya, maka dia adalah munafiq, walaupun dia mengamalkan puasa dan sembahyang, iaitu, apabila bercakap dia berdusta, apa berjanji dia mungkir dan apabila diamanhkan dia khianati"

• mengumpat, memfitnahkan orang, menghasut atau menjadi batu api, mencerca, memaki-hamun dan sebagainya). Rasulullah saw bersabda: "Jauhilah kamu daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih jahat daripada berzina. Penzina, apabila bertaubat, mungkin diampuni Allah, tetapi pengumpat tidak diampuni oleh Allah sehingga dia diampuni oleh orang yang diumpatnya".

• mencacatkan cakap orang dan membenarkan cakap sendiri (mirak) serta berbantahan (jidal). Rasulullah saw bersabda: "Tidak sempurna iman seorang hamba Allah sehingga dia meninggalkan tindakan mencacatkan cakap orang dan berbantahan, walaupun dia benar".

• memuji diri. Allah Taala berfirman: "Maka jangan kamu mengatakan diri kamu suci (memuji diri). Dia (Allah) maha mengetahui tentang orang yang bertaqwa". (al-Najm : 32)

• mengutuk dan memaki makhluk.

• mendoakan kejahatan (keburukan) untuk manusia, walau manusia itu zalim.

• mengeluarkan kata-kata kotor, kesat, lucah, lucu, sindiran dan gurau-senda dengan tujuan menghina dan memalukan seseorang.

Menurut Imam al-Ghazali, semua tindakan lisan yang tersebut di atas adalah dikategorikan sebagai "kata-kata haram". Di samping itu, banyak menuturkan "kata-kata harus" yang tidak berfaedah (perbualan yang sia-sia) ditegah juga. Kerana, apabila banyak berbicara, berborak umpamanya, selalunya lidah tergelincir lalu menuturkan kata-kata yang haram itu. Kalau tidak demikian pun, banyak berkata-kata itu sekurang-kurangnya merugikan masa. Mengikut ulama, panjang cakap akan memanjangkan hisab di akhirat kelak.

Malik bin Dinar bermadah, "Apabila engkau dapati rasa degil bersarang di hatimu, terasa daif beribadat dan sukar mendapat razeki, maka ketahuilah, semuanya itu disebabkan oleh ucapan lidahmu mengenai perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu".

Di samping menempah dosa, penyalahgunaan lidah juga menjejaskan amal kebajikan dan mempengaruhi anggota-anggota lain untuk melakukan dosa. Abu Sa'id al-Khudri meriwayatkan: Setiap pagi segala anggota manusia berpesan kepada lidah: "Engkau hendaklah selalu menjalankan perananmu dengan betul, mengikut perintah Allah. Jika engkau betul, maka betullah kami. Jika engkau bengkok, maka turut bengkoklah kami".

jadi lebih baik kita berdiam shj.bukankah berdiam itu lebih baik.aikk cam samer jer ayatnyer dak..hihihihi..

selamat berpose dan menjalani ibadah ini dengan tenang dan gembira...

Tuesday, August 10, 2010

salam ramadhan...


Selamat datang Ramadhan al-mubarak..semoga kita memperolehi keberkatan dalam menjalankan ibadah puasa kita di bulan yang mulia ini.Puasa then masa berbuka jangan membazir makanan, bersederhana dan beringatlah kepada yang lebih memerlukan.banyakkan bersedekah dan jangan lupa berzakat.

Monday, August 2, 2010

biler hijrah berkonvensyen....




bila yang ditunggu sudah datang..

anakku dan suamiku datang ke hotel jam 4 lebih camtu.lepak-lepak dalam bilik jap pastu pegi mandi pastu bawak jenjalan keliling hotel ni.layan jelah gambo kami kat sana k...



tengok ikan kat tempat makan besor-besor wehhh...

sonok anakku tengok ikan berenang-renang...

amboi posing ...


saper tu...

pak su ya...
petang bawak pegi ke padang polo plak..tapi tak lama sebab padang becak sbb baru pas ujan...