Allahyarham Din Beramboi selamat dikebumikan...
Sesungguhnya perjalanan hidup ini hanyalah pinjaman sementara namun ia bukan noktah selamanya, dunia kubur dan akhirat perlu dilalui jua ohh Tuhanku Ya Allah SWT apakah ade ruang lagi untuk hamba-hambamu menginsafi akan kejadian ini.
Solat jenazah diawalkan - jam 10pg tepat di masjid al-faizin, tmn ehsan, kepong.
Solat jenazah sedang berlangsung. Suasana sangat tenang dan harapan kami agar semuanya lancar. Al-Fatihah.
Jenazah Abang Din dalam perjalanan ke kubur selepas di sembahyangkan
Ratusan banjiri pengkebumian arwah din beramboi ! Alfatihah
Jenazah dibawa masuk ke liang lahad! Ya allah swt Engkau perlapang kan rohnya ! Al fatihah

Isteri, Suhaini Che Man (tiga dari kanan) bersama anak-anaknya Nil Aina Adibah 18, (dua dari kanan), Meor Ahmad Shafiq 12 (lima dari kanan) dan Nil Ain Syafiqah 6 (empat dari kanan) menabur bunga pada kubur suaminya Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali dengan Din Beramboi di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong.
No comments:
Post a Comment