semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.

Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..

Thursday, September 15, 2011

tak perlu terngiur-ngiur lagi ..




sebelum bulan pose tu teringin nak makan putu perak ni.pastu dah habis bulan pose baru dapat mknnye.sbb kat bazar tg malim aritu jenuh juge nk mencarinya tapi xde jual.gigih suamiku aritu pas balik dari teluk intan terus zaasss naik tol sungkai,semata-mata nak singgah kat rnr ulu bernam.alhamdulillah ade jual putu perak ni.tapi rasanyer bolehlah.belum pior lagi bagi aku sbb yang dijual kat sini guna yang instant punye.tepung pulut n tepung beras yang peket punye aku rase.sbb kalo yang pior punye tepung tu akan dibuat daripada beras yang ditumbuk okeh..tapi okeylah dari xde kan.tq hubby penuhi keinginan istrimu ini..



awal-awal ngandung dulu xleh nak makan masam2 ni.apetah lagi asam/jeruk.tak kene tekak rasanyer .ni dah sarat dah ni baru leh telan n makan masam2.pelam ni ambik kat umah abahku aritu sblum balik ke tm ni.pelam telur namanye takpun setengah orang panggil pelam padi.masam sgt okeh tapi biler buat sambal atau cicah ngan kuah rojak ermm wallahh...sedap...
dah sarat2 gini pun gigih i masak lagi tau..ntahle dah terbiasa kot.perangai ayahku menurun kat aku.mak n bapak ku dari dulu lagi tak suka makan kat luar.kalo teringin nak makan kat luar kene bawak sume anak-anak juge.tapi jarang2 okeh rasanyer aku dah besor sekolah memengah baru merasa mkn kat kedai ngan mak n abah itupun sbb bapaku dapat duit epf.hehehehe .sbb adik bradik ku adalah ramai.9 orang! oleh itu langkah yang bijak yang selalu digunakan, beli dan bungkus bawak balik! lebih selamat dan jimat.kalo idak tunggang langgang kedai tu dibuat oleh kami adik beradik.
ni sup ayam n kentang.anakku yang sulung cukup gemor memakannya..

mkn sup kene ler ade cabai kicapnyer..
ade juge telur dadar..
ikan masak cabai..















Friday, September 9, 2011

perginya tak kembali..al-fatihah..

pemergian bapa saudara hubby ..Angah Jak di Teluk Intan pada hari raya ke 9.dan hari ini pada hari raya ke 11 kami mendapat khabar bapa saudaranya di Lekir,Sitiawan pula dijemput Illahi.semoga roh-roh mukmin ini ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Sudah sampai waktunya giliran mereka pergi meninggalkan insan-insan di dunia.

hanya amalan soleh kebajikan dan doa anak soleh akan menjadi bekalan di alam kubur nanti.yang pasti kita sume akan mati dan meninggalkan dunia ini.bukan harta,pangkat yang ditanya, atau dibawa mati.

Al-fatihah..

Tuesday, September 6, 2011

andai sudah sampainya jodoh....


ni aje kenangan gambo mak yang ade ngan aku.yelah time dulu-dulu nak beli kamera bukannya murah, mahal bebenor regenye lagipun adik beradik aku dulu sumenyer kecik2 lagi banyak nak pakai duit.dah besor2 ni baru nak merasa senangnyer.tapi mase ni mak dah takde. (huhuhuhu sedih) ade jugak gambo mak yang lain tapi ade dlm simpanan yong tupun gambo mase yong kawin dulu.

anak mane ler yang suka mak/ayahnye kawin lagi walaupun mak/ayahnyer dah 'pergi'.tapi demi kebaikan orang tua kita sendiri eloklah diberikan keizinan kepada orang tua kita.macam aku sendiri mulanya aku sendiri menentang hasrat pak aku.tapi setelah hubby bagi pro dan kontra serta implikasi yang mungkin akan berlaku aku relakan jua hasrat pak itu.maka dlm orang sibuk-sibuk beraye kami adik beradik lain juge sibuk meraikan , merayakan serta memerdekakan bapa kami yang satu tu.tamatlah sudah zaman menduda bapa kami setelah 7 tahun arwah mak pergi meninggalkan kami...

aku n hubby pergi ke pusara mak sehari sebelum raya.lebih afdal gitu ustaz pernah berkata.xbaik pegi ke pusara time hari raya.sbb hari raya adalah hari tuk kite bergembira dan meraikan kejayaan dan merenungi ibadah yang telah kita jalani dalam bulan ramadhan.lihat pusara mak dah naik semak.sian mak anak mak dok jauh,walaupun jauh namun tak lupe juge ngan jasa dan pengorbanan mak.anakmu sentiasa titipkan doa buat mu mak. walaupun menerima kehadiran orang baru dlm keluarga kami,tetapku ingat padamu mak.

jom layan persiapan kami adik beradik tuk ayahanda tercinta bersama mak cik baru.

hanya kaki mak buyong jer yang interframe..mak buyong tak larat nak posing..rase nak patah pinggang rasanyer..ehehehehe mak buyong masak burger malaysia,koi gelang,nasi lemak n goreng kopok.yong masak agar2 n bihun.
antara tetamu yang hadir..buat kenduri selamat jer..alhamdulillah sudah selamat sumenyer..


ni tepak badayu.. dah 6 tahun..
agar2 puding mak mertua beri..

kek daripada badayu tuk makcik n abah






jadi pengapit tok..rombongan daripada ipoh, dendang n ulu piol..
panas merembang okeh.. sib baik ade sirap sejuk yang sedap..



alhamdulillah sudah selamat sumenyer.. semoga abah n makcik bahagia hingga akhir hayat.harap makcik dapat menjaga makan minum,sakit pening abah.buat abah jua biler dah miliki yang baru yang lame janganlah dilupe kami masih memerlukan tunjuk ajar dan kasih sayangmu.semoga ikatan ukhwah dan silaturrahim yang terbina bersama keluarga makcik,sedara-mara akan terus terjalin hingga akhir hayat kita.jauhkan lah perasaan hasad dengki,irihati,tamak..sesungguhnya yang baik2 shj kita minta daripadaNya. Amin..

Thursday, August 25, 2011

koi raya ku buat sendiri tau...


koleksi buat koi raye, bukannya tamak tapi jimat,sedap dan pasti halal.buat 4 jenis jer..tapi berkira-kira nak buat ke idak koi mazola permintaan acu tu..sbb tak larat ler kak andak nak mengodak kacang tanah tu hehehe.sangai kacang tanah pastu kene ramas2 kacang buang kulit pastu kene tumbuk lagi.hehehe..renyah tapi sedap okeh koi mazola tu..tengokle nanti ye acu..


buat biskut almond london..



buat juge tart nenas..takde acuan gulung..jenis terap je ade.. guna je le ni
biskut arab..koi paling mudah


ni biskut badam..

ni mak preggy yang tak kenal reti letih..kalo kaki rase lenguh ambik bangku bawak ke dapur duduk, pastu bangun balik kalo lenguh duduk lak..buat koi pas sahur. time ni tak rase penat sgt sbb sejuk je time subuh.buat sampai kul 8 lebih.biler anak dah jaga,bangku tu depe guna tuk turun naik nengok maknyer buat koi.
sebelum disiram cekelat..gemuk2 okeh biskut almond london ni..rupe tak semenggah hehehehe
dah disiram cekelat , sejukkan dlm talam dulu..

buat sendiri lagi selamatkan..jangan beli kalo anda rase was-was sb ade koi raya datang dari negara China.China ni kan sume nak tiru nyer..sampai koi raye pun depe nak tiru dan jual..


EKSKLUSIF: Lambakan kuih raya dari China diragui

Susunan : Bawang Goreng


Harga jauh lebih murah, timbul persoalan kandungan bahan digunakan sebagai ramuan

KUANTAN: Keghairahan umat Islam membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, memberi peluang pihak tertentu mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjual kuih biskut raya diimport dari beberapa negara bukan Islam dandiragui status halalnya.

Malah, kuih dan biskut raya itu dijual dengan harga lebih rendah dan tidak munasabah, sekaligus turut menjejaskan perniagaan usahawan Bumiputera.

Tinjauan ke beberapa pasar raya utama di sini mendapati kebanyakan premis itu menawarkan biskut raya yang dikatakan diimport dari China dengan harga serendah RM9 hingga RM12 bagi bekas seberat 200 gram hingga 400 gram mengikut jenis biskut.

Antara biskut yang dijual termasuk tart nenas, biskut kekacang, tart gulung, biskut kopi, kuih bangkit dan biskut cip coklat. Berbanding biskut yang dijual usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan, harga ditawarkan itu terlalu rendah sehingga 50% berbanding harga barangan keluaran usahawan Bumiputera, iaitu antara RM20 hingga RM30 untuk kuantiti sama.

Seorang usahawan PKS yang hanya mahu dikenali sebagai Samsiah, 43, berkata beliau terbabit dalam perniagaan membuat kek dan biskut sejak lima tahun lalu dengan memperoleh keuntungan berpatutan.

“Bagaimanapun, dengan keuntungan sekecil itu, kami tidak mampu menawarkan biskut dengan harga terlalu rendah, walaupun terpaksa mengurangkan bahan. Pengedar biskut import yang tidak diketahui pengeluarnya itu mampu menjual dengan harga rendah sehingga boleh menjejaskan perniagaan kami,” katanya.

Selain harga rendah, kualiti dan kandungan biskut terbabit turut diragui kerana difahamkan, sesetengah pengedar cuna mengaut keuntungan dengan mengimportnya dari China. Bahan yang digunakan dalam pembuatan biskut itu juga amat meragukan kerana negara luar tidak tertakluk kepada status halal, sebaliknya mereka bebas mencampurkan apa saja untuk menambah rasa enak kuih.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Makanan Halal, Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Rasmawi harun berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna berhubung biskut raya yang dijual di pasaran. Mengulas kemungkinan biskut terbabit yang dibawa dari China dan mengandungi bahan tidak halal, Rasmawi berkata, ia tertakluk kepada pemantauan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Jika terbukti pengeluar gagal menyatakan kandungan sebenar dalam makanan yang dikeluarkan, mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1975, tetapi ia perlu dibuktikan terlebih dahulu. Bagi isu penggunaan logo halal oleh pengeluar, kita hanya boleh mengambil tindakan jika dapat membuktikan bahan digunakan dalam makanan tidak halal,” katanya.

Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd Firdaus Abdullah pula berkata, kuih dan biskut raya yang diimport itu perlu dipastikan status halal walaupun dijual dengan harga murah.

“Pengguna perlu memastikan bahan digunakan halal kerana pengeluar di negara luar seperti China dan Thailand tidak memberi keutamaan terhadap perkara itu,” katanya.

Beliau turut meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memantau dan mengambil tindakan segera jika ada biskut raya yang dijual tanpa menggunakan logo halal yang sah atau bahan kandungannya boleh diragui.

Bagaimanapun, Firdaus berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna berhubung perkata itu.

Laman-Seri : Hati-hati dengan apa yang kita makan... dan hati-hati juga dengan apa yang kita hidangkan untuk meraikan tetamu di hari lebaran nanti...

mee tomyam juadah berbuka..

masak sepoyok besor tomyam.guna paste yang hubby beli kat kawannya yang dok perlis.paste dari thailand tapi halal punye..rm 5/- sebotol.
juadah aritu..jgn terliur sudah time bulan pose cam gini.walaupun mengandung kewajipan tuk berpuasa tetap kena diteruskan.bukan ape tak sanggup sok nak mengantinya kalo asik 'tuang' je..walaupun time petang baby galak gerak2 dan nendang2 tapi mak tahu anak mak kuat!
minum koktel..gunakan aje bahan yang ade dlm peti ais.laici tin ade,lengkung ade,nata de coco oren ade, masukkan jugak buah anggur ke dlmnyer.takde susu cair aku gunakan aje susu pekat..siap!


roti sardin goreng n nuget ramly ..


ni lebihan lauk aritu..kari daging..

aku mkn mee tomyam..hubby makan nasi n tomyam..
telur dadar lawan ngan tomyam
ulam peria katak

sambal n ikan masin talang lebihan aritu..

tomyamku..pueh hati mknnyer..masak sendiri bubuh banyak2 awehnyer..