semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.
Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..
Thursday, September 15, 2011
tak perlu terngiur-ngiur lagi ..
Friday, September 9, 2011
perginya tak kembali..al-fatihah..
pemergian bapa saudara hubby ..Angah Jak di Teluk Intan pada hari raya ke 9.dan hari ini pada hari raya ke 11 kami mendapat khabar bapa saudaranya di Lekir,Sitiawan pula dijemput Illahi.semoga roh-roh mukmin ini ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Sudah sampai waktunya giliran mereka pergi meninggalkan insan-insan di dunia.
hanya amalan soleh kebajikan dan doa anak soleh akan menjadi bekalan di alam kubur nanti.yang pasti kita sume akan mati dan meninggalkan dunia ini.bukan harta,pangkat yang ditanya, atau dibawa mati.
Al-fatihah..

Tuesday, September 6, 2011
andai sudah sampainya jodoh....
ni aje kenangan gambo mak yang ade ngan aku.yelah time dulu-dulu nak beli kamera bukannya murah, mahal bebenor regenye lagipun adik beradik aku dulu sumenyer kecik2 lagi banyak nak pakai duit.dah besor2 ni baru nak merasa senangnyer.tapi mase ni mak dah takde. (huhuhuhu sedih) ade jugak gambo mak yang lain tapi ade dlm simpanan yong tupun gambo mase yong kawin dulu.anak mane ler yang suka mak/ayahnye kawin lagi walaupun mak/ayahnyer dah 'pergi'.tapi demi kebaikan orang tua kita sendiri eloklah diberikan keizinan kepada orang tua kita.macam aku sendiri mulanya aku sendiri menentang hasrat pak aku.tapi setelah hubby bagi pro dan kontra serta implikasi yang mungkin akan berlaku aku relakan jua hasrat pak itu.maka dlm orang sibuk-sibuk beraye kami adik beradik lain juge sibuk meraikan , merayakan serta memerdekakan bapa kami yang satu tu.tamatlah sudah zaman menduda bapa kami setelah 7 tahun arwah mak pergi meninggalkan kami...
aku n hubby pergi ke pusara mak sehari sebelum raya.lebih afdal gitu ustaz pernah berkata.xbaik pegi ke pusara time hari raya.sbb hari raya adalah hari tuk kite bergembira dan meraikan kejayaan dan merenungi ibadah yang telah kita jalani dalam bulan ramadhan.lihat pusara mak dah naik semak.sian mak anak mak dok jauh,walaupun jauh namun tak lupe juge ngan jasa dan pengorbanan mak.anakmu sentiasa titipkan doa buat mu mak. walaupun menerima kehadiran orang baru dlm keluarga kami,tetapku ingat padamu mak.
jom layan persiapan kami adik beradik tuk ayahanda tercinta bersama mak cik baru.
alhamdulillah sudah selamat sumenyer.. semoga abah n makcik bahagia hingga akhir hayat.harap makcik dapat menjaga makan minum,sakit pening abah.buat abah jua biler dah miliki yang baru yang lame janganlah dilupe kami masih memerlukan tunjuk ajar dan kasih sayangmu.semoga ikatan ukhwah dan silaturrahim yang terbina bersama keluarga makcik,sedara-mara akan terus terjalin hingga akhir hayat kita.jauhkan lah perasaan hasad dengki,irihati,tamak..sesungguhnya yang baik2 shj kita minta daripadaNya. Amin..
Thursday, August 25, 2011
koi raya ku buat sendiri tau...
buat sendiri lagi selamatkan..jangan beli kalo anda rase was-was sb ade koi raya datang dari negara China.China ni kan sume nak tiru nyer..sampai koi raye pun depe nak tiru dan jual..
EKSKLUSIF: Lambakan kuih raya dari China diragui
Susunan : Bawang Goreng
Harga jauh lebih murah, timbul persoalan kandungan bahan digunakan sebagai ramuan
KUANTAN: Keghairahan umat Islam membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, memberi peluang pihak tertentu mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjual kuih biskut raya diimport dari beberapa negara bukan Islam dandiragui status halalnya.
Malah, kuih dan biskut raya itu dijual dengan harga lebih rendah dan tidak munasabah, sekaligus turut menjejaskan perniagaan usahawan Bumiputera.
Tinjauan ke beberapa pasar raya utama di sini mendapati kebanyakan premis itu menawarkan biskut raya yang dikatakan diimport dari China dengan harga serendah RM9 hingga RM12 bagi bekas seberat 200 gram hingga 400 gram mengikut jenis biskut.
Antara biskut yang dijual termasuk tart nenas, biskut kekacang, tart gulung, biskut kopi, kuih bangkit dan biskut cip coklat. Berbanding biskut yang dijual usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan, harga ditawarkan itu terlalu rendah sehingga 50% berbanding harga barangan keluaran usahawan Bumiputera, iaitu antara RM20 hingga RM30 untuk kuantiti sama.
Seorang usahawan PKS yang hanya mahu dikenali sebagai Samsiah, 43, berkata beliau terbabit dalam perniagaan membuat kek dan biskut sejak lima tahun lalu dengan memperoleh keuntungan berpatutan.
“Bagaimanapun, dengan keuntungan sekecil itu, kami tidak mampu menawarkan biskut dengan harga terlalu rendah, walaupun terpaksa mengurangkan bahan. Pengedar biskut import yang tidak diketahui pengeluarnya itu mampu menjual dengan harga rendah sehingga boleh menjejaskan perniagaan kami,” katanya.
Selain harga rendah, kualiti dan kandungan biskut terbabit turut diragui kerana difahamkan, sesetengah pengedar cuna mengaut keuntungan dengan mengimportnya dari China. Bahan yang digunakan dalam pembuatan biskut itu juga amat meragukan kerana negara luar tidak tertakluk kepada status halal, sebaliknya mereka bebas mencampurkan apa saja untuk menambah rasa enak kuih.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Makanan Halal, Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Rasmawi harun berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna berhubung biskut raya yang dijual di pasaran. Mengulas kemungkinan biskut terbabit yang dibawa dari China dan mengandungi bahan tidak halal, Rasmawi berkata, ia tertakluk kepada pemantauan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
“Jika terbukti pengeluar gagal menyatakan kandungan sebenar dalam makanan yang dikeluarkan, mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1975, tetapi ia perlu dibuktikan terlebih dahulu. Bagi isu penggunaan logo halal oleh pengeluar, kita hanya boleh mengambil tindakan jika dapat membuktikan bahan digunakan dalam makanan tidak halal,” katanya.
Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd Firdaus Abdullah pula berkata, kuih dan biskut raya yang diimport itu perlu dipastikan status halal walaupun dijual dengan harga murah.
“Pengguna perlu memastikan bahan digunakan halal kerana pengeluar di negara luar seperti China dan Thailand tidak memberi keutamaan terhadap perkara itu,” katanya.
Beliau turut meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memantau dan mengambil tindakan segera jika ada biskut raya yang dijual tanpa menggunakan logo halal yang sah atau bahan kandungannya boleh diragui.
Bagaimanapun, Firdaus berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna berhubung perkata itu.
Laman-Seri : Hati-hati dengan apa yang kita makan... dan hati-hati juga dengan apa yang kita hidangkan untuk meraikan tetamu di hari lebaran nanti...

mee tomyam juadah berbuka..
sambal n ikan masin talang lebihan aritu..
tomyamku..pueh hati mknnyer..masak sendiri bubuh banyak2 awehnyer..
Subscribe to:
Posts (Atom)