semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.

Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..

Tuesday, August 16, 2011

menu smlm..





ni bukan aku buat.. hubby beli kat bazar ramadhan..kuih limas
popia sambal + cucur udang kembung
ni pun beli gak
ni aku buat aritu ade lagi habiskan balance yang ade..tak baik membazir tau..pengat pisang
ni baru aku masak..ikan keli goreng
peria katak tumis ngan cabai burung+bwg putih+bwg merah+ikan bilis+ telur..
sambal goreng tempe + kentang + ikan bilis + lobak masin
menu utama..nasi goreng nenas



hubby beli gak kat bazar ramadhan teh bunga suam.


Monday, August 15, 2011

menu berbuka..






masak mee rebus aritu..



laksa juge kelmarin..stok menghabiskan ikan sardin lalu dibuat laksa

popia sardin

air panas mesti ade semestinya teh O

pisang goreng dan roti sardin
udang masak sambal (ni hubby bawak lebih berbuka pose kat tmpat kejenye) perangatkan kan balik udang ni..
ni pun lebihan aritu..kurma ayam..
ni baru i masak..ayam kicap mudah..


pinggan nasi hubby mase berbuka aritu..


Monday, August 8, 2011

menu ramadhan ke 6...


alhamdulillah walaupun preggy tetap juga gagahkan diri tuk berpose.dah masuk hari ke 8 umat islam berpuasa.tapi aku kantoi 1 hari sbb aritu pegi kinik kene ambil darah dan cucuk kancing gigi.aku miss pegi kinik start bulan 4 aritu.apalagi kene bebel le ngan doktor. tak pasan kan tarikh lawatan yang seterusnya.hehehe. kandungan dah masuk ke minggu 30 alhamdulillah walaupun lasak kandungan tetap terpelihara olehNya.tambahan lak vitamin yang biasa dibekalkan tuk ibu mengandung dah abis lame dulu tapi syukur perkembangan baby aktif dan sihat.berat baby skrg 1.6 kg.


jom layan menu ramadhan ringkas i ari sabtu aritu..
masak sendiri tau .takde maknanye nak pegi bazar ramadhan.bulan nilah baru rajin nak ke dapur masak-memasak.
roti sardin goreng tepung..

koi ketayap..intinya buat kat kg aritu..ingat nak masak kat umah abahku tapi buat2 asik melekat aje kualinya apelagi aku serebankan jelah tepung tu..tapi intinya bawak balik ke tM.balik umah sendiri elok je tepungnya tak melekat kat kuali aku...mungkin ikut kuali kot..hehehehe..
stok terakhir cucur badak yang belum goreng..dah selamat abis dah..
stok terakhir agar2 milo jugak yang terakhir..selamat abis..tak membazir..buat banyak2 tapi leh tahan lame dlm peti 2 ari..
menu utama mee goreng..tak makan nasi aritu ubah selera..
ayor lengkung+ sirap ais dan teh o ..

menu ramadhan ke-5..mudah dan ringkas..




jumaat..tak sempat nak ke pasor beli stok /lauk simpan dlm peti ais sbb baru balik bercuti dari kampung.so makan jelah ape yang ade dlm peti sejuk.alhamdulillah.ringkas dan mudah.


cucur badak lebih smlm punye buat...simpan peti ais..nak masak ambil je dan goreng
cukuplah 4 ketul tuk 4 orang ahli keluarga..bebudak 2 tu tak bape suke kuih pedas

kangkung celur + sambal belacan

agar2 milo buat time rehat jumaat yang panjang..sedap dimakan sejuk.. mudah je nak buat



inilah menu utamanya..sambal tumis sardin + kacang buncis...ikan pekasam pemberian kawan suamiku kat tempat keje..sedap ..



kedai baru dan majlis kesyukuran..



minggu lepas sebelum pose, kami ambik cuti sbb nak berbuka pose bersama ipar duai dan keluarga masing2. ahad sebelum pose tu abg iparku nak wat kenduri kesyukuran atas pembukaan kedai baru di tambun/bercham.alhamdulillah bertambah maju perniagaannya.layan gambo mase persediaan kenduri tersebut. kepala chef masak-memasak ni mestilah mak mertua i yang terror memasak tu okeh.

manakala tugas potong memotong hiris menghiris goreng-mengoreng ni diserahkan aje pada anak2 dan menantu2 sedia ada.


ulam-ulaman mestilah ade..

potong-memotong rencah dan sayur

tukang mengoreng serahkan aje pada depa

menu utama..gulai tempoyak,ade juga gulai labu tapi tak ditangkapnye gambo

ikan masin
ulam-ulaman yang sedap..ade juga sambal belacan,ayor asam, ikan keli goreng, buah tembikai..

sebahagian tetamu yang hadir..pandangan hadapan kedai perniagaan Yeop..takde signage lagi sbb kedai baru tak sempat wat pe lagi...

law kana bainana ...


http://www.youtube.com/watch?v=Zyd8WHYrfxw&feature=related

“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi

Rahmat bagi sekalian alam.” (Quran s. al- Anbiya : 107)

Peribadi Nabi Mohammad s.a.w. sungguh menarik hati seluruh manusia yang mengakui kebenaran, keperibadian Rasulallah jelas diterangkan dalam al-Quran antaranya

Allah berfirman yang bermaksud:

“Maka disebabkan rahmat dari Allah (kepadamu Muhammad s.a.w) , engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka. Kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari kamu. Oleh itu ma’afkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadap engkau, dan mohonlah keampunan bagi mereka, dan juga bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan (permasaalahan keduniaan) itu. Kemudian setelah engkau berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal kepadaNya. (al-Quran s. Ali Imran: 159)




Thursday, July 28, 2011

bile upin n ipin datang ke pesta konvo..haruslah nak juge bergambo..






anak2 peminat siri kartun upin n ipin.walaupun kat tv diulang2 siri tu gak,anak2ku tetap setia menengoknye.xmenguit langsung.kalo panggil pun buat nohe jerrr.tambah lak ade siri kelab upin n ipin hari sabtu mmg tak sabor2 depe menunnggu bermula siaran tu.jom layan gambo depe ni.tak banyak gambo pun sbb ramai orang yang nak bergambo.bebudak n makpak budak pun ramai.paneh terik pulok tu walaupun time dah pkul 6.

Wednesday, July 27, 2011

murtabak..permintaan i pulak......


inti(xde sukatan) :

daging kisar
bawang besar agak banyak
bawang putih
halia
halba campur
rempah kari daging
minyak masak


+ telur ayam then kacau dengan inti murtabak..buatkan bentuk 4 segi kalo ade acu lagi senang koje.

kulit (cam kulit roti canai) :
tepung gandum
sedikit marjerin
telur
air+ garam
sedikit susu pekat


balik rehat tengahari time ari jumaat.rehat (12.15-2.45) pas ambik si kakak dari sekolah dan adik dari umah ibu terus gerak balik umah.hubby ade kat umah.dia dah siap2 dah nak gi solat jumaat.i plak ambik peluang meroloh dulu.hehehe.

pas meroloh bangun masak nasi,masak sardin.pastu wat inti tuk wat murtabak.siap! then hubby balik dari masjid terus makan bersama. pas mkn bancuh tepung tuk wat kulit murtabak.minta tolong hubby yang ulikan sb i kan keje nti lewat plak masuk opis. then pas balik keje tengok2 dah siap murtabak tu.cantik tersedia atas meja.tq hubby!

i uli atas talam je.senang . i tak reti teborkan doh cam kat kedai mamak tu.mula2 tempek2 then tarik doh sampai ketepi talam.then letakkan inti murtabak kat tengah2 then masakkan atas kuali leper.

hidangkan ngan bawang jeruk:

bawang merah kecik/besor
ayor masak
cuka
gula skit