semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.

Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..

Thursday, September 29, 2011

perkembangan adik shahirah n atirah

Berat bayi anda hampir 6.5 paun / 2.8 kilogram dan panjangnya lebih kurang 20 inci / 50 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Kepala bayi anda sudah memasuki dan merangkumi kaviti pelvis anda - dikelilingi dan dilindungi oleh tulang pelvis anda. Posisi ini memberi lebih ruang kepada kaki dan punggung bayi yang semakin membesar. Kebanyakan bayi sekarang sudah mempunyai rambut yang lebat, dan sepintal rambutnya adalah antara 1 inci / 2.5 sentimeter panjang. Sebenarnya, sesetengah bayi tidak mempunyai rambut langsung. Bercakap tentang rambut, hampir semua bulu lanugo yang menyaluti bayi anda dari masa dia 26 minggu sudah hilang, begitu juga sebahagian besar verniks kaseosa, iaitu bahan yang putih yang membalutnya. Bayi anda akan menelan lanugo itu bersama bahan pembalut, dan sekresi-sekresi lain dan menyimpan semua ini dalam ususnya. Ini semua akan menjadi buangan najis pertama bayi, iaitu bahan kehitaman yang bergelar mekonium. -sumber:babycenter.com.my

minggu ke 37- mengikut pengalaman aku yang lalu, tempoh nak bersalin anak-anak aku dulu mengikut tarikh yang dijangka.so terasa lama lagi..hihihihi (sebenornye debor juge walaupun dah nak masuk anak 3) -kena ingat balik pengalaman bersalinkan kakak2nye. ermm kalo dari dulu berbelog mesti leh baca pengalaman tukan.ermm so ade kebaikan juge bile berbelog ni kiranyer mcm diari kehidupan apa yang telah kita lalui..pahit..manis..seronok sumenyer tercatat dlm diari..

dah sarat ni still larat lagi nak bekerja cam biasa..turun naik tangga opis.tapi hubby tak bagi dah naik moto.moto ku dah dibawa balik umah takde letak kat opis lagi.hubby suh bawak kete je kalo nak pi mane2.si kakak pun hubby suh balik sekolah naik van jer takyah kuar opis time tengahari lagi. si kakak seronok sangat ler sbb ramai bebudak kat taman tu yang naik van tu.aktiviti memasak masih diteruskan lagi tapi masak yang simple2 jer lah.nak tangkap gambo pun tak semangat.hehehe. takdelah i nak masak beriye-iye.umah kemas sikit2 je.kalo nak mengemop ker , minta maap sbb memang tak larat ler nak membongkok-bongkok.hehehe mintak tolong hubby yang mengemopnyer.hehehe..

persiapan tuk baby dah disiapkan.takde sangat beli persiapan tuk baby baru sbb baju2 suar kakak2 nye ade lagi.tak tau lagi gender baby tapi tak kisahlah asalkan sumenye selamat dan sihat walafiat udah.siapalah diri kita sebagai hamba biasa diberi banyak pilihan? bersyukur dengan pemberian dariNya kerana anak adalah rezeki.dah 4 tahun si adik membesar dan bermanja baru ni dia dapat adik lagi.ntahle mungkin yang terakhir ataupun ade rezeki lagi.. siapa yang tahu.takdir manusia hanya ditanganNya. sebagai mak ayah mmg banyak cabaran dan dugaan dalam membesarkan anak-anak.letih,seronok,marah,geram,sedih sumenyer berbaur dalam kehidupan berkeluarga.tapi itulah asam garam penerus kehidupan.kehidupan mesti diteruskan hingga ke akhir hayat.didiklah mereka terbaik mungkin.sayangilah mereka sebagaimana kita nak bile kita dah tua nanti depe akan menyayangi kita pula.

aku n hubby cume beli yang penting aje dan i jahit sendiri persiapan baby.lampin,tuala, pampers beli baru,jahit sarung bantal,sarung tilam yang baru.tema kaler ungu same cam adik dulu.barut tuk baby pun jahit sendiri sbb yang lame dah tercabut2 talinya.

last week mmg banyak jemputan rumah terbuka.ntah kat mane silapnye,balik umah pastu tak abis2 muntah dan cherry breet..tapi still keje lagi sampai ari senin tapi biler malam perut mengeras smcm dan baby gerak aktif sangat.mungkin sbb tak makan dn minum baby gerak2 banyak kali n mengeras.kul 12 am lebih tipon hubby suh balik keje walaupun time tu hubby keje malam.pastu angkat adik n kakak yang sedang tido buh dlm kete dan pegi ke kinik kecemasan.still muntah2 lagi.MA masa tu bagi ubat ayor garam dan panadol je tuk tak bagi badan dehidrasi (kekurangan air) dlm badan.

esoknyer cam tu juga,still muntah2 n cherry breet so pegi jumpe doktor n doktor suh masuk kecemasan dan masukkan iv drip ke dalam badan sbb badan lemah2 dan kekurangan air dlm badan.so doktor kate arini takyah keje dan dia akan kasi mc.pas dah masukkan air dlm badan baru ade tenaga skit.alhamdulillah. so minggu lepas minggu last nak abis raye still ade jemputan umah terbuka lagi tapi makan kenalah berpada-pada supaya tak jadi lagi kes cherry breet tu lagi.hehehehe.


sakit kene cucuk kat tangan tapi tak kisahlah sbb sakit lagi kalo muntah2 n cherry breet tu.

No comments:

Post a Comment