semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.
Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..
Monday, November 12, 2012
terima kasih babylove..
si kecit dapat pampers babylove percuma..terima kasih pada yang memberi..
ok materialnye,tak ketat bile dipakai sbb mcm pakai seluar aje.terima kasih sekali lagi..
Thursday, November 8, 2012
Seorang isteri yang diuji..
share sumber : Genta-rasa.com
Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…
Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna.
Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.
Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian). Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.
Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!”
Saudara/i, pembaca… maafkan aku, ketika terlalu sibuk ‘menguruskan’ diri sendiri, aku kehilangan daya untuk terus berkongsi. Bukan kerana mementingkan diri, tetapi begitulah sunnatullah dalam perjalanan hidup… apa yang bergolak di dalam kadangkala menyebabkan segala yang di luar menjadi bungkam.
Namun, mana mungkin kita lari daripada tanggung jawab dan peranan? Lalu, kugagahi juga untuk berbicara… Bicara tentang ujian. Bicara tentang bahagia. Bicara tentang iman…
SEORANG ISTERI YANG DIUJI
Suaranya sungguh tenang. Walaupun masalahnya agak berat juga tetapi segala-galanya disuarakan begitu teratur.
“Ustaz, semuanya bermula apabila suami saya berpoligami,” luahnya perlahan.
“Sudah lama?”
“Baru sahaja… Sejak dua bulan yang lalu,” katanya.
“Puan rasa kecewa, marah?”
“Tidak. Insya-Allah, tidak. Saya boleh menerima segala-galanya dengan baik.”
“Jadi apa masalahnya?” tanya saya terkejut. Selalunya, punca masalah berlaku apabila isteri pertama tidak boleh menerima hakikat dia telah dimadukan.
“Masalahnya ialah ibu-bapa saya dan ipar-duai saya. Semuanya menentang. Mereka beranggapan saya telah dizalimi oleh suami. Mereka desak saya bertindak.”
“Puan bertindak?”
“Tidak. Saya tetap dengan pendirian saya. Saya ingin hadapi semua ini dengan tabah.”
“Alhamdulillah, kalau begitu… Jadi, apa masalahnya lagi?”
“Bila saya tidak mahu bertindak, mereka tuduh saya pula turut bersyubahat dengan suami. Mereka marahkan saya. Akibatnya hubungan saya dengan mereka renggang. Tegur sapa dan ziarah menziarahi tidak semeriah dulu lagi. Saya sedih diperlakukan begini.”
Saya diam. InsyaAllah itu akan memberi ruang untuknya menarik nafas dan mengatur semula perasaan. Percayalah, acap kali mereka yang mengadu bermasalah… kekadang tidak bermasalah langsung. Mereka hanya ingin ‘didengari’. Teringat apa yang sering ditegaskan oleh pakar psikologi, manusia peru didengar luahan dan rintihannya sama seperti mereka perlukan makanan.
“Puan, kunci keharmonian dalam poligami ini, insya-Allah, terletak di tangan puan dan suami, bukan di tangan ibu-bapa puan, ibu-bapa suami, apalagi oleh ipar-duai puan,” akhirnya saya bersuara. Perlahan-lahan. Satu-satu. Mengikut rentak suaranya.
Di hujung talian, saya dapat rasakan dia sedang sayu. Lalu saya teruskan,”Jika puan tabah, tenang dan kelihatan ‘steady’, orang lain tidak akan berani berbuat apa-apa. Mereka hanya akan ‘bising’ seketika sahaja. Kemudian, ketabahan puan itulah yang akan memadamkan segala-galanya. Apa rasa puan berpoligami?”
“Saya telah bersedia sejak suami menyatakan hasratnya. Ini sudah rezeki saya,” ujarnya.
Dalam diam, saya menyanjung sikap wanita ini. Dia menggunakan istilah ‘rezeki’. Ya, rezeki itu sinonim dengan kebaikan dan keberkatan. Ertinya, dia telah bersedia untuk menerima segala-galanya dengan tabah sejak awal lagi.
“Apa yang mendorong puan bertindak begitu?” tanya saya mendorong dia meluahkan segala isi hatinya. Dengan meluahkan segala niat, azam dan segala yang terpendam dalam jiwanya, insya-Allah dia akan lebih tabah dan yakin.
“Ustaz, suami saya baik. Bertanggung jawab. Saya yakin dia tidak bertindak sembarangan. Bukan kerana suka-suka. Saya yakin dia boleh bertanggung jawab dengan baik terhadap dua orang wanita.”
Sekarang giliran saya pula terdiam. Saya ingin belajar… Ingin belajar erti tabah daripada seorang isteri untuk menghargai isteri sendiri.
“Sejak awal lagi rumah tangga kami dibena atas cita-cita ingin mencari keredaan Allah. Dia jawapan istikharah saya, dan saya jawapan istiharah dia. Sebelas tahun berlalu, telah bermacam-macam-macam ujian kami lalui. Istikharah itu pun diujikan? Begitu yang saya baca dalam tulisan ustaz. Istikharah itu pun perlukan mujahadah. Alhamdulillah, segala-galanya dapat kami harungi bersama. Sekarang… ujian poligami.”
“Puan tidak rasa dieksploitasi?”
“Oh, tidak, “jawabnya dengan tegas, “ tidak sekali-kali ustaz. Memang ada lelaki yang ditakdirkan untuk memimpin lebih daripada seorang isteri…”
“Dan ada wanita yang ditakdirkan mampu menerima wanita lain berkongsi kebahagiaan bersama dengan suaminya,” pintas saya.
“Mengapa ibu-bapa dan ipar-duai saya bersikap begitu? Sedangkan saya yang menanggung segala-galanya?” Dia kembali kepada permasalahan asalnya.
“Itulah trauma masyarakat Melayu kita. Persepsi terhadap poligami terlalu negatif. Poligami disinonimkan dengan penzaliman dan penganiyaan. Padahal, poligami itu adalah satu perkongsian dan pembelaan.”
“Mungkin kerana pelaksanaan poligami yang begitu pincang selama ini,” balasnya.
“Kalau begitu, perkahwinan yang monogami pun bermasalah. Statistik terkini menunjukkan setiap 15 minit penceraian terjadi… apakah penyebabnya poligami?”
“Masyarakat kita hanya mengikut sentimen. Bukan berdasarkan ilmu dan fakta, ustaz.”
“Saya tidak nafikan, ada juga yang lelaki zalim yang berpoligami hanya untuk berseronok-seronok, mengikis harta, berbangga-bangga, hanya cuba-cuba, dan sebab-sebab lain yang tidak syar’ie. Mereka ini bukan sahaja menzalimi isteri-isteri mereka tetapi turut mencemarkan kesucian hukum Islam!”
“Jadi saya perlu biarkan sahaja sikap negatif ibu-bapa, mertua dan ipar-duai saya?”
“Selagi puan tabah, selagi suami puan berlaku adil dan bijak mengemudikan rumah tangga, insyaAllah semuanya akan reda dengan sendirinya.”
“Sunyi juga. Terasa kehilangan.”
“Inilah hikmah besar poligami puan. Supaya kita kukuh dan teguh meletakkan cinta pertama dan utama kita kepada Allah. Ini jalan yang ditakdirkan untuk puan untuk akrab dengan Allah. Kadangkala kehilangan akan menemukan kita kepada suatu yang lebih mulia dan berharga!”
“Saya akan kehilangan cinta suami?”
“Tidak. Dengan mencintai Allah, puan akan lebih mencintai kerana Allah dan dicintai oleh orang yang mencintai Allah. Doakan agar suami puan mencintai Allah.”
“Saya tidak pandai ustaz. Saya bukan ustazah. Hanya seorang suri rumah biasa. Tapi saya terus belajar dan mendengar. Saya ‘pelajar’ yang sedang bermujahadah!”
Itulah kunci segala-galanya. Cinta Allah itu diraih dengan mujahadah. Jangan cepat mendakwa bahagia jika usia perkahwinan baru memasuki tahun ke lima, ke enam atau kurang daripada itu. Tabah itu tidak dicapai hanya dengan kata-kata yang disulam oleh al Quran dan Al Hadis. Atau oleh sajak dan ungkapan yang indah dan puitis. Bukan. Tabah itu ditempa oleh keperitan mujahadah, pengorbanan perasaan dan sikap memberi yang tiada batasan… Jangan mengaku beriman jika belum diuji. Jangan mendakwa bahagia, jika belum banyak menderita… kerana bahagia itu ditempa oleh derita!
“Kekadang datang juga rasa cemburu… bagaimana?” kembali suara itu mengocak lamunan saya.
“Cemburu itu fitrah. Itu tanda ada cinta. Selagi dalam batas-batas syariat, selagi itulah cemburu itu selamat. Puan punya banyak masa sekarang?”
“Begitulah ustaz. Ketika bukan giliran saya, ada banyak masa untuk melaksanakan amalan-amalan sunat, membaca Quran, dan buku-buku yang tangguhkan membacanya sejak dulu.”
“Itulah hikmahnya. Ada masa untuk membina dan memperbaiki diri sendiri kerana walau bagaimana baik sekalipun pendidikan yang diberikan oleh suami, isteri tetap perlu mendidik dirinya sendiri,” dorong saya.
“Seperti mana perkahwinan pertama dahulu diuji, begitulah perkahwinan kedua ini, pasti diuji. Iman itu bahagia. Iman itu diuji. Justeru, bahagia itu bila diuji,” ujar saya perlahan.
“InsyaAllah ustaz, doakan saya tabah. Bukankah selalu ustaz pesankan… jangan pinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”
Saya sebak. Kata-kata yang selalu saya luahkan itu menusuk hati sendiri. Seolah-olah buat pertama kali mendengarnya. Ya, hakikatnya Allah sedang mengingatkan saya ketika mengingatkan orang lain. Tabahkah hati menempuh kehidupan yang tidak akan pernah mudah ini?
:: sungguh tabah hati wanita ini.. aku sangat kagum padanya .

marie cheese lagi...
marie cheese mmg sedap..rase lemak-lemak n manis skit..tambahkan lemak dibadan hehehe..
buat lagi marie cheese.. ni anak emak yang deko sendiri..nenas tu lebihan pizza masak aritu..

ade bubuh jugak ngan blueberry jam..
i love u too anak..
tak ingat sumbernya dari mane;
saya mohon share ye kalo same tu..
Bahan:
1 ketul cream cheese (philadelphia)-biarkan pada suhu bilik
Biskut marie perisa coklat
susu segar skit (emak guna jenama Dutch lady)
gula yang telah dikisar halus (gula icing)
deko.:
sukati nak guna ape samaade
coklat urai ke,manik gula ke..
parutan cheese ke
tabur je
cara:
pkul cream cheese dlm mangkuk bersama gula n susu segar (jgn banyak sgt smpai melaut) cukup sekadar bagi basah2 je cream tu.then pukul sehingga gebu .ketepikan.
(sukatannya ikutle emak bubuh skit2 then rase)
panaskan sedikit susu segar dlm periuk-jgn sampai mendidih -suam-suam aje
celup biskut marie dlm susu tersebut dan susun dlm bekas.lapiskan ngan cream cheese yang dah siap tadi.buat le berape lapis yang anak mak suka.deko pun ikut suka le.pastu buh dlm peti ais.jgn buh kat tempat ais tu nti keras kejung kome punye marie cheese,buh kat peti yang tak bape sejuk tu.
mak biase buat memalam.besok pagi baru makan wallahhh bestnye breakfast ngan marie cheese pepagi hehehehe..
tak bersyukurkah aku?.....bile orang mengata..senangnya mulut mereka..
Anak yang Tiga
aku punya anak tiga
3 perempuan semuanya
1 girl,2 gegirl, n 3 gegirls
yang bongsu susah payah kumelahirkannya
belumpun sehari aku beranakkannya
kami berpisah didalam hospital yang sama
hati emak mane tak keruan dibuatnya
anak bongsuku nun diwad sana
aku pula diwad berlainan pula
aku dihantar ke wad tanpa anakku yang bongsu
2 hari sudah berlalu
tak sepicingpun ku melelapkan mata
hanya berita daripada ayahmu
kuteringat anakku yang bongsu,
rindukan kamu anakku
kami berjumpa lepas aku discaj wad
ya Allah gebunya anakku
besarnya kamu dikalangan bayi itu
terlupa beratmu 3.6kg!
juga putih sungguh kamu
berbeza sungguh dengan emak n ayahmu
anakku yang bongsu itu
hari satu,hari dua,hari tiga dan hari empat
berlalunya kami berdua didalam wad
berstoking,berpantang di dalam wad
menunggu perkabaran dari doktor pakar yang terlibat
tibanya hari lima
rupanya kamu kena naik ambulance ke kedah
berjumpa dengan pakar bedah
kami bertiga mengiringimu juga ke kedah
emak ayah juga opahmu
maaf kakak-kakakmu tidak dapat mengiringimu
hutang budi yop n yong menjaga kakakmu
opss lupa opahmu mendapat kenalan baru
kerna menumpang kereta kite ke kedah
juga mengiringi anaknya yang menghidap penyakit 'hati'
bukan penyakit hati yang jahat itu (dengki,cemburu,mulut laser)
tapi penyakit hati dari bayi lagi
hebatnya dugaan ibu ini dariku
anaknya sudah 7 tahun begitu
ke kedah,ke selayang ke taiping juga ke ipoh
follow up mengikut diminta
demi anak yang tercinta
dan bile sesedap mulut orang mengata
kecian kat ko xde anak lelaki kan?
serius shitt je aku rase
cam nak lempang je pompuan mulut yang mengata
setelah ape yang aku lalui dan diduga
sungguh sedih aku di ngatanya
maka air mateku juga mengalir akhirnya
dikalangan ramai pula sesedap mulutnya dikata kite
mmg aku tak kuasa nak melawan katanya
aku ini insan yang pendiam
redha saja terima kutukan berbisa
hello....
please tak perlulah kalian nak berbangga
dengan ape yang kalian ade
andai anda kaye punya harta
juga anak berderet yang berjaya
belum tentu juga kite ke syurga
anak lelaki ke anak perempuan ke yang ko ade
ingatlah hidup ini sementara
bile-bile je yang Maha Esa Maha Berkuasa
boleh tarik ape yang ko ade
jagalah keluarga kite sendiri ye wahai saudara
hidup ini penuh pancaroba
lelaki ke perempuan ke same aje
nak mendidiknya bukan senang saudara
tak perlu lah nak mengata wahai saudara
kepada insan lain juga
andai tiada jodoh,miskin,tiada anak,tak cantik,
itu bukan kemahuan tiap insan didunia
insan juga punya impian,
mahukan kemahuan dicapai
namun Allah, hanya Dia Maha Hebat
juga yang telah menentukannya
untuk tiap insan di dunia
iye aku syukur
syukur ke hadrat Illahi
aku dikurnia anak yang tiga
tiganya perempuan
ianya ditakdirkan untukku
mmg bukan senang untukku mendidik mereka
tambahan pula aku wanita bekerjaya
please aku bekerja bukan mengejar harta dunia
aku membantu keluargaku juga
jadinya tak perlu persoal takdir ini untukku
sesungguhnya aku sendiri pun tak tahu
mungkin ade hikmah disebaliknya....
![]() |
| Add caption |
kakak-kakakmu melihat dari tingkap shj..
hospital sultanah bahiyah menjadi kenangan kami...
![]() |
| Add caption |
Tuesday, October 30, 2012
selamat hari lahir kakak ..dah 6 tahun perjalanan hidupmu..
maaf mak belum buat kek lagi untuk kamu arini.Insya allah nanti malam kang emak buat ok.
kamu anak yang sulung punya fiil yang berbeza di kalangan adik beradik mu yang perempuan itu.tingkah mu mudah merajuk n tersentuh same fiilnya ngan emak. emak juga kalah kengkadang dalam memujukmu lantas ayahmu yang penyayang juga yang berjaya pujukmu.anakku kamu seorang yang bijak, sudah 2 tahun kamu dapat no 1.mak n ayah bangga dengan mu walaupun kamu adalah anak perempuan sulung kami.
maaf jika kamu selalu membantah andai mak n ayah selalu memaksamu membuat kerja umah n menjaga adik-adikmu kerna engkaulah harapan kami.emak n ayahmu penat jerih bekerja.tiada kepentingan kami untuk mencari rezeki sampai melimpah ruah tapi akhirnya anak-anak emak terbengkalai tak terurus.cukuplah sekadar rezeki yang ade.emak n ayah mane yang suka menghantar anak mereka ke umah orang untuk menjaga anak mereka?risau,bimbang ,resah n rindu kan kamu anak-anakku..tapi apakan daya kami...
terpaksa ku ajarmu berdikari kerna hidup didunia ini serba pantas n dikelilingi oleh banyak orang yang jahat.tak percaya anakku?percayalah anakku kerna didunia ini manusia sering alpa akan balasan yang jahat telah mereka lakukan diakhirat nanti.
anakku dengarlah kata emak dan ayahmu,setiap ibu n ayah didunia pasti inginkan yang baik2 shj untuk anak mereka.kami meminta,merintih n mengadu pada yang Esa.
maafkan kami jika kami melukakan perasaan mu,memarahimu anakku.kamu anakku,jika kamu melakukan kesalahan kami akan marah n memberitahumu kenapa itu ini salah.Kami sayangkan kamu anakku..
Selamah Hari Lahir anakku,Nur Izzah Athirah..sudah 6 tahun kamu..
Monday, October 15, 2012
selamat ari lahir anakku yang ketiga..cukup setahun 14/10
memasing berebut nak pegang piso..piso betul tu..bang leklok ye bang..jga-jga anak..kek buat sendiri ..piso pun takde..
kek coklat moist..sedap..jadi jugak..alhamdulillah..
buat marie cheese kek juga..sedap sgt.. n mudah..
ermm sedapnyer.. mmg senang nak buatnye takyah masak pun..pkul cheese tu sampai kembang buh gula n susu penuh krim..pkul lagi..pastu celup biskut marie dlm susu suam n susun dalam loyang n lapislah cheese tu..sedap wehhh...
Wednesday, October 10, 2012
itam..itam..si tompok kucing..
ini kucing itam kami,dlm pantang lagi..bukan kami bela asalnya..walaupun aku bukan pencinta kucing tapi punye hati dan perasaan jua.ari kenduri umah kami aritu dia beranak.anaknye punye tiga.1 itam,1 putih dan 1 kelabu.laani si anak sudah pandai kuar bakul n berak pun dah merata.tak bole jadi ni...kena ajar jua..
makan-makan lagi..menu kedai siam punyer..
lidah/pena lagi tajam daripada pisau ye..
Friday, September 28, 2012
berlibur bersama rakan sekerja ENERGY n orang umah memasing di Sg Ingki,Hulu Selangor..
last week kuaga BADAYU berjimba mandi manda kat Sg Ingki ngan kawan-kawan Dept Energy suamiku.buat barbeque jugak.best okeh.sesekali anak-anak bagi lepas mandi wahhh depe teruja sgt.memang tak sabo-sabo nak mandi.bile dah mandi liat nak naik!sampai kecut-kecut jari tu n gigil -gigil.tambah pula memasing dapat kawan kat sane.tempat ni cantik,ade pondok,ade tandas,ade tempat salin baju.kedai makan pun ade
..
ses
laslaslas
..
ses
tengoklah tempatnya cantikkan...
laslaslas
Subscribe to:
Posts (Atom)