semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.

Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..

Wednesday, May 12, 2010

sedih tul...

sedih tul semalam tgok perlawanan antara malaysia ngan jepun.aduss camner leh kalah ni ngan jepun nih.malaysia 2 jepun lak 3. malunyer dahler jadi tuan rumah pastu leh kalah ngan jepun lak belum lagi lawan ngan china ni. mase memula game tu kemain pengulas tu cakap jepun nih 'lauk' lah,leh 'makan' lah. last-last aaa ambik engkau.3-2.

memula i ngan hubby bersemangat jer tgok perlawanan tu biler single LCW ngan double menang tapi biler jer WCH main leh kalah terus hangat punggung tak senang duduk.pastu main double lak pun kalah jer. tak berkenan benor tul aku nengok pemain tu. tah ler ape tah namenyer aku xbaper kenai sgt tp hubby aku kenal ler sbb dia mmg teruja betul ngan badminton nih. leh plak main badminton pakai cincin gedabak,gelang bagai , pastu rambut siap dye ngan stail tegak2 buat aku getik.hehehehe.bukan kesalahan pun nak bergaya tapi main pun kene ler ade gaya ni idak main pun cam hape ajer.hehehehe aku komen bukanler aku ni pandai sangat main tapi depe tu dahler ade jurulatih bagus ,ade sponsor lagi ,harapan negara tapi aduss camni lak penangannyer.hh ermm pun same leh kena 'makan' lak ngan si nippon tu.

ermm harap nanti biler ade game lagi leh menang.aritu dah menang selesa ngan nigeria 5-0 laa ni kena ler berusaha bersungguh2 k.cayok2...harapan negaraku.(bersemangat nih) ..

REXY (kanan) dan pakar psikologi, Frederick Tan cuba menenangkan Fairuzizuan yang berang dengan gelagat penonton, malam tadi.


antara komen yang ade dalam facebook:

morse:skuad malaysia harus mengambil kekalahan ini satu pengajaran dan mengambil contoh semangat juang skuad jepun..menunjukkan semangat juang yang tinggi...

amir: pemain Malaysia dah tua.... ganti dengan pemain muda dan bertenaga..??

ABU: game smalam.. hafiz hashim men ok... xpi bnyak main2... sye rase team malaysia saje nak kalah.. men wayang ler..

kecewa:kecewa sgt2 dgn prestasi pemain msia yg kalah tu..kalau kalah bermaruah ok la, tp ni kalah tak bermaruah..sebab pemain mcm inginkan pihak lawan menang dgn kesilapan mudah mereka..ntah aper2..strategi kot..apapun, jgn putus asa..truskan perjuangan selagi masih ada peluang..msia boleh bah!!!!
Harry Muda
Harry Muda :Choong Hann dah tua cari jer pemain baru kalau nak harap pengalaman je baik tak payah permainan tak bagus,Hafiz pun sama je lembik imbuhan nak tapi main mcm budak sekolah.sememangnya kita kekurangan pemain yang betul2 berkualiti

zizi rauni
: team malaysia wat sejarah lagii..syabasss

dan79
: lakukan yang terbaik pada suku akhir hari ini ..denmark pasti ditawan...kepada penyokong malaysia bantulah pemain bukan memberi tekanan..good luck malaysia..

Rozy Amat

Rozy Amat: memalukan kekalahan Malaysia kepada pemain Jepun...Wong Choon Han sepatutnya sudah bersara lama..Hafiz adah pemaian yang paling lembab tidak agresif asyik bermain cara yg sama 10 tahun dulu sampai sekarang tak berubah-ubah...asyik bagi hantaran tinggi dan kebelakang akhirnya lawan mudah mematikannya dan menjerat diri sendiri..

kamarudin
: kepada chong hann,fairuz n zakri, dan hafiz..
beruBah la demi MALAYSIA...
HAFIZ nie bukan kiraan mata 15 lagi... tu zaman lama..

Syaful:
Harap2 ptg ni Malaysia akan bangkit menentang Denmark...dan tebus kekalahan semalam. Malaysia Boleh!!

yusni
: tahniah datuk lee chong wei dan bergu no 1. pemain yang kalah tu sebenarnya tak layak ada dlm pasukan. baik rashid turunkan pemain simpanan je. kalau kalah pun puas hati. dapat bagi pendedahan kepada pemain muda.

asyraf
: jngn salahkan peminat,mereka berhak bersuara..cuba buat yang terbaik bertemu denmark nanti...cuba elakkan bermain dengan emosi..gud luck!

asidrain: pd pemain negara kuatkan semangat juang, jdkan kekalahan hari ni sebagai iktibar untuk menempuh pelawanan2 akan dtg..jdkan memori 1992 tersemat d hati agar negara kita sekali lg dpt membawa pulang piala kebanggaan dunia..malaysia boleh...idup malaysia

hanidan azman: jangan terlalu awal membuat keputusan, perjuangan skuad kebanggasaan kita belum berakhir,sepatut nya kita memberi sokongan jangan lemparkan keretikan mahu pun tomahan, bukan senang untuk memikul tanggungjawap membawa cabaran negara. sekurang2x nya tekanan boleh diredahkan dengan sokongan rakyat malaysia. (perjuangan belum selesai) ayuh skuad kebangasaan bangkit.

No comments:

Post a Comment