semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.

Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..

Friday, August 23, 2013

nikmat mane yang hendak engkau dustakan wahai insan..surah ar rahman..

[1]
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. 
[2]
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. 
[3]
Dia lah yang telah menciptakan manusia; - 
[4]
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. 
[5]
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu; 
[6]
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. 
[7]
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, 
[8]
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; 
[9]
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. 
[10]
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain: 
[11]
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang; 
[12]
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum; 
[13]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? 
[14]
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar, 
[15]
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang; 
[16]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[17]
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat. 
[18]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[19]
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; 
[20]
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; 
[21]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[22]
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan; 
[23]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[24]
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang; 
[25]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[26]
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa: 
[27]
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan: 
[28]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[29]
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
[30]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)? 
[31]
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin! 
[32]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[33]
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
[34]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[35]
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
[36]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[37]
Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; 
[38]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[39]
Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
[40]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[41]
Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
[42]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[43]
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ". 
[44]
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya! 
[45]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[46]
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, - 
[47]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[48]
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; - 
[49]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[50]
Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; - 
[51]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. 
[52]
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). 
[53]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[54]
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
[55]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[56]
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
[57]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[58]
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. 
[59]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[60]
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga? 
[61]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[62]
Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua); 
[63]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[64]
Kedua-duanya menghijau subur tanamannya; 
[65]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[66]
Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya: 
[67]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[68]
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima, 
[69]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[70]
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya; 
[71]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[72]
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; 
[73]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[74]
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin; 
[75]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[76]
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
[77]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[78]
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.


telah aku susuri perjalananku 
kecil,remaja,besar,n akan kembali padaNya
tiadaku tahu tinggi rendah amalanku
cukupkah..

tapi bila manaku lihat akan perjalanan saudara-saudaraku
kecil,remaja,besar n kembali padaNya
kutahu kamu mmg pasti masuk ke syurga
memang kamu tidak pernah bersalah
dayusnyer mereka 
bila menjadikan kamu sebagai mangsa
sungguhpun tiada senjata untuk melawan
mereka insan durjana
tapi kamu insan syurga..
janji Allah pasti..

bergembiralah didalam syurgamu wahai saudara-saudaraku....

syria,mesir,iran,iraq,afghanistan,pakistan,bosnia negara islamku
mampu nya aku hanya melihat,merintih,
mengucapkan kasihannya mereka
saudara islamku ramai tapi hanya tak bersatu

sedihnya aku melihatkan agamaku
kegemilangan islam, kesanjungan islam
makin lapuk dek ujan lekang dek panas
Ya Allah bantulah hamba-hambamu...





Wednesday, July 3, 2013

entry jun..masak-masak lagi..



 kan main kan si kecit ni dok mengadap..amboiiii

 talipia masak sweet sour


 cheese tart n fruit tart

nyam..nyam..

entry jun 2013.. slamat naik buai aqil..

cuti arijadi agong walaupun ade pendaftaran stud Dip kat tempat koje mak tetap gak balik ke ipoh tuk meraikan anak buah si aqil naik buai sbb buat kat umah ayahku.

aqil udah 5 bulan time ni baam-bamm beza nor ngan makpaknyer halus jer..wat qiqah sekali.sbb kambing beli dari saudara dapat 2ekor dlm 700 lebih.moga niat ditunaikan oleh Yang Berkuasa.

lauk-lauk masak sendiri,kawan bapakku yg jadi chef.senang n mudah caranyer.siang-siang kambing pun jiran2 n adik beradik buat.adik beradik ramai kene le sepakat.
kalo anak naik buai mestile pak nyer yg kene beria buat buai dak? 


 gotong royong ngan jiran, pak, suami,ipar n adik beradik..
 papa ngan anaknyer yg bam-bam..
 perap n masak sendiri..resepi mak mertua kite..
 kari kambing best..
 gulai nangka sedap..
 ayam goreng berempah.. bawang besor,bawang putih n halia n rempah kari,kunyit, garam n gula.. perap..then goreng dgn daun kari

anak buah n adik tiri..


 aqil dengan mama..


 mase ni elok je berbaju.. lat sejam pehtu abis baju dibukak..panas wehhh



 aqil ngan atuk..

Wednesday, June 26, 2013

entry mei..slmat ari lahir ..tuk yg disambut pada bulan mei lepas..

sori anak-anak mak,citer basi daa.. tapi tuk kenangan ni direview balik di kemudian ari mak masukkan jugak supaya ia tak ilang dari ingatan..khas tuk anak-anak mak..terima kasih segalanyer ..i luv u all..
 baru balik keje tak dan nak prepare ape,beli siap jer..sambutan kecil-kecilan tuk buat penghargaan kepada diri sendiri n suami serta anak-anak..
 selamat ari lahir suamiku..
 terima kasih suamiku,anak2 ..darimu untukku..thanks
 2 kecik ni tak sihat..tgah demam..
dariku utkmu

entry mei .. projek catering dz services di pengkalan ipoh..


balik ke ipoh lg tuk nolong mak n abah serta ipar duai masak tuk projek catering cuti sekolah aritu di pengkalan.mcam biase time ni umah mak mertua mmg padat  n penuh.pulun masing2 wat keje walalupun anak dikelek n dikendong.masing2 dok merewang.





berminat ?? bole berurusan dengan DZ katering ,khemah,dj sound sistem n masakan tip top n servis tip top.dari stat majlis sampai abis majlis semua akan dikemas dengan baik n tersusun.takyah susah2 lagi.biasanyer time kenduri mmgle ramai nolongnyer tapi kendara tu lagi penat wehhh...tapi dont wori dz katering staff rajin2 belake..



 diantara hidangan pengantin..