semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.

Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..

Friday, June 18, 2010

menyonket ke cameron highlands....

menyongket ok!not monyet hihihihi.tau tak ape makna menyonket tu?kalo base perak kate jenjalan/berjalan-jalan/makan angin ler camtu lebih kurangnyer.jom layan citer teman nih..

jumaat last week kuaga mertuaku,yop,yong,seri datang umah kami kat tg malim nih.malam tu aktivitinyer pegi nengok hubby ngan yop main badminton kat kompleks proton.

aktiviti sabtu lak,memula nak ajak deper pegi sarapan kat ulu bernam makan roti canai ngan teh tarik,walaupun aku dah sedia masak kopok,ngan goreng pisang.memula deper satuju pastu deper plan nak gi jenjalan.memula kate gi genting..ermmm dah selalu pegi sane dah.pastu kate nak cameron..wahh semua kater ok.terus masakkan bihun wat lapik perut dan bekal dalam perjalanan nti.

we all ikut jalan tapah,kalo dari penang ker ipoh ker better ikut jalan simpang pulai tu sb jalannyer besor dan tak baper bahaya sangat.ni we all ikut jalan tapah tu kecut perut gak ler biler saing ngan bas,lori ,keter pun laju-laju.hishh depe ni tak hengat orang lain ker.kang menjunam dalam gaung haaa padankan muka ko.

aku ngan hubby masuk ni dah 3 kali pegi cameron ni.memula mase honey moon dulu berdua ngan hubby,pastu kali kedua gi lak ngan kuaga mertua,yop,yong gak.mase tu mengandungkan si kakak.ade gambo kat cameron tu ngan perut memboyot tu.
biler kakak tanyer xde pun kakak dalam gambo ni mak?ade,kan kakak dalam perut mak tu.hihihihihi pastu adik lak tanyer,adik takde pun mak?hihihihihi ape aku nak jawap ni ekkk....hihihihihi


jom nengok gambo ...



chalet penginapan kami,kat kg sedia

ujan renyai-renyai

mase memula sampai..

pemandangan dari tempat penginapan..nun di bawah keterku ..erm cantik pemandangan di sini

mendung mengarak hujan...

bekalan kami sepanjang hari..


anakkku berposing...amboiiichalet kami..setelah kian lama bertanya sana sini semua apartmen penuh dan regenyer ermm berkali ganda wehhh..but chalet ni ok regenyer pun takde ler mahal lagipun orang melayu kan.xde kisah nak samak ke was-was ke ye dak...chalet kami ni, 2 bilik rm 180.00
time cuti sekolah pegi ermm memang jammed ler..ngan jalan jammed ,keter banyak,hotel penuh,tempat makan penuh,tempat melawat pun penuh.

Thursday, June 17, 2010

petua menambat hati suami...

Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Berikut adalah panduan khusus buat isteri yang solehah...

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).

6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).

10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).

25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.

29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.

30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"

31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.

33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)

34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.

35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.

36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".

37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa

39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.

Tuesday, June 15, 2010

menantikan kedatangan...

ari jumaat tu kuaga mertuaku,ya,acu,yop,yong,seri datang ke umahku di tg malim.wahh bersilat bagai ler aku dok kat dapur.hihihhihi masak menu kampung jer.gulai lemak pucuk ubi,ikan bakor,ayor asam, sambal tumis ikan,ulam silum ngan sambal belacan.

depe saje datang umahku sempena cuti sekolah ni so ambik kesempatan ler nak bercuti dan jenjalan jauh.gi maner?tunggu next entry klo nak tau we all pegi mane okeh!

Wednesday, June 9, 2010

sakura ohh sakura............

"Engkaulah sekuntum bunga sakura
Mekarmu di tempat indah dan dingin
Dan aku bagaikan padang pasir di Gurun Sahara
Oh.. panas dan kering
Tiada apa nak ku bangga
Kau pastikan layu disampingku
Oh Sakura"

teringat lagu mega tuh "sekuntum bunga sakura di gurun sahara " tapi entry ni bukan tentang sakura yang tuh tapi sakura yang nih..

JENG..JENG..JENG
GITAR SAKURA



BLUM CUKUP DUIT LAGI NAK BELI GITAR YAMAHA SB REGENYER RIBU RIBAN


last week pas pegi pasar lambak singgah kedai musician tuk beli gitar sbb hubby memang dah lamer niat nak beli gitar nih bagi mengisi masa lapang kat umah. i bagi support ler kat hubby supaya takde ler bakat hubby ni ilang begitu sajer kan.dulu ade gitarnye tapi mase majlis perkahwinan kami gitar hubby kena curik.saper le yang curik kan.cian hubby banyak kenangan dia ngan gitar tuh.


percaya tak mase memula bercinta dulu i memang tak tau hubby terlibat ngan musician ni.tapi lame-lame hubby ceriter yang dia pi sana, pi sini KUMPULAN WAWASAN ade undangan di majlis kenduri kahwin baru i tau.


hubby n family memang terlibat secara langsung dalam musician ni.sejak dari kecil lagi bakat depe ni dah diasah.dalam kumpulan wawasan (family musician group) hubby main gitar bass,yop main gitar lead,nyah main drum dan amy vokal.but itu lamer dulu, sb laa ni masing-masing dah berkeluarga komitmen tuk muzik ni makin berkurangan.sorang saner sorang sini.camner lah kan nak praktis selalu.kalo ade undangan tuk kugiran akan cuba jua dipenuhi,memasing akan ambil cuti pada hari tersebut.pengurus tuk group ni mestilah kan bapa mertuaku en Dzulkifli bin Saibi.
Pendokong kuatnyer mestilah ibu mertuaku iaitu Pn Rapidah Binti Lembang.
i love u hubby!




Tuesday, June 8, 2010

JANGAN BUANG/BUNUH ANAK ANDA..BERI KEPADA KAMI!


aku rase bertanggungjawab plak tuk sebarkan pengumuman ini setelah hari demi hari aku dok dengor beriter kes buang bayi kat malaysia ni makin bertambah dan makin berlumba-lumba setan jantan ngan setan betina buat 'projek'! biler dah sedap2 pastu jadi benih leh senang-senang lak buang/bunuh lak hasil 'projek' tuh.


please lah woiiii! binatang pun sayangkan anak tau tak?tak kasihankah anda dengan naluri keibuan setelah anak yang dikendong kulu kelo,menguit-guit dalam perut tuh boleh ajer anda /laki anda buang insan yang tak berdaya itu.kasihanilah insan itu.menangis-nangis kesakitan digigit semut,digigit unggas,kesejukan,kelaparan lantaran anda meninggalkan/buang insan tersebut yang tak berdaya mencari/melawan dengan kudrat yang kecil itu. tak takutkah anda dengan balasan daripada Allah SWT?

please! kalo anda berada dalam situasi yang dah 'terngadah perut membuncit' laki anda menghilangkan atau dengan dayus/pengecut jantan itu tidak mahu bertanggungjawab lantas serahkanlah bayi anda kepada badan kebajikan ini okeh!jangan dibuang/jangan diabaikan anak itu.dia jua insan biasa.sesungguhnya insan kecil itu perlukan belaian.

BERtaubatlah anda sebelum terlambat.jangan bertangguh memohon taubat Allah kerana malaikat maut takkan bertangguh mencabut nyawa insan di dunia ini.bilakah gilirannya aku ini.hanya engkau yang tahu Ya Allah!



Asalamualaikum wbt,

Jika anda sudah benci atau tidak lagi menyayangi orang-orang dibawah jagaan atau amanah anda, jangan menyeksa atau mendera mereka. Hantar kepada kami.... insyaAllah kami sanggup memikul amanah untuk menjaganya.

http://www.utusan.com.my/pix/2007/0206/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_01_big.jpg

Jika anda tak berupaya menghantar, kami sudi pergi mengambil. Beritahu kami dimana lokasi yang perlu kami pergi ambil.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCFU3AzfYqNyI66M_WlrOFGGx_ZTfuzJqX2QEcgTLknNE69zwT8S19SplEOky2PZRK1WTBcSNWUUrs6fiYPpcpU49n_bjbAceud49LL7kiFKQHqLJ0zFFdTaPz4NbFUmR8xYJ_vxRv0vQ2/s400/P1000526.JPG

TALIAN YKS 24 JAM 1700 800 020
ATAU SMS KE 019-2144214 atau email info@yks.org. my



Terima kasih

PANDUAN MENYUMBANG SECARA ONLINE :

http://www.neowave.com.my/0img/maybank2u.gif
MELALUI MAYBANK2U

Sumbangan boleh disalurkan melalui
MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email presiden@yks. org.my
.

http://www.mysetbersalin.com/clicks_logo.gif

Caranya ialah :
2. Pilih Pay Bills
3. Pilih Akaun Anda (Payment From)
4. Pilih Payment To >> Payee List
5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
6. Masukkan Nama Anda (optional)
7. Masukkan Contact No. (optional)
8. Masukkan Jumlah
9. Tekan Submit


MELALUI BANK ISLAM ONLINE

Langkah membuat sumbangan melalui Bank Islam Online

1. Sila pindahkan kedalam akaun MayBank KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030

2. Payable To or Beneficiary Name: KHIDMAT NURHIKMAH Company Registration No. or Beneficiary ID: 646393-A .

3. Letakkan alamat email : presiden@yks. org.my
____________ _________ _________ _________ _________ _________ _________


------------ --------- --------- --------- --------- -------
http://www.yks.org.my/images/index_07.gif
YAYASAN KEUSAHAWANAN SOSIAL MALAYSIA (YKS)
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

HOTLINE 24 JAM : 1700 800 020
Fax :03-87332967
Laman web : www.yks.org. my
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -----
AMARAN :
Pihak Biro Kebajikan Yayasan Keusahawanan Sosial TIDAK PERNAH melantik mana-mana pihak atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada pihak ketiga bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah atau Khidmat Nur Hikmah atau Yayasan Keusahawanan Sosial. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat terus kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah samada melalui cek atau secara online ke Akaun Maybank 564306010030.
Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila email kepada presiden@yks. org.my atau telefon 019-2144214 (24 jam) .

Tahniah Encik Badrol Hishasm...

Tahniah hubby sbb dikurniakan pencapaian prestasi TERPUJI bagi CHARGEMAN tahun 2009.sesungguhnya anda memang layak utk memegang title tersebut.Tahniah dari isterimu!


p/s* bolehlah belanje sayang ye..hihihihihi
....



Monday, June 7, 2010

semakin dingin....

alhamdulillah! akhirnya yang dinanti telah dimakbulkan oleh Allah SWT.syukran Ya Allah! rezekimu amat bermakna!

hubby ngan i memang dah lamer pasang angan-angan tuk beli ekon ni.baru arini pegi tengok dan terus beli ekon ni.dapat free gift lagi dari york.sejak dua tiga menjak ni paneh membahang tido pun tak selesa.(syukran Ya Allah )masih idup lagi hingga arini.

so hubby ngan i pun pegi survey dan terbekenan dan terbeli lah ekon ni.york namenyer.


Wednesday, June 2, 2010

berlibur di ulu cepor




aku suker bile time musim panas ni pegi tempat-tempat cam gini.mandi manda ayor sejuk pastu berkelah.damai rase hati ini.

layan jelah yer...cam biase aku kalo balik kampung mcm-mcm aktiviti okeh.aku ni suker jenjalan.

keterku kene pecah!



keterku kene pecah!pas balik dari majlis kenduri tu dalam 3.30 ptg, suamiku ambil kete yang letak kat umah contoh belakang umah pengantin.tengok-tengok berderai kaca dalam keter ku.(gambar kaca berderai terluper nak ambil).


ni gambo saki baki cermin yang pecah tu..

beg sandang adik iparku amy yang diletakkan di bawah kerusi abis dikebas oleh pencurik itu.huhhuuhu hampeh tul ler pencurik ni.tak pasal-pasal ler kena gantikan cermin yang pecah tuh so bajet nak gi jenjalan pun xde tu pasal ler tak jadi nak pegi penang.


jadi beringatlah okeh kengkawan!jangan tinggalkan barang anda dalam kereta okeh.laptop ker,handphoe ker,beg ker sbb pencurik ni panjang akalnyer.memangler keter i ade alarm tapi kalo dia pecahkan tingkap tu mmg tak berbunyi ler.


kenduri kahwin taman meru

selamat pengantin baru tuk adik azahari,namenyer tak hengat!hihihihi...
kawin ngan orang kedah.majlis ni buat kat taman meru ipoh.serba ungu majlis ni.deco cantik but masakan xbaper best .dengornyer rm7k pengantin habis tuk canopy,masakan pengantin dan tuk tetamu.ermm mahalnyer yer nak kawin laa ni.belum lagi masuk pelamin,baju pengantin,deco bilik lagi.

masakan pada aritu ade nasi minyak,ayam goreng berempah??,gulai kari nenas,daging masak itam campur merah.

Amy adik iparku jadi DJ pada ari tersebut.malam plak ade karaoke,hubby ku plak jadi Dj..








berekreasi di gunung lang...


mase cuti hari wesak tu we all balik kampung ipoh nun.cuti sampai ari senayan sbb niat nak pegi ke penang tapi tak jadi lak
.ermm nak tau sbb aper?tunggu next entry okeh.

pastu ade undangan dari kawan suamiku sb adiknye kawin dan mintak supply sound system dan DJ DZ Catering
.

pas balik kerje ari kamis tu , balik umah dulu packing barang dalam kete,mandi dan bersiap terus bergerak balik Ipoh.

layan jelah okeh aktiviti kami balik kg...


taman rekreasi gunung lang..



bagi ikan makan


banyaknyer ikan,besor-besor lak tu


cantik pemandangan di sini..

anak-anakku dan sepupunyer anis dan atuk 'manjoi' (gelaran tuk abahku dari anakku) hihihihi

games tarik tali..

ari ahad 23/5/2010 pegi tempat keje hubby nengok lawan tarik tali dan bagi sokongan kat hubby.memula game tu menang.but masuk game kedua,ketiga terus kalah.ermm takper lah kan.adat pertandingan kan ade kalah dan menang. hubby ngan kawan2 dah berusaha sampai sakit-sakit badanler hubby i.

layan jelah k gambo nih..



Tuesday, June 1, 2010

tunggu.next entry..

wow..banyaknyer sawang belog aku nih.maaf yer kengkawan tak dapat nak update entry baru..tunggu biler ade kelapangan okeh...

maafkan daku...

Thursday, May 20, 2010

projek wiring lak...









sesaper yang nak tambah point soket,wiring lampu atau kipas leh calling2 i k.hubby i ade kemahiran dalam electrical n mechanical.layan jelah ye...