semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.

Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..

Monday, January 10, 2011

part 1 pertunanganku sedih dan gembira..entry khas 5 tahun pernikahanku..

kami bertunang pada 7/8/2005 (ahad) iaitu 2 minggu selepas arwah mak meninggalkan kami sume.mak meninggal pada mlm 30/7/2005 (sabtu mlm ahad) jam 12 lebih.mak dikebumikan pada ahad esoknya.alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga.ramai yang datang menziarahi arwah dan ramai yang tak percaya akan kehilangan arwah emakku.ramai yang kata baru je jumpa cik sa ni nampak sihat je.emakku meninggal kerana strok.salur darah kat otak pecah dan emakku koma 1 hari.tapi Allah lebih menyayanginya mudah jer makku 'pergi' meninggalkan kami.

mungkin emakku dah tahu harinya akan tiba dan dia sentiasa berpesan padaku bahawa kain batik lepas ade tersimpan dalam almari.baju-baju dia ambiller nanti buat pakai pegi koje (aku ngan emakku lebih kurang saiz badan kami).pastu kawan-kawan mak kata emakku seminggu sebelum meninggal tu emakku pergi minta maaf ngan kengkawan dia dan bertanya jika emakku mempunyai hutang ngan depe.tak sangka ini adalah petanda emak akan meninggalkan kami selama-lamanya.perkara yang paling ralat aku rasa adalah bila aku telefon emakku dan makku minta aku balik tapi aku tak dapat balik sbb koje dan aku bagitau kat emak aku akan balik esok harinya (jumaat).tak sangka jumaat tu aku terima panggilan daripada adikku bahawa mak ade kat hospital kerna diserang strok.mudah-mudahan roh emakku aman dan bahagia di kalangan orang yang beriman.


sebenornya mood aku nak bertunang masa tu teramatlah down dan sedih.memandangkan emakku dah tiada,aku ngan suamiku telah menetapkan bahawa 7/8/2005 untuk tujuan merisik terus bertunang.kami decide sendiri bukan sbb kami nak memandai-mandai je.aku sebenornya telah merujuk hal ini pada atukku (kini arwah).tq hubby kerna bawak aku balik kampung walaupun kita bermotosikal shj dikala itu! Tok dan opah adalah tempat untuk aku mengadu hal kami setelah emakku sudah tiada.Ayahku masih lagi dalam kesedihan dan aku tak mahu menganggu situasi ayahku yang masih lagi sedih kerna kehilangan isteri tersayang.

Kami merancang majlis risik dan tunang ini kerna aku tak mau hubungan aku dan suami akan dipandang serong oleh masyarakat sementelah lagi arwah emakku baru meninggal.suamiku banyak memberikan kata-kata dorongan dan pengubat kesedihanku.Sejak arwah emakku ada lagi kami memang merancang untuk membuat majlis pertunangan aku dan suami .Kami sudah membeli barang-barang hantaran dan disimpan kat umah emakku.tapi kami hanya merancang tuhan yang menentukan.emak pergi tanpa sempat melihat aku di hari pernikahanku...



gambo ni mase kat umah tok ngan opah.kami posing kat tangga dapur aje.terima kasih segalanya tok ngan opah kerana mengaturkan majlis ini untuk kami.
ni mase urusan pertunangan aku dan suami.tok kelihatan uzur.tok meninggalkan kami 22 hari selepas aku melahirkan anakku yang pertama.

Wednesday, January 5, 2011

hari pertama di tadika..






anakku sudah 3 tahun..selamat hari lahir

kek kejutan daripada ayah pabila masuk shj dlm umah dah terhidang atas meja

adik yang malu-malu alah

kami sayangkan kamu!
selamat hari lahir..anak mak


anakku sudah 3 tahun kini
moga dipermudahkan segala urusan kami
Ya Allah Ya Tuhan kami
semoga anak-anakku dipanjangkan umornye
semoga anak mak beroleh kebaikan/kejayaan di dunia dan akhirat
semoga anak-anak mak menjadi anak yang soleh dan solehah


Saturday, January 1, 2011

perlawanan kekeluargaan badminton di Sunway Extream Park Tambun .....

Pada Cuti Sempena Tahun Baru 2011

amy + nyah v/s andak dan yop.. andak ngan yop menang..

aku pun try main gak..bukan terror mane pun


gaya champion posing aje...hihihi

jangan tak tau kak nyah yang sarat mengandung pun boleh main badminton tau..wahhh hebat tu..

Tuesday, December 28, 2010

selamat hari jadi ke 3..

29/1/2007 happy birthday anakku
amni shahira nama diberi
budaknya keletah peel berlainan sekali
ngan kakaknya nur izzah athirah

suaranya nyaring tak padan ngan kecik
kalo tak kene gaya nak teroyak aje
suka bebenor dengor maknye dok membebel panjang berjela
tapi dipikiorkan balik itulah nikmat sebenornye
mengajor maknya supaya banyak bersabor sebenornye

tapi kengkadang kalah jua akhirnye
di'ketam' dibabab dekat bontotnye
bukan kuatpun ala sikit aje



wahai anak,
bukannya emak buat ngan sengaje
mak tak nak anak mak mengada-ngade
dok umah orang kene le berdikari ye anakanda
jangan ler nak bermanja berlebihan pula

mak dan ayah sayangkan anakanda
dah besor nanti jadilah insan berguna
dpat berbakti kat mak dan ayahanda
walaupun dah kawin kami jangan le anakanda lupe
kerna kami ini akan dimakan usia

mak dan ayah sentiasa mendoakan anakanda
sihat walafiatlah hendaknya
bila anakanda sakit/demam kami yang menderita
kerna kasih kami pada anakanda

walaupun dulu kehadiranmu tanpa dijangka
sementelah kakakmu yang baru 5 bulan sahaja
syukur ke hadratmu yang Maha Esa
setiap anak adalah rezeki rupenye
hanya kita yang tak sedor dan alpa
rezeki datang dalam berbagai cara!



terima kasih suamiku..

terima kasih suamiku
kerna membeliku handphone baru
bukan calang-calang tu
nokia x-press music yang cantik dan baru
boleh touch ngan jari jangan tak tau
lagi canggih ade GPS pulak tu

belum pun lagi ulangtahun perkahwinan ku
suamiku dah beli handphone baru untukku
katanyer abang syangkan syang i luv u
katanyer hphone untuk menghiburkan hatiku

ketahuilah wahai suamiku
dikaulah penghibur laraku
dikala gembira dan kesedihanku
hanya dikau teman setiaku

terima kasih wahai suamiku
kini nak masuk 5 tahun sudah berlalu
dikurnia dengan 2 cahaya mata
kakak dan adik yang riuh bicara
comel sungguh anugerah DariNya
inilah 'nilai' yang sangat berharga
dariku hanya untukmu wahai kanda

terima kasih wahai suamiku
bukan ku tak sudi menerima pemberianmu
kerna ini kan ulangtahun perkahwinan kita berdua
biarlah hphone itu kita kongsi sahaja
kan lebih elok camtu wahai kekanda
abang ngan sayang dapat merasa
guna hphone baru dihari ulangtahun perkahwinan kita!

27/1/2006 tarikh pernikahan kita
saat manis diijabkabul bersama
ku bersyukur padaMu Ya Rabbi
dijodohkan ngan seorang lelaki
suamiku yang sangat memahami
dikaulah yang terbaik wahai suami!

terima kasih wahai suamiku
sanggup berkorban untuk diriku
bukannya isterimu tidak tahu
sanggup berhenti chargeman di S.U.K dahulu
kerna tak sanggup berpisah denganku
walaupun sedar risiko yang akan engkau lalu

terima kasih wahai suamiku
hanya itu ucapan yang ku tahu
andai ade kesilapanku
aku mohon padamu wahai suamiku
maafkanlah aku
kukan setia padamu hingga akhir hayatku..........




Wednesday, December 22, 2010

masin dan tawar...

bestnyer tengok halaqah malam tadi
menceritakan tentang keagungan Illahi
mari kita insafkan diri
dengan Al-Quran semuanya sudah terbukti
Al Quran dan Islam pegangan yang sejati

telah dikaji setiap ciptaan Illahi
semuanya tercipta dengan baik sekali
ade pompuan ade lelaki
ade pokok ade tanah ade matahari
bak kata semua yang hidup ciptaan Illahi
tapi kenapa manusia ingkar tak nak mengakui
mengabdikan diri kepada Ya Rabbi?

Banyak sungguh sudah terbukti
keajaiban Al Quran dan ciptaan Illahi
laut dan sungai yang telah diairi
masin dan tawar tak bercampur sekali !

Indah sungguh kuasaMu Ya Illahi
Para saintis yang telah menerokai dan mengkaji
memeluk islam kerna mengetahui
Islamlah nikmat yang abadi
kerna telah dibukakan mata hati....


***Allah Maha Besar!

Tuesday, December 21, 2010

rajuk wanita..

lembutnya hati jiwa wanita
tersinggung sedikit sudah terasa
jenuh dipujuk,dtanya apa mahunya
diam membisu bukan caranya

lembutkan jua hatimu wahai wanita
mainan perasaan hebat rasanya
jauhkan rajukmu wahai wanita
kerna ini bukan Yang Esa minta
kelembutan hati dan ketaqwaan yang dipinta

lembutkan hatimu wahai wanita
kerna kita ini insan biasa
besok lusa ntahnya bila
dijemput Illahi menghadap Yang Mulia...


untuk peringatan emak dan ayah

Kenapa kita perlu balik kerja awal


Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY


Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Tuesday, December 14, 2010

bayar saman dengan segera..tapi lambat juga akhirnya

hari ini ade hati lagi pergi bayar saman
sbb smlm sakit hati menunggu tuk bayar saman
kerna menunggu bak buah yang takkan gugur
sbb khabarnya sistem itu offline

dikhabarnya suruh pergi menjamu selera ditengahari
sebab sudah time mau rehat tengahari
bonus diberi kene tarik kembali
apa sudahnya bagi cam taknak dikasi

pas makan pergi ke balai lagi
belum kul 2 orang ramai dah berdiri
nak bayar segera tak nak bertangguh lagi
dengan harapan sistem berfungsi kembali

tapi dikhabar sistem offline lagi
katanya nak buat macam mana bukan kuasa kami
ermm itulah gomen macam takde inovasi
kenape tak collect guna manually?

kuarkan resit secara manually
masukkan kedlm sistem bila sistem dah ok kembali
ini idak orang pergi datang kembali
sambil menyumpah menyeranahi
tak bersalah pun kene dimarahi

mane idaknya depe ingat bukak company sendiri
boleh kuar ikut sukahati
uhh iman sabarkan hati
jom abang kita balik aje hari ini
esok kita datang lagi ye kesini

hari ini kerna pergi lagi
sebab duit dalam tangan belum diulit lagi
takut-takut terguna nanti
mane lagi nak korek buat ganti

ehh abang kalo sistem offline lagi
boleh tak, tak yah bayar saman ini?


*****p/s: kalo anda ade saman ekor speed trap pun kene bayor gak yer untuk mengelakkan kesukaran tuk menghidupkan roadtax kete/motor anda nanti...kalo lebih speed 1/km kene gak yer saman.jangan bawak laju-laju ye.




sepi tanpa khabar dan bicara

belogku ku sunyi tanpa bicara
maafkan ku kerna bukanku sengaja
tapi manusia merancang Tuhan yang Maha berkuasa
nikmat sihatku ditarik sementara
demam dan sakit badan ujian dariNya
moga dosa kecilku diampunkan olehNya
Ampunkan aku Hanya dikau Yang Maha Esa...

Thursday, December 2, 2010

musim potong-memotong...

pagi tadi abahku calling hubby
nak bagitau adik iparku nak masuk jawi
baru teringat cuti-cuti musim ini
bakal korbankan apa yang disayangi

tahniah adikku yang diingati
dari kakakmu yang jauh ini
janganlah susah hati
dengor khabornye cam kene gigit semut api!

aku tak susah hati lagi..

aku tak susah hati lagi
kerna kunci motoku sudah diganti
terima kasih suamiku yang baik hati
kerna dikau menolak motoku dengan kaki

aku simpan dan aku janji
kunci motoku takkan hilang lagi
kerna tauke bengkel dah bagi 4 kunci
banyak tu wehh kalo hilang tahle ape nak jadi..

Wednesday, December 1, 2010

akan berlalunya disember 2010....

sudah 12 bulan kini
tahun 2010 nak berganti
sudahkah anda perhatikan diri
aktiviti sepanjang tahun ini
berertikah penghidupan ini

itulah manusia zaman kini
tiap manusia selalu dinilai
dari harta ke paras rupa diri
darjat dan pangkat amat dicintai
tak heran dengan kuasa Illahi
mampu menarik semua itu dengan petik jari

mari kita tarbiah diri
tengok kembali masa yang telah dilalui
cukupkah dengan bekalan yang nak dibawa nanti
yang pastinya kita kan MATI!

Tuesday, November 30, 2010

jenjalan ke kk

jenjalan ke k.k,k.k tu bukan kota kinabalu ye,tapi ke kuala kangsor.kalo orang belah perak ni panggil kk dakpun cakap nak pegi kole..glamer skit bunyinyer..

kami pegi anak beranak jer..menghabiskan mase bersama setelah dugaan yang telah menimpa.i love u abang!

memula pergi tujuannya tuk bawak ayahku perg beli tikar sbb adik bongsuku nak kahwin nti.rupanya aritu ayahku koje lak.layankan aje ye gambo anak2ku.

ni terowong kat kole tu namanye terowong menora.kalo hangpa nak balik ke utara ka ke penang ke kedah ke perlis ka lalu kut ni.kalo idak kut ni pakat ikut jalan lama hang sampai umah tak tau kui bapa..

kampung aku kat kg ulu piol,manong,k.k.tapi aku jarang balik ikut kole ni sbb jauh.aku selalu balik ikut parit aje.dulu-dulu ade jambatan 'nordin' tak silap aku..bila ayah aku nak lalu mesti aku gerak adik-adik aku suh tengok dan bunyi jambatan ni.sbb bile lalu bunyi godang kelenting kelentang jambatan tu sbb jambatan tu dah lame..guna kayu pulak tu..laa ni dah ganti jambatan batu..lalu xde pun bunyi pepun..

pegi jenjalan kat sg perak...dekat kat pekan kole gak..
ingat nak naik bot..murah aje.kalo nak pegi seberang bayor 4 kupang je sorang..