semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.

Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..

Friday, October 11, 2013

bila kamu sudah 2 tahun...


14/10/2013 udah 2 tahun kamu
stop netek dengan mak lagi
kamu paling lame
kak yong tirah sampai 6 bulan
si kak ngah 3 bulan
kamu 2 tahun alhamdulillah
air susu mak kamu membesar
tercapai sudah hasrat mak menyusukan kamu
walaupun tak sepenuh masa
hanya di kala kamu berada dengan mak saja
tika malam,tika mak balik keje juga tika mak cuti di rumah
syoknye ayah juga , nangis jer sua kat mak
hihihi sayang,anak nangis bagi le susu 


kat umah ibu berlainan pula susu formula juga caranya
maka rutinnya juga nanti akan berubah
bekalan susu formula perlu juga dirumah
belanja RM$$$$ juga akan bertambah

kamu juga sudah berdikari mahu tido dengan kakakmu
kengkadang kak yong kengkadang kak ngah
mane dan jelah nak tidonyer
tapi sedetik kamu menangis, kamu merengek
bingkas mak ngan ayah menjengukmu
kakakmu..ermm lena nya
menangis tepi telinga pun tak disedarnya
penangan penat bersekolah seharian gamaknya

udah 2 tahun kamu
mak n ayah ucapkan selamat hari lahir
semoga kamu menjadi insan berguna serta solehah hendaknya
walaupun banyak dugaan tika melahirkanmu
mak dan ayah terimanya dengan hati terbuka
banyak lagi dugaan lebih hebat menimpa
mak2 dan ayah2 didunia
moga kite hendaklah tabah dengan dugaannya

mak dan ayah sayangkan kamu semua
berbaiklah kamu adik beradik
hingga kamu menutup mate
mak dan ayah sayangkan kamu semua..

selamat hari lahir anak emak..




No comments:

Post a Comment