semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.

Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..

Monday, May 14, 2012

suamiku n anak-anakku terima kasih atas segalanya..

sempena hari lahir dan hari Emak smlm..sambutan sederhana aje n surprise!!suka tau buat mcm ni ..takyah membazir lah bang..(orang kewangan mmg camni kudukut..hehehe)tapi kalo nak bagi ape salahnye..hehehe..kecik tapak tangan padang TSM ditadahkan..hehehe






sweet kan??abg bagi bunga mawar ..terharu rasa hati..


buat emak/ibu/mama/bonda/mom diucapkan Happy Mother's Day..sesungguhnya apa yang anda lakukkan untuk suami,anak-anakmu dipandang tinggi disisiNya.Walaupun kudratmu lemah namun setiap apa yang anda lakukan memasak makanan kegemaran keluargamu,mendidik anak-anakmu,menjaga makan minum dan pakai suamimu dan berkhidmat untuk suamimu ingatlah sesungguhNya balasan yang indah bakal menantimu di syurga..

Ya Allah Tuhan yang Maha Hebat juga Agung,

Tetapkan hatiku,tunjukkan kami jalan yang lurus,tabahkanlah diriku,kuatkan semangatku,sihatkanlah aku supaya dapat menjaga mereka yaitu suami dan anak-anakku..juga berikan ku kelapangan masa agar dapat mendidik dan mengajar mereka akan ilmu akhirat dan duniawi..Ya Allah moga engkau berkati keluarga kami dan lindungi kami dari ape juga sifat-sifat mazmumah iaitu hasad dengki,irihati,tamak,kedekut ,bermalas-malasan dan sesungguhnya andai Engkau menguji kami dengan ujianMu kuatkanlah jiwaku untuk menerima qada dan qadar yang telah ditetapkan olehMu untukku,Sesungguhnya Engkau lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku...
dan Sesungguhnya apa jua yang aku miliki adalah milik Engkau Ya Allah..




Suami n anak-anakku,


terima kasih atas segalanya 
tak termampu kuucapkan dengan kata-kata sahaja
andai ape juga kulakukan adalah untuk kamu jua
Maafkan ku andai ade kekurangan padaku
manusia sering sahaja alpa dan lupa 
tiada manusia yang sempurna
kita fungsinya melengkapi antara satu sama lain
agar tak goyah hubungan ukhwah terbina
kerna kita saling dipertanggunjawabkan 
anak masa kecil dipertanggungjawabkan pada emak dan ayah
emak dan ayah masa tua pula dipertangggungjawabkan pada anak
kita saling melengkapi hingga akhir hayat kita 
moga Allah permudahkan perjalanan hidup dan mati keluargaku..
kerna kami ini adalah milikMu..Ya Rabbi..

No comments:

Post a Comment