semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.

Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..

Monday, January 10, 2011

part 1 pertunanganku sedih dan gembira..entry khas 5 tahun pernikahanku..

kami bertunang pada 7/8/2005 (ahad) iaitu 2 minggu selepas arwah mak meninggalkan kami sume.mak meninggal pada mlm 30/7/2005 (sabtu mlm ahad) jam 12 lebih.mak dikebumikan pada ahad esoknya.alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga.ramai yang datang menziarahi arwah dan ramai yang tak percaya akan kehilangan arwah emakku.ramai yang kata baru je jumpa cik sa ni nampak sihat je.emakku meninggal kerana strok.salur darah kat otak pecah dan emakku koma 1 hari.tapi Allah lebih menyayanginya mudah jer makku 'pergi' meninggalkan kami.

mungkin emakku dah tahu harinya akan tiba dan dia sentiasa berpesan padaku bahawa kain batik lepas ade tersimpan dalam almari.baju-baju dia ambiller nanti buat pakai pegi koje (aku ngan emakku lebih kurang saiz badan kami).pastu kawan-kawan mak kata emakku seminggu sebelum meninggal tu emakku pergi minta maaf ngan kengkawan dia dan bertanya jika emakku mempunyai hutang ngan depe.tak sangka ini adalah petanda emak akan meninggalkan kami selama-lamanya.perkara yang paling ralat aku rasa adalah bila aku telefon emakku dan makku minta aku balik tapi aku tak dapat balik sbb koje dan aku bagitau kat emak aku akan balik esok harinya (jumaat).tak sangka jumaat tu aku terima panggilan daripada adikku bahawa mak ade kat hospital kerna diserang strok.mudah-mudahan roh emakku aman dan bahagia di kalangan orang yang beriman.


sebenornya mood aku nak bertunang masa tu teramatlah down dan sedih.memandangkan emakku dah tiada,aku ngan suamiku telah menetapkan bahawa 7/8/2005 untuk tujuan merisik terus bertunang.kami decide sendiri bukan sbb kami nak memandai-mandai je.aku sebenornya telah merujuk hal ini pada atukku (kini arwah).tq hubby kerna bawak aku balik kampung walaupun kita bermotosikal shj dikala itu! Tok dan opah adalah tempat untuk aku mengadu hal kami setelah emakku sudah tiada.Ayahku masih lagi dalam kesedihan dan aku tak mahu menganggu situasi ayahku yang masih lagi sedih kerna kehilangan isteri tersayang.

Kami merancang majlis risik dan tunang ini kerna aku tak mau hubungan aku dan suami akan dipandang serong oleh masyarakat sementelah lagi arwah emakku baru meninggal.suamiku banyak memberikan kata-kata dorongan dan pengubat kesedihanku.Sejak arwah emakku ada lagi kami memang merancang untuk membuat majlis pertunangan aku dan suami .Kami sudah membeli barang-barang hantaran dan disimpan kat umah emakku.tapi kami hanya merancang tuhan yang menentukan.emak pergi tanpa sempat melihat aku di hari pernikahanku...



gambo ni mase kat umah tok ngan opah.kami posing kat tangga dapur aje.terima kasih segalanya tok ngan opah kerana mengaturkan majlis ini untuk kami.
ni mase urusan pertunangan aku dan suami.tok kelihatan uzur.tok meninggalkan kami 22 hari selepas aku melahirkan anakku yang pertama.

No comments:

Post a Comment