terima kasih suamiku
kerna membeliku handphone baru
bukan calang-calang tu
nokia x-press music yang cantik dan baru
boleh touch ngan jari jangan tak tau
lagi canggih ade GPS pulak tu
belum pun lagi ulangtahun perkahwinan ku
suamiku dah beli handphone baru untukku
katanyer abang syangkan syang i luv u
katanyer hphone untuk menghiburkan hatiku
ketahuilah wahai suamiku
dikaulah penghibur laraku
dikala gembira dan kesedihanku
hanya dikau teman setiaku
terima kasih wahai suamiku
kini nak masuk 5 tahun sudah berlalu
dikurnia dengan 2 cahaya mata
kakak dan adik yang riuh bicara
comel sungguh anugerah DariNya
inilah 'nilai' yang sangat berharga
dariku hanya untukmu wahai kanda
terima kasih wahai suamiku
bukan ku tak sudi menerima pemberianmu
kerna ini kan ulangtahun perkahwinan kita berdua
biarlah hphone itu kita kongsi sahaja
kan lebih elok camtu wahai kekanda
abang ngan sayang dapat merasa
guna hphone baru dihari ulangtahun perkahwinan kita!
27/1/2006 tarikh pernikahan kita
saat manis diijabkabul bersama
ku bersyukur padaMu Ya Rabbi
dijodohkan ngan seorang lelaki
suamiku yang sangat memahami
dikaulah yang terbaik wahai suami!
terima kasih wahai suamiku
sanggup berkorban untuk diriku
bukannya isterimu tidak tahu
sanggup berhenti chargeman di S.U.K dahulu
kerna tak sanggup berpisah denganku
walaupun sedar risiko yang akan engkau lalu
terima kasih wahai suamiku
hanya itu ucapan yang ku tahu
andai ade kesilapanku
aku mohon padamu wahai suamiku
maafkanlah aku
kukan setia padamu hingga akhir hayatku..........
tumpang hepi :)
ReplyDelete