semua karya dalam belog ini adalah hak milik badayu.blogspot.com.saya akan memberi credit kepada pemilik belog yang menjadi rujukan dalam belog saya ini.kerjasama anda moga Tuhan akan Rahmati.

Buka blog bukan nak menunjuk-nunjuk pada sesiapa, sekadar satu coretan agar segala kenangan diabadikan juga mengimbau kenangan BADAYU bersama keluarga dari kecil hingga dewasa moga dapat dikekalkan coretanku ini buat anak-anak mak tersayang n suamiku tercinta..tiada apa yang lebih kuat dari ingatan hanya melalui catatan jua adanya..

Thursday, August 19, 2010

tazkirah ramadhan....

wahh sunyinyer belog ku ini, maaf yer kengkawan.no idea. ermm ingat nti nak letak gambo masakan ler plak hihihihi.ermm insya-Allah tengoklah nti kalo rajin i snap aper yang leh kite kongsikan kat sini yer.

ok firstly mase bulan pose ni digalakkan kita mengambil sebanyak mungkin berkah bulan yang mulia ini.kutip pahala banyak-banyak ok.berpose bukan sekadar berpose makan minum shj tapi pose mate,telinga, mulut ,tangan kaki dan tuttttt juga.ni idak bulan pose pun ade lagi orang dok buat maksiat.bulan pose ni jugak ramai bayi kena buang dan bunuh.ermm mungkin bayi-bayi ni hasil projek tahun baru ari tu kot ataupun projek mase cuti sekolah/cuti semester??tak cayer..calculate sendiri yer kengkawan.mengandung 40 minggu maksimum.ermm sah memang projek cuti sekolah dan time tahun baru.ermm ini yang dinamakan kemajuan?tiada lagi malu,ingat dosa takut akan azab neraka? ermmm orang melayu jugak yang pandai buat koje mcm nih. kalo dah melayu agamanyer aper?ermmm mestiler islam kan. Nauzubillahiminzalik!

Ya Allah bukakanlah pintu hidayah kepada hamba-hambamu Ya Allah.Tunjukkanlah kepada kami jalan yang Engkau redhai...

bulan pose ni sesuai ler dengorkan tazkirah mengenai lidah ni yer jom layan i copy drpd halaqah.net

Mulut dan lidah dengan fungsinya sebagai alat pertuturan adalah antara anggota yang liar dan merbahaya. Jika tidak dikawal dengan sewajarnya, ia boleh mendatangkan fitnah, permusuhan dan kecelakaan. Hakikat ini telah pun disedari oleh ahli-ahli bijak pandai zaman nenek-moyang kita. Mereka memperkatakannya dalam bentuk bahasa yang indah. Antaranya:


"Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa".

Antara madah ulama pula ialah:

• "Peliharalah lidahmu, kerana lidah itu menempah kebinasaan dirimu".(Ibnu al-Mubarak).

• "Jangan gunakan lidahmu untuk berbicara tentang apa yang boleh mematahkan gigimu". (Imam ufyan al-Tsauri).

Abu Sufyan bin 'Abdullah al-Saqafi telah bertanya kepada Rasulullah saw, "Apakah anggota manusia yang paling merbahaya?". Rasulullah menunjukkan lidah baginda dan bersabda, "Inilah". Mulut dan lidah itu menjadi begitu merbahaya apabila disalahgunakan. Penggunaannya yang betul akan mendatangkan kebajikan dan kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.

Penggunaan yang betul dan dituntut ialah untuk:

• berzikir,

• membaca al-Quran,

• menyampaikan ilmu, nasihat dan dakwah,

• berdoa, berkomunikasi dengan Allah dan manusia untuk menyampaikan hasrat dan atau memohon hajat yang diredai Allah, yang diharuskan oleh syar'i .
Penggunaan lidah (pertuturan) yang ditegah ialah:

• berdusta, sama ada secara sungguh-sungguhan atau pun main-main (gurauan),

• berjanji untuk tidak ditunaikan (berdusta untuk menipu). Rasulullah saw bersabda:
"Ada tiga perkara yang sesiapa terlibat dengan salah satu daripadanya, maka dia adalah munafiq, walaupun dia mengamalkan puasa dan sembahyang, iaitu, apabila bercakap dia berdusta, apa berjanji dia mungkir dan apabila diamanhkan dia khianati"

• mengumpat, memfitnahkan orang, menghasut atau menjadi batu api, mencerca, memaki-hamun dan sebagainya). Rasulullah saw bersabda: "Jauhilah kamu daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih jahat daripada berzina. Penzina, apabila bertaubat, mungkin diampuni Allah, tetapi pengumpat tidak diampuni oleh Allah sehingga dia diampuni oleh orang yang diumpatnya".

• mencacatkan cakap orang dan membenarkan cakap sendiri (mirak) serta berbantahan (jidal). Rasulullah saw bersabda: "Tidak sempurna iman seorang hamba Allah sehingga dia meninggalkan tindakan mencacatkan cakap orang dan berbantahan, walaupun dia benar".

• memuji diri. Allah Taala berfirman: "Maka jangan kamu mengatakan diri kamu suci (memuji diri). Dia (Allah) maha mengetahui tentang orang yang bertaqwa". (al-Najm : 32)

• mengutuk dan memaki makhluk.

• mendoakan kejahatan (keburukan) untuk manusia, walau manusia itu zalim.

• mengeluarkan kata-kata kotor, kesat, lucah, lucu, sindiran dan gurau-senda dengan tujuan menghina dan memalukan seseorang.

Menurut Imam al-Ghazali, semua tindakan lisan yang tersebut di atas adalah dikategorikan sebagai "kata-kata haram". Di samping itu, banyak menuturkan "kata-kata harus" yang tidak berfaedah (perbualan yang sia-sia) ditegah juga. Kerana, apabila banyak berbicara, berborak umpamanya, selalunya lidah tergelincir lalu menuturkan kata-kata yang haram itu. Kalau tidak demikian pun, banyak berkata-kata itu sekurang-kurangnya merugikan masa. Mengikut ulama, panjang cakap akan memanjangkan hisab di akhirat kelak.

Malik bin Dinar bermadah, "Apabila engkau dapati rasa degil bersarang di hatimu, terasa daif beribadat dan sukar mendapat razeki, maka ketahuilah, semuanya itu disebabkan oleh ucapan lidahmu mengenai perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu".

Di samping menempah dosa, penyalahgunaan lidah juga menjejaskan amal kebajikan dan mempengaruhi anggota-anggota lain untuk melakukan dosa. Abu Sa'id al-Khudri meriwayatkan: Setiap pagi segala anggota manusia berpesan kepada lidah: "Engkau hendaklah selalu menjalankan perananmu dengan betul, mengikut perintah Allah. Jika engkau betul, maka betullah kami. Jika engkau bengkok, maka turut bengkoklah kami".

jadi lebih baik kita berdiam shj.bukankah berdiam itu lebih baik.aikk cam samer jer ayatnyer dak..hihihihi..

selamat berpose dan menjalani ibadah ini dengan tenang dan gembira...

No comments:

Post a Comment